Rungkaian Sejarah Hitam Palestin (part 3) : GERAKAN ZIONIST & PERANG DUNIA KEDUA


palestin-flag

Selepas perang dunia kedua, dengan menjadikan British sebagai perantaraan, Zionist telah memindahkan isu Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). British juga telah mengisytiharkan bahawa mandat British terhadap tanah Palestin telah pun berakhir, lalu berundur dari isu ini pada 15 Mei 1948.

Pada 29 November 1948, PBB telah mengadakan mesyuarat Agung dengan kehadiran 2/3 ahlinya. Keputusan dari Mesyuarat Agung itu telah memutuskan pembahagian tanah Palestin kepada dua wilayah/negeri, iaitu wilayah arab dan wilayah yahudi.

PBB telah mengkhususkan pembahagian tanah Palestin kepada rakyat Palestin sebanyak 48%, manakala 54% dikhususkan kepada orang Yahudi. Padahal pada ketika itu, nisbah orang Yahudi yang berada di Palestin tidak lebih dari 32%. Manakala nisbah orang-orang Arab Palestin yang berada dibumi Palestin adalah sebanyak 68% daripada jumlah penduduk keseluruhan.

Pada asalnya, rakyat Palestin memiliki 93.5% daripada tanah Palestin.

1918 – Jumlah orang Yahudi yang berada di Palestin kira-kira 56 juta penduduk, iaitu lebih kurang 8% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Palestin. Manakala jumlah rakyat tempatan Palestin yang sebenar ketika itu mencecah 644 juta penduduk.

1948 – Jumlah orang Yahudi yang menduduki tanah Palestin telah meningkat secara mendadak kepada 650 juta ketika mana dihebohkan tentang tertubuhnya Negara yang bernama Israel.

Pada tahun 1918, Yahudi hanya memiliki tanah Palestin sebanyak 2.5% daripada keluasan tanah Palestin. Jumlah itu meningkat kepada 5.6% pada tahun 1948. Lalu pembahagian tanah Palestin dihadiahkan kepada Yahudi sebanyak 54% oleh PBB.

rampasan tanah palestin

Ketika mana Britain konon-konon telah berundur daripada isu Palestin, pada waktu itu berlakunya kerjasama dan penyelarasan secara meluas diantara tentera Israel dan tentera Britain. Pada waktu yang sama, tentera British melakukan kawalan ketenteraan yang ketat terhadap kawasan tempat tinggal Arab untuk melemahkan orang-orang Arab serta memudahkan tentera Zionist untuk menguasai mereka.

Pada 14 Mei 1948, sebelum beberapa jam British berundur dari Palestin, kenyataan rasmi tentang penubuhan Negara Israel telah diisytiharkan. Dan 11 minit selepas itu, Amerika telah mengiktiraf penubuhan Negara itu. Maka, konon-kononnya Negara Israel telah dibina secara rasmi dan halal di bumi Palestin (kerana Israel wujud ketika mana Palestin masih di bawah tanah jajahan Britain).

Selepas British berundur daripada Palestin, tentera-tentera Arab tidak mampu berada di tanah Palestin untuk mencapai apa-apa keputusan ketenteraan di tanah Palestin disebabkan jumlah mereka yang terlampau sedikit, dan kekurangan senjata dan juga kelengkapan peperangan, serta wujudnya Negara-negara besar dunia dan berpengaruh yang berpihak di pihak Israel.

Beginilah kesudahan kepada pelaksanaan perjanjian Balfour selepas 30 tahun perjanjian itu dimanterai, dan ianya telah membawa kepada tertubuhnya Negara Israel di atas bumi Palestin yang pada hakikatnya merupakan milik orang-orang Arab.

Wallahua’lam..

 

** Maklumat di terjemah dari kitab ‘Thaqafah siasiyyah’ karangan Syeikh Adnan Dibsy

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile.

Posted on May 26, 2013, in Dunia Islam and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: