5 CARA SUAMI BANTU ISTERI MERASAI KEINDAHAN RAMADHAN


dian

Ramadhan bakal kunjung tiba tidak lama lagi, sekitar 60 hari saja lagi..

Keindahan dan kenikmatannya sangatlah dinanti-nanti buat sang pencinta ilahi..

Namun, sayangnya tidak semua yang menanti itu mampu menikmati ramadhan dengan sepenuh hati. Dek kerana rumah tangga yang memerlukan komitmen seorang isteri dan mommy.

Ini bukan alasan, tapi ini reality !

Tahukah kita betapa ramai para ibu yang rindu untuk solat tarawikh di masjid, merasai kekhusyukan dalam kedamaian di rumah Allah di samping alunan bacaan imam yang merdu.

Tahukah kita betapa ramai para ibu yang rindu untuk berlumba-lumba menghabiskan bacaan al-Quran ketika ramadhan tetapi gagal melakukannya..

Tahukah kita betapa ramai para ibu rindu untuk berqiamulail di masjid dikeheningan dua per tiga malam penghujung ramadhan seperti mana yang sering mereka lakukan ketika mereka masih bujang..

Namun, kini itu semua tinggal nikmat yang hanya menjadi kenangan dan berharap moga nikmat itu akan kembali 15 tahun akan datang ketika anak2 sudah cukup dewasa untuk dilepaskan.

Tetapi sebenarnya dengan bantuan dan kerjasama suami, insyaAllah para ibu dapat juga merasai nikmat kedatangan penghulu bulan itu.

Antaranya :

  1. BERI CUTI MASAK KEPADA ISTERI

Masuk saja bulan ramadhan, semua orang berlumba-lumba untuk melipat gandakan amalan ibadah dan kerohanian. Suami sepatutnya cuba bertoleransi dengan isteri mereka dan beri peluang kepada isteri mereka beribadah. Ye, menyediakan hidangan buat suami dan keluarga juga merupakan ibadah. Tapi isteri juga ingin bertemu dengan Allah dan beribadah..

Oleh itu, antara solusinya..

Beli makanan berbuka dan sahur di luar/bazaar ramadhan..

Atau,

Makan lauk masakan isteri yang telah disimpan dalam freezer. Isteri masak banyak sekaligus mungkin seminggu sekali dan simpan lauk pauk di dalam freezer untuk dijadikan lauk berbuka dan bersahur selama seminggu.

Dengan cara itu, dapat membantu isteri mengurangkan masanya dari terperuk di dapur dan dapat focus kepada ibadah. Badan isteri pun takdelah letih. Penattt kott masak ni..

Suami bertahan la sikit ye, untuk sebulan je.. J

Isteri pulak, jangan la amik kesempatan plak.. duk ngadap henpon main whatsapp la, facebook la, instagram laa… tapi manfaatkan sepenuh masa untuk beribadah kepada Allah..

Para isteri patut bersyukur kalau dapat suami yang boleh bertoleransi, terutama bab makan ni ..

  1. GILIR-GILIR JAGA ANAK KETIKA SOLAT TERAWIH DI MASJID

Cara ini Alhamdulillah kami sudah cuba tahun lepas. Alhamdulillah dapat jugak saya merasa kenikmatan solat terawih di masjid.

Seeloknya suami bawa isteri dan anak2 ke masjid ataupun surau yang buat solat terawih sebanyak 20 rakaat. Suami solat terawih bersama imam 8 rakaat pertama, kemudian tukar giliran jaga anak dengan isteri dan isteri pula solat terawih berjamaah dengan imam 8 rakaat seterusnya.

Sekurang-kurangnya, dapat jugak isteri solat terawih di masjid.. takdelah duduk rumah jaga anak sambil tengok drama.. ingat best ke camtu..huhu

Dalam masa yang sama, kita dapat jinakkan anak2 kite dengan rumah Allah.

Seeloknya pergilah ke masjid yang agak luas dan besar kawasannya, contohnya macam masjid putra, masjid besi, masjid shah alam… so anak2 pon bole bebas bergerak dan takdelah mengganggu jemaah sedang solat.

  1. CARI BAJU RAYA SIAP-SIAP SEBELUM KEDATANGAN RAMADHAN

Tips ni bukan hanya untuk isteri, tapi untuk suami juga. Sebab kebiasaannya orang akan sibuk membuat persiapan raya seminggu sebelum kedatangan syawal. Sedangkan sepatutnya 10 terakhir ramadhan lah kita patut memaksimumkan lagi ibadah kita. Macam semua orang tahu, 10 malam terakhir ramadhan ada terselit padanya malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tapi orang kita, time tu la nak pegi beli baju raya bagai.. terawih pun tak pergi. Bangun solat malam tak larat. Zikir kurang. Baca Quran jarang.. mana taknya, otak dan badan penat membuat persiapan untuk syawal.

Jadi, cubalah untuk buat persiapan raya sekurang2nya sebulan sebelum ramadhan. Cari baju raya siap2. Kalau ada kuih raya awal, lagi bagus.. huhu.. biarlah kita beli baju raya mahal sikit berbanding sehari dua sebelum raya, memang promosi gile2 time tu. Tp asalkan kita tetap dapat memelihara kualiti ibadah kita dan dapat memaksimumkan ibadah pada penghujung ramadhan. Uii, berbaloiii tu… berkorban demi Allah..

Bukannya kita beriya-iya nak sambut syawal sedangkan ramadhan pun tak masuk lagi.. tapi, kita berusaha untuk menjaga kualiti ibadah kita pada hari-hari terakhir ramadhan. Bukannya time tu la nak sebok2 buat persiapan. Rugi wehh… rugii…!!!

  1. SUAMI FOLLOW UP ISTERI

Sebagai imam di dalam keluarga, suami sepatutnya semak dan follow up ibadah isteri dan anak2nya. Contohnya seperti, Tanya isteri

hari ni awak dah habis baca quran sejuzuk belum?’ kalau belum, suruh dia buat.. ataupun baca bersama2 isteri dan anak2. Maklumlah, perempuan ni kadang-kadang suka juga curik tulang.

Kejut isteri untuk solat malam.

Semak zikir harian isteri, cukup atau tidak.

Barulah isteri lebih serius untuk beribadah, takdelah nak ngadap dan melayan bisnes online 24jam.

  1. BAGI GALAKAN DAN DORONGAN KEPADA ISTERI

Bagi semangat kepada istri untuk menghargai peluang merasai kedatangan ramadhan.

Ingatkan isteri betapa dia beruntung mendapat suami yang sangat mengambil berat tentang ibadah dan memberi peluang kepadanya untuk merasai nikmat ramadhan.

Ceritakan kepadanya betapa besar harapan anda sebagai seorang suami inginkan dia menjadi ketua bidadari di syurga nanti.

Sekali sekala, bawa isteri berqiamulail di masjid2 yang agak selesa. Seperti masjid shah alam. Hidupkan malam ramadhan bersama-sama keluarga.

ramadhan_is_coming_by_littlemuslimah-d52g5if

Semoga dengan toleransi para suami, dapatlah para isteri merasai nikmat ramadhan dan mendekatkan lagi hubungan dia dengan Allah disamping meningkatkan lagi ketaQwaannya.

Kalau isteri malas jugak nak beribadat, tarik balik segala keistimewaan yang dah diberikan. Suruh die masak sehari 7 kali. Hoho..

Terima kasih buat kalian, para suami yang sanggup bertoleransi dan sangat menitik beratkan ibadah isteri kalian..

 

Terima kasih juga buat suami saya yang hensem sebab sangat bertoleransi dengan saya🙂

 

Wallahua’lam..

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile.

Posted on April 5, 2016, in pena dakwah and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: