Monthly Archives: May 2013

Rungkaian Sejarah Hitam Palestin (part 3) : GERAKAN ZIONIST & PERANG DUNIA KEDUA

palestin-flag

Selepas perang dunia kedua, dengan menjadikan British sebagai perantaraan, Zionist telah memindahkan isu Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). British juga telah mengisytiharkan bahawa mandat British terhadap tanah Palestin telah pun berakhir, lalu berundur dari isu ini pada 15 Mei 1948.

Pada 29 November 1948, PBB telah mengadakan mesyuarat Agung dengan kehadiran 2/3 ahlinya. Keputusan dari Mesyuarat Agung itu telah memutuskan pembahagian tanah Palestin kepada dua wilayah/negeri, iaitu wilayah arab dan wilayah yahudi.

PBB telah mengkhususkan pembahagian tanah Palestin kepada rakyat Palestin sebanyak 48%, manakala 54% dikhususkan kepada orang Yahudi. Padahal pada ketika itu, nisbah orang Yahudi yang berada di Palestin tidak lebih dari 32%. Manakala nisbah orang-orang Arab Palestin yang berada dibumi Palestin adalah sebanyak 68% daripada jumlah penduduk keseluruhan.

Pada asalnya, rakyat Palestin memiliki 93.5% daripada tanah Palestin.

1918 – Jumlah orang Yahudi yang berada di Palestin kira-kira 56 juta penduduk, iaitu lebih kurang 8% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Palestin. Manakala jumlah rakyat tempatan Palestin yang sebenar ketika itu mencecah 644 juta penduduk.

1948 – Jumlah orang Yahudi yang menduduki tanah Palestin telah meningkat secara mendadak kepada 650 juta ketika mana dihebohkan tentang tertubuhnya Negara yang bernama Israel.

Pada tahun 1918, Yahudi hanya memiliki tanah Palestin sebanyak 2.5% daripada keluasan tanah Palestin. Jumlah itu meningkat kepada 5.6% pada tahun 1948. Lalu pembahagian tanah Palestin dihadiahkan kepada Yahudi sebanyak 54% oleh PBB.

rampasan tanah palestin

Ketika mana Britain konon-konon telah berundur daripada isu Palestin, pada waktu itu berlakunya kerjasama dan penyelarasan secara meluas diantara tentera Israel dan tentera Britain. Pada waktu yang sama, tentera British melakukan kawalan ketenteraan yang ketat terhadap kawasan tempat tinggal Arab untuk melemahkan orang-orang Arab serta memudahkan tentera Zionist untuk menguasai mereka.

Pada 14 Mei 1948, sebelum beberapa jam British berundur dari Palestin, kenyataan rasmi tentang penubuhan Negara Israel telah diisytiharkan. Dan 11 minit selepas itu, Amerika telah mengiktiraf penubuhan Negara itu. Maka, konon-kononnya Negara Israel telah dibina secara rasmi dan halal di bumi Palestin (kerana Israel wujud ketika mana Palestin masih di bawah tanah jajahan Britain).

Selepas British berundur daripada Palestin, tentera-tentera Arab tidak mampu berada di tanah Palestin untuk mencapai apa-apa keputusan ketenteraan di tanah Palestin disebabkan jumlah mereka yang terlampau sedikit, dan kekurangan senjata dan juga kelengkapan peperangan, serta wujudnya Negara-negara besar dunia dan berpengaruh yang berpihak di pihak Israel.

Beginilah kesudahan kepada pelaksanaan perjanjian Balfour selepas 30 tahun perjanjian itu dimanterai, dan ianya telah membawa kepada tertubuhnya Negara Israel di atas bumi Palestin yang pada hakikatnya merupakan milik orang-orang Arab.

Wallahua’lam..

 

** Maklumat di terjemah dari kitab ‘Thaqafah siasiyyah’ karangan Syeikh Adnan Dibsy

Rungkaian Sejarah Hitam Palestin (part 2) : GERAKAN ZIONIST dan PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918)

palestine-flag

Ketika tercetusnya perang dunia pertama, Zionist telah menolong tentera Britain dari sudut kewangan bagi membeli peralatan perang. Zionist juga telah membekalkan bom (TNT) kepada tentera Britain dimana bom itu adalah merupakan hasil buatan orang-orang Yahudi sendiri.Segala sumbangan dan pertolongan Zionist kepada tentera Britain adalah sebagai balasan (atau tukaran) kepada janji Britain yang akan menghadiahkan tanah Palestin kepada kaum Yahudi dan akan menjadikan bumi Palestin itu tanah air buat kaum Yahudi sekiranya Britain menang dalam pertempuran Perang Dunia Pertama itu.

Tentera British telah menang di dalam pertempuran perang dunia pertama itu, dan diantara natijah (hasil) yang paling menyerlah setelah selesai perang dunia pertama adalah persepakatan diantara Menteri Luar Britain dan Menteri Luar Parsi.

Hasil daripada persepakatan itu, mereka telah membahagi-bahagikan tanah-tanah Arab.

Iraq, Jordan dan Palestin menjadi milik Britain.

Manakala Syria dan Lubnan menjadi tanah jajahan Parsi.

BALFOUR

Author James Balfour

Maka pada saat itu, Zionist boleh melalukan apa saja yang meraka kehendaki.

Pada tahun 1917, telah termenterailah Perjanjian Balfour oleh Author James Balfour, Menteri Luar Britain yang berbangsa Yahudi. Hasil dari perjanjian itu telah  teriktiraflah bagi mereka pembinaan sebuah tanah air buat kaum Yahudi di atas tanah PALESTIN.

200px-Balfour_declaration_unmarked

surat perjanjian belfour 1

Jika kita teliti dan amati Perjanjian Balfour, ianya seolah-olah boleh diumpamakan seperti sebuah pemberian dari orang orang yang tidak memiliki tanah Palestin, kepada orang yang tidak berhak menerimanya. ( عطاء من لا يملك أرضاً إلى من لا يستحق ) atau dalam bahasa mudah, British yang pada hakikatnya tidak memiliki Palestin, tetapi telah menyerahkan Palestin kepada orang yang tidak berhak mendapat tanah Palestin, iaitu Yahudi.

Kesan daripada perjanjian itu, telah berlakunya Revolusi serta Demonstrasi dan juga perbincangan (muzakarah) antara negara-negara yang bertanggung jawab terhadap hal ini (negara2 arab) serta negara-negara besar yang lain. Muzakarah ini adalah bertujuan untuk menguatkan bahawa Palestin merupakan tanah milik bangsa Arab, serta mereka membantah penghijrahan orang-orang Yahudi ke tanah Palestin.

Revolusi rakyat Palestin yang terbesar adalah pada tahun 1936-1945 yang merupakan puncak kepada perjuangan bangsa Arab menentang rancangan jahat penjajah dan Zionist.

Wallahua’lam..

 

** Maklumat diterjamah dari kitab bertajuk ‘Thaqafah Siasiyyah’ karangan Syeikh Adnan Dibsy

%d bloggers like this: