HILANGNYA ‘GAH’ WANITA BERTUDUNG


tumblr_mhqvdqMMgg1rl8gtso1_500

بسم الله الرحمان الرحيم

Saya ingat lagi,

Zaman dulu-dulu tak ramai orang yang pakai tudung. Zaman saya kecik-kecik dulu, tak ramai yang pakai. Yang saya perasan orang yang pakai tudung tu golongan ustazah-ustazah, yang ajar mengaji, budak-budak pergi belajar mengaji, yang pegi belajar agama kat Timur Tengah. Pakai pulak tudung singkat, tudung pada muka di’kelepek’. eheh😀

Ada jugak la yang pakai tudung labuh, tapi tak ramai.

Perempuan dulu-dulu akan pakai tudung bila ada program keagamaan macam sambutan maulidur Rasul, bacaan yassin, majlis tilawah al-Quran dan lain-lain. pakai tudung pula ala2 Datin, nampak jambul.. eheh😀

 

Saya ingat lagi,

kalau orang yang pakai tudung dulu-dulu, mereka dah dikira ‘alim’. itulah pandangan masyarakat pada mereka. senang cerita, mereka tinggi dan mulia di mata masyarakat.

 

Saya ingat lagi,

orang dulu-dulu kalau bertudung mesti berbaju kurung. yelah, zaman tu belum  datang lagi trend berjubah. saya tak nampak pulak orang dulu-dulu pakai tudung dengan baju sendat atau kain singkat.

tudung dulu2

 

SEKARANG…

Orang dah ramai bertudung. Alhamdulillah. Malah anak kecil lagi sudah mula dididik untuk bertudung.

Wujud pula macam-macam jenis tudung yang memang amat memudahkan wanita untuk bertudung.

tudung pun ada jual kat mana-mana je. pendek cerita, senang jumpa dan mudah untuk dipakai. saut je terus siap!

Yelah, dulu leceh sikit. kene pin sana pin sini. pakai tudung pun rupe comot semacam je. ada garis bekas lipatan kat tudung la. tudung tak menjadi la. dah pula ade jual kat tempat tertentu je.

Alhamdulillah..

masyarakat dan wanita zaman ini dah mula sedar akan kepentingan dan kawajipan menutup aurat, dan ini adalah satu bi’ah(suasana) yang sangat positif dikalangan masyarakat kita hari ini.

 

NAMUN..

 

Pandangan masyarakat kepada wanita bertudung tidak lagi seperti dulu.

dan wanita bertudung itu sendiri terkadang hilang punca kenapa dia bertudung sebenarnya.

Mereka sendiri tak tahu apa hadaf(tujuan) mereka bertudung.

 

*trend*

Bertudung kini merupakan satu trend.

Wanita kerap tersalah arah, mereka bertudung kerana mahu kelihatan cantik bukan kerana mentaati perintah Allah. Berpakaian ala islamik tapi berkiblatkan fesyen barat.

 

Lalu wujudlah rancangan tv semacam ‘Hijab Stylista’, majalah seperti ‘Hijabista’ dan sewaktu dengannya.

Mengajar para wanita bagaimana bergaya dengan menggunakan tudung, bagaimana kelihatan cantik, angun dan mempersona apabila bertudung, bagaimana tampil lebih ellegant dengan bertudung..

Aaah.. itu bukan ellegant, tapi alien namanya !

hijabista

Apalah sebenarnya hadaf mereka berhijab?

sekadar ingin up-to-date?

 

Berfesyen itu tidak salah, yang penting ia bertepatan dan mengikut kehendak syarak.

Bukan berfesyen mengikut kehendak barat dan tunduk kepada pandangan mata manusia.

 

 

*perwatakan*

Perwatakan wanita bertudung yang sepatutnya memiliki sifat seperti pemalu juga kian terhakis., kerana ia adalah sifat yang dituntut didalam Islam.

 

Rasulullah sollahu alaihi wasallam bersabda :

إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاء

“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (HR. Ibnu Majah no. 4181. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Sayangnya, tiada lagi sifat tersebut dalam diri si pemakai. kalau ada pun, sedikit cuma.

Wanita bertudung kini tidak lagi membawa identiti muslimah sebenar. Malah ramai yang hanya mencacatkan lagi pandangan dan persepsi masyarakat terhadap muslimah dan wanita bertudung.

Kalau dulu,

Terasa pelik sekiranya ada wanita bertudung hadir ke konsert-konsert atau program hiburan.

Tapi sekarang, wanita bertudunglah yang memenuhkan kerusi atau ruang dewan.

 

Kalau dulu,

Masyarakat hairan dan terkejut apabila wanita bertudung menyertai program nyanyian realiti tv,

tapi sekarang masyarakat sudah biasa akan penyertaan wanita bertudung.

Bukan setakat tu, juga sudah lali melihat tarian dan mendengar suara lalakan wanita bertudung.

 

Kalau dulu,

wanita bertudung sangat menjaga maruah diri,

tapi sekarang ramai yang tergedik-gedik sana sini.

 

Kalau dulu,

Wanita bertudung pantang disentuh lelaki,

tapi sekarang, tak cukup sekadar tu malah berhubungan semacam suami isteri.

 

Kalau dulu,

wanita bertudung pasti pandai mengaji,

tapi sekarang, alif ba ta pun ada yang tak kenal lagi.

 

Kalau dulu,

wanita bertudung solat 5 waktu itu sudah pasti,

tapi sekarang, ramai yang solat pun liat nak mati.

 

Ah.. kalau cerita pun takkan habis kat sini,

banyak lagi yang korang boleh fikir dan lihat sendiri !

konsert-af-minggu-6

*keliru*

Ramai wanita keliru dengan imej pemakaian dan perwatakkan mereka. Mereka tidak sedar yang sebenarnya mereka sedang membawa sebuah identiti wanita muslimah. Malangnya, mereka mencalarinya dengan melakukan perkara yang berlanggar dengan syarak.

 

Contohnya seperti,

mereka bertudung dan mengenakan baju serta seluar ketat.

 

mereka bertudung jarang hingga menampakkan leher dan rambut mereka.

 

mereka bertudung tetapi berpangangan tangan dengan lelaki yang entah siapa-siapa, bercumbu-cumbuan, malah ada yang berzina sedang mereka memakai tudung !

 

Lalu naik di dada-dada akhbar atau viral di internet tentang berita yang bertajuk seperti

‘Wanita bertudung kantoi berzina’ !

 

Ya ! itu yang akan mereka high light kan..

 

Lalu akan ada yang berkata,

‘baik lagi aku, tak pakai tudung tapi takdalah sampai berzina’.

‘orang bertudung ni pun semua sama je, bukannya baik pun’.

‘baik tak payah pakai tudung, yang penting hati baik’.

 

Terhapus, tergores dan tercalar, malah terkoyak nilai-nilai dan kebaikkan wanita menutup aurat sekaligus mencacatkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam.

 

……………………………………

 

Saya menulis entry ini dengan rasa penuh kekesalan, kecewa malah malu dengan sikap segelintir wanita bertudung. Ya, walaupun mereka hanya bertudung dan bukan menutup aurat sepenuhnya, tetapi tudung yang mereka pakai itu membawa imej dan nama kepada Islam.

 

Saya berharap sangat, kemuliaan wanita bertudung dan menutup aurat kembali terangkat.

 

Ayuh mula dari diri kita sendiri.

 

KEMBALIKAN GAH WANITA BERTUDUNG !

 

………………………………………

 

Firman Allah berbunyi :

“ dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi suadara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (SURAH AN-NUR:31)

 

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (SURAH AL-AHZAB : 59)

Wallahua’lam..

jilbab

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile.

Posted on September 4, 2016, in pena dakwah and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: