SEBATAN HUDUD : Ketegasan bersulamkan kelembutan


بسم الله الرحمان الرحيم

Mungkin ada yang menilai saya menulis entry ini kerana saya pro-PAS dan cuba membawa apa yang PAS bawa. Maaf, saya menulis ini bukan kerana ingin menjelaskan apa yang PAS cuba bawa kepada rakyat Malaysia, tapi saya ingin sama-sama berkongsi apa yang ISLAM cuba bawa kepada penduduk-penduduk di bumi Allah ini.

Alhamdulillah, kini saya menuntut di Tahun 4 Kuliah Dakwah Islamiah, Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyik, Syria. Sistem pengajian kami agak berbeza dengan university lain. Kami tidak menggunakan system semester, tetapi masih mengamalkan system tahunan, seperti system sekolah-sekolah di Malaysia.

Kami mula belajar untuk sesi baru pada bulan 11 setiap tahun, dan akan menduduki peperiksaan pada bulan 6 tahun selepasnya dengan purata subjek yang di bawa setiap tahun sebanyak 15 subjek. Subjek feqah merupakan salah satu subjek wajib setiap tahun. Tahun 1 kami mendalami feqah bab thoharoh. Tahun 2 pula fiqh ahwal Syakhsiah. Tahun 3 pula fiqh mu’amalat. Manakalah pada tahun 4 kami mendalami fiqh jinayat.

Alhamdulillah, saya diberi peluang belajar tentang hukuman hudud dan jenayah di bumi Syria ini. Untuk entry kali ini, saya tidak akan menjelaskan hukum hudud dari awal hingga akhir. Tetapi ingin berkongsi serba sedikit tentang kelembutan yang tersulam di sebalik ketegasan hukum sebatan hudud ciptaan Sang Pencipta terhadap manusia kerdil yang bernama manusia.

Hukum sebatan di dalam hudud dikenakan kepada penzina (bujang), Qozaf, dan peminum arak. Hukuman tidak dijalankan sesuka hati, tetapi perlu berlandaskan syarat-syarat yang telah di gariskan Islam.

Alat sebatan adalah cemeti kulit yang bersaiz sederhana, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, tidak juga terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Cemeti itu mestilah mempunyai satu hujung sahaja, tidak boleh sekiranya hujung cemeti itu bercabang dua atau lebih.

Cara memegang cemeti adalah dengan meletakkan cemeti di antara jari telunjuk dan jari manis atau diantara jari kelingking dan jari manis. Tujuannya supaya sebatan yang dikenakan kepada pesalah tidak terlalu kuat dan dapat mengawal sebatan itu secara sederhana. Ketika pensyarah saya menunjukkan cara memegang cemeti yang betul, semua kami di dalam kelas yang terdiri dari pelajar Arab, Somalia, Rusia, Cina dan Melayu terpaku melihat lembutnya cara hukuman yang telah di tetapkan oleh Islam. Tiba-tiba terdengar suara seorang pelajar arab..

Anisah, memang lembut begini ke cara pelaksanaan hukuman hudud dalam Islam?” Tanya pelajar arab itu.

Ye, memang lembut beginilah hukum Allah.Kamu semua terkejut melihat hukum Allah seindah ini? Masyarakat memang begitu, bila dengar sahaja tentang hudud mereka membayang suatu hukuman yang ganas dan teruk. Tetapi sebenarnya hukum Allah itu indah..” Jawab pensyarah kami.

Berbeza dengan sebatan yang di amalkan sekarang sama ada di penjara ataupun sekolah-sekolah iaitu dengan mengenggam rotan di antara ibu jari dan jari telunjuk,supaya kekuatan sebatan secara maksimum dapat diberikan.

Kadar pukulan adalah sederhana. Tidak di pukul terlampau kuat dan tidak juga terlampau lembut. Orang yang menjatuhkan hukuman itu pula tidak boleh menghayun cemeti itu hingga melebihi paras kepala. Hm, bayangkanlah..sekuat mana pukulan itu…

Pesalah di sebat di bahagian belakang badan ( و الكتفين الظهر) , disebat dalam keadaan pesalah itu duduk, tidak dilentangkan badannya, dan tidak diikat atau dipegang oleh sesiapa. Sekiranya pesalah itu mengelak ataupun lari ketika hendak disebat (akibat kesakitan), pesalah tidak perlu di kejar.

Ketika hukuman di jalankan, pesalah lelaki perlu membuka baju dan dalam masa yang sama menutup aurat mereka, iaitu menutup dari pusat hingga ke lutut. Manakala bagi pesalah wanita pula, aurat harus di tutup seperti biasa, tetapi pesalah harus memakai sehelai pakaian yang nipis.

Berbeza dengan hukuman sebat yang dijalankan sekarang, badan pesalah dilentangkan dan di ikat, pesalah di sebat di bahagian punggung, Orang yang menjalankan hukuman itu pula menghayun semaksimun mungkin rotan yang terdiri dari pelbagai saiz ketika menyebat pesalah dan aurat pesalah sama sekali tidak terjaga ketika hukum di jatuhkan, iaitu bahagian punggung di biarkan terbuka begitu sahaja tanpa ada sehelai kain pun menutupinya. Allahurabbi…

Hayunan sebatan sivil

Bilangan sebatan dalam Islam adalah sebanyak 100x bagi penzina, 40x(syafie) atau 80x (jumhur) bagi peminum arak, dan 80x bagi qozaf. Sebatan itu dipukul secara berturut-turut. Namun, sekiranya akibat dari sebatan itu pesalah kelihatan sakit ataupun dengan menyambung sebatan itu dikhuatiri pesalah akan cedera (memberi kesan negative kpd pesalah secara kritikal), maka sebatan boleh diberhentikan dan disambung pada waktu yang lain.

Hukuman sebatan tidak dijalankan ketika hal pesalah itu masih mabuk, atau pun pesalah itu sedang sakit. Tidak juga disebat dalam cuaca yang terlampau panas dan juga cuaca yang terlampau sejuk, dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan pesalah.

Ketika sedang rancak pensyarah saya menjelaskan tentang hukuman sebatan di bilik kuliah, tiba-tiba ada seorang budak Rusia yang duduk di hadapan saya mengangkat tangan memberi isyarat kepada pensyarah yang dia ingin bertanyakan sesuatu.

Anisah, boleh tak di Negara yang tidak mengamalkan hukuman hudud, ulama’ di Negara itu yang menjalankan serta menjatuhkan hukuman hudud kepada rakyat yang bersalah? ” Soal budak Rusia itu.

Tak boleh.. hukuman hudud mesti dijalankan oleh pemerintah setiap Negara. Pemerintah pula akan melantik qadhi untuk menjalankan hukum hudud. Ulama’ tiada hak untuk menjalankan hukuman hudud. Kalau di sesebuah Negara itu tidak dilaksanakan hudud seperti mana yang di suruh Allah, maka kerajaan dan pemimpin Negara itu yang bersalah..” Jawab Doktor Fathinah Mardini, pensyarah subjek feqah kami.

Kami menganggukkan kepala tanda faham dan setuju apa yang diperkatakan oleh Doktor Fathinah. Terlintas di benak fikiran saya, siapa pula yang menentukan pemimpin atau kerajaan kalau bukan rakyat?? Hmmm….

Kadang-kadang terfikir, hukum-hukum Allah seakan-akan kisah hikayat yang hanya terbuku di dalam al-Quran tanpa dipraktikkan di oleh manusia di zaman era kemodenan dan teknologi, sama ada Negara yang mengaku dan mengatakan mereka adalah sebuah Negara Islam mahupun Negara bukan Islam.

Semoga segala apa yang kami pelajari tentang Islam akan dapat kami praktikkan dan amalkan satu hari nanti. Bukan sekadar belajar dan kemudian kami tidak dibenarkan untuk beramal dengan apa yang kami pelajari sedangkan ia adalah setinggi-tinggi hukum dan setinggi-tinggi arahan dari setinggi-tinggi kuasa, iaitu tuhanmu dan juga tuhan ku…ALLAH….

Wallahua’lam..

*Saya sendiri belum membuat kajian secara menyeluruh tentang hukum hudud. Mungkin apa yang saya tulis berbeza dengan apa yg anda pernah jumpa ttg hudud sebelum ini. Mungkin ada perbezaan pendapat ulama’ di dalam cara pelaksanaan hukum hudud.. Maklumat-maklumat yg saya tulis di dalam entry ini adalah berdasarkan maklumat yang saya perolehi dalam bilik kuliah dan kitab pengajian di bilik kuliah iaitu kitab ‘ Al-‘uquubaat Ash-Syar’iyyah Wal Aqdiyyah Wash Syahaadaat ’ karangan penulis terkenal Duktor Wahbah az-Zuhaili.

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on January 13, 2012, in FiQh and tagged , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. thumbs up kak erin!=)

    Like

  2. barakallahu fiikk ya erinn….kitab tu k.mah buat rujukan mengajar pelajar stam dan masyarakat kampung secara amnya dalam misi penerangan Islam adil untuk semua dan undang2 islam adalah penyelamat yang indah….^_^

    Like

  3. bagaimana dengan kisah Umar Al khattab yang di mana anaknya berzina, dab beliau menjalankan hukuman sebat dan di pertengahan, anaknya mati, dan beliau tetap menreuskan sebatan bagi cukup 100.. kenapa anaknya boleh mati?

    Like

    • em.. setakat ni belum pernah lg dengar cerita ttg anak umar. saya pon dah tnya lecturer saya, die kate die pon xpenah dgr. kalau bole tau sumber dari mane cerita ni..

      Like

  4. Muhammad Amirul Amin Bin Zailani

    as salam, Cik.. ada rujukan mana-mana kitab tentang perlaksanaan ini? amat berminat ttg posting ini selain mahu mambawa pengenalan hukum ini kepada masyarakat. jika ada emailkan saya?

    Like

Leave a comment