AKU INGIN MENULIS KERANA ALLAH..


Sahaja aku menulis-

بسم الله الرحمان الرحيم

Jari kaku seketika seusai menaip kalimah ‘basmallah’.. kemudian kaku lagi seusai menaip ayat pertama… hmm, maklumlah.. sudah lama jari tak menari di keyboard utk di post ke blog. Otak tepu memikirkan ayat dan idea apa yang hendak disampaikan.

Sedar tak sedar, sudah 3 tahun saya tak update blog..

Yeee… 3 tahun..!!

Diulangi sekali lagi.. 3 tahun..!!!

IMG_3169

Allahu rabbi, lama betul saya ‘berehat’ dari dunia penulisan maya. Ntahla, berehat seketika atau berehat selamanya..

Kali terakhir saya menulis entry utk muslimah versatile adalah sebulan sebelum pernikahan saya. Ini sudah tahun ketiga saya mendirikan rumahtangga. Allah, mungkinkah ini fitnah selepas perkahwinan yang kerap diperkatakan??

Tidak, bukan salah suami saya. Suami saya seorang yg supportive. Die kerap mendorong saya untuk terus menulis. Tapi diri ini yang lemah dan manja. Banyak  beralasan.. itulah, inilah.. padahal semua alasan itu boleh aja ditepis..

Sudah-sudahlah tu shazareen..! cukuplah berehat.. teruskan usaha dakwah penulisan.

Saya sering punya idea utk dikongsikan.. tp saya cipta alasan untuk menulis..

Ramai juga visitors yg respon dan bertanya sesuatu di ruangan comment blog saya, tp saya hanya pandang sebelah mata dan biarkan ia berlalu begitu saja..

Allah.. betapa besar kesalahan saya..

Betapa besar dosa saya kerana membiarkan persoalan2 mereka, sedangkan mereka mencari ilmu dan mereka ingin tahu..

Ya rabb..!! ampunkan aku…

Doakan saya, doakan moga2 ini bukan entry terakhir saya..

Doakan saya terus istiqomah dalam dunia penulisan..

Doakan saya ikhlas dan Allah menerima penulisan saya sebagai usaha saya untuk menyebarkan dakwah..

Doakan saya agar tidak tersasar dari dunia dakwah..

Dan doakan saya agar saya mati dalam jalan dakwah…

Ya Allah, ampunilah aku.. kuatkan langkahku, gagahkan jari jemariku, ligatkan fikiranku, permudahkan urusanku dan terimalah amalanku..

Tolonglah ya Allah.. bantu aku..

Kerana aku tidak mahu menjadi ‘pendakwah tahi ayam’ …

 

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile.

Posted on April 3, 2016, in pena dakwah. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Long holiday 😭

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: