Monthly Archives: January 2017

‘Ya Allah, kakak nak naik Qitor’

Alhamdulillah..
Perdana Menteri yang kita amat ‘sanjungi’ telah selamat merasmikan MRT yang baru dibina pada 16 disember 2016.

Maka, pihak MRT telah mengishtiharkan tambang percuma selama sebulan bagi sesiapa yang ingin menaiki dan mencuba perkhidmatan MRT.

kami sekeluarga pun tak nak lepaskan peluang ni. Jadi, sebab tu hari ni, 15 Jan 2017 kami nekad untuk naik jugak MRT secara free.

Plan dh lama. Cuma tak berkesempatan lagi nak naik MRT.

nak dijadikan cerita pula, Tuqo asyik duk sebut je..

‘nak naik qitor (keretapi)’.

‘abah, mama, boleh tak kakak nak naik qitor?’.

Tiap kali minta tu, tiap kali tu kami jawab..

‘insyaAllah. Nanti ada rezeki kita naik ye. Kakak doala kat Allah. Cakap yang kakak nak naik qitor.’

Tuqo pun terus akan berdoa berulang-ulang kali.

‘ya Allah, kakak nak naik Qitor’.

Tiap kali nampak tren dari cermin kereta, mesti tuqo akan doa begitu dan minta izin kami untuk naik tren.

Sebab tu kami sungguh2 nak naik MRT free.

Sebab anak dah bersungguh2 berdoa pada Allah.

Kalau Allah makbulkan doanya, pasti die suka dan gembira. Begitulah kami cuba didik Tuqo supaya bergantung harap dan meminta hanya pada Allah.

Sebelum tu, pernah sekali dalam perjalan balik ke Ipoh, Tuqo tiba2 cakap

‘abah, kakak nak mator(hujan)’.

Kami terkejut dan rasa kelakar. Sebab tiba2 je dia minta nak hujan. Tak pernah2. Lalu apa lagi la yang boleh kita buat melainkan suruh die berdoa pada Allah untuk minta hujan. Tuqo terus berdoa tanpa diajar ayatnya..

‘ya Allah, kakak nak mator’.

Diulangnya 2-3 kali.

Kira2 setengah jam kemudian. Hari hujan! Saya dan suami sebenarnya dah tak ingat pasal doa Tuqo tadi. Tapi Tuqo ingatkan kami

‘mama.. tengok, mator!’

Dia nampak happy sangat. Yelah, Allah dah makbulkan doa dia. Dia cakap,

‘tadi kakak doa kat Allah nak hujan, pastu hujan’

Nampak kepuasannya. Dari situ saya belajar dari Tuqo tentang kuatnya kuasa doa dan jika kita hendakkan sesuatu harus bergantung harap pada Allah.

Jadi sebab itu kami menggunakan method yang sama pada Tuqo bila dia minta nak naik train ๐Ÿ™‚

Encik suami dah start goole route MRT lama dah.

Tapi last2 kami naik rapid kl dari putra height. Konon2 nak pegi Semantan untuk naik MRT. Memandangkan MRT baru ada perkhidmatannya dari Sungai buloh-Semantan. Tp akhirnya, kami hanya naik rapid hingga ke KL Central.

Perjalanan dari putra height ke Kl sentral pun dah ambil masa sejam. Tak tahan la nak duduk dalam tren lama2 dengan ada anak kecil. Maklumlah, budak2 ni cepat bosan.

So, kami turun kl central dan jalan2 di NU central.

Mula2 naik tren tu, seronok betul la Tuqo. Senyum2 teruja sambil buat muka blur sebab baru first time naik tren.

First time Tuqo naik tren. Ciwii… ๐Ÿ™‚

Taqi pun nampak excited. Hehe..

Sampai2 je kl central kami pun carik kedai makan. Sebab lapa beno laa time tu.

Lepas makan kami ke NU Sentral, betul2 bersebelahan dengan kl central. Memandangkan kami memang tak pernah pegi ke sana. Dah sampai sana, tak tahu pulak nak kemana. Maklumlah, saya dan encik suami bukan kaki shopping. Hehe..

Last2 ternampak satu tempat best ni..

Korea Train Express

Ingatkan kedai ape la, rupenya tempat pameran berkaitan train yang kerajaan nak bina dari Kl central ke Singapore.

So, dalam tu ada semua maklumat tentang projek pembinaan train kl-singapore yang bakal dibina tak lama lagi.rupanya pembinaan train ni menggunakan teknologi korea. Kalau tengok video kat situ, memang nampak canggih la train tu.

Masuk free je. Memang seronok masuk situ.

Yang lagi best, ada mini simulator yang boleh lah kita rasa konon2 macam kita jadi train driver. Hehe.

Elok2 train tu jalan laju Tuqo pegi break mati terus. Nasib baik tak terbalik train. Hehe

Seronok beno la Tuqo jadi driver. Hehe..

Taqi geram je nak main jugak.

Selesai main dan baca2 sikit2 maklumat. Kami pun nak keluar. Tibe2 nampak pulak ade mesin yang tak pernah jumpa. Lagi la kami ciwi. Hehe..

Rupenye guest book. Tapi elektronik. Kita tulis ape ucapan kite pada komputer tu, then capture gambar kita. Pastu print dan lekatkan kat dinding. Kami print 2 helai sebab nak simpan sehelai kenang2an.hehe..

Lepas kitorg habis guna, dorang ni tanya ‘is it free?’ cakap free terus je depa g buat jugak. Ciwi jugak rupenye. Hehe

Ni yang kitorang punya. Tulisan burok laa sebab berebut pen komputer tu dengan Tuqo. Suami cakap, apsal ucapan macam orang nak exam. Dah la titik jim hilang.. adehh.. hehe

Last sekali sebelum gerak balik, ambil gambar depan train n artis korea. Hehe

Lepas tu, kami terus solat maghrib dan balik ke putra height balik.

Time orang queue nak masuk train, encik suami pegi pintu paling depan sekali. Sebab nak duduk coch paling depan. Pemandangan lebih best. Macam kita driver train. Tuqo pun lagi suka.hehe.

Kusyuk beno captain meninjau.. hehe

Belum sempat nak sampai, lepas penat Tuqo n Taqi terjerit2 sampai satu train dengar dan pandang2 kitorang. Akhirnya Tuqo n Taqi tertidur dalam train sebab kepenatan. Hehe.

Alhamdulillah, akhirnya kami berdua dapat rehat sikit dalam train lepas penat bertarung dengan hero dan heroin. Hehe..

Baru ada peluang nak selfie. Heehe

Alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak stesen putra heights, tempat kami park kereta kami. Tuqo masih tidur. Encik suami angkat dan baringkan dia dalam kereta. Tuqo terus terjaga.

Dia macam.. eh, apsal aku kat sini. Hehe..

Kereta bergerak pulang, kami pun bersembang2.

Kami tanya Tuqo, best tak naik qitor. Best katanya.

Saya mintak dia syukur dan berterima kasih pada Allah. Saya ajar ayatnya

‘Tq Allah bagi kakak naik qitor’.

Lalu dia sebut

‘ya Allah, kakak nak naik qitor lagiiiii…’

Kami hanya mampu tersenyum, dan gembira sebab Tuqo terus meminta pada Allah. Lalu kami aminnn kan doa Tuqo.

Walaupun hanya berjalan2 dan bersiar2 naik train, tapi bagi saya inilah quality time kita bersama keluarga kita. Rasa seronok dan puass sangat. Walaupun tak dapat naik MRT free. Hehe..

Terima kasih Allah ๐Ÿ™‚

Terima kasih juga encik suami sebab sudi bawa kitorang anak beranak berjalan.

Tq Tuqo sebab ingatkan mama tentang kuasa doa.

Taqi pulak… Tq sbb ceriakan mama tadi ๐Ÿ™‚

Firman Allah swt :

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฃูŽู„ูŽูƒูŽ ุนูุจูŽุงุฏููŠ ุนูŽู†ู‘ููŠ ููŽุฅูู†ู‘ููŠ ู‚ูŽุฑููŠุจูŒ ุฃูุฌููŠุจู ุฏูŽุนู’ูˆูŽุฉูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽุงุนู ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุนูŽุงู†ู ููŽู„ู’ูŠูŽุณู’ุชูŽุฌููŠุจููˆุง ู„ููŠ ูˆูŽู„ู’ูŠูุคู’ู…ูู†ููˆุง ุจููŠ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุดูุฏููˆู†ูŽ

[ุงู„ุจู‚ุฑุฉ: 186].

โ€œDan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.โ€


Wallahua’lam..

Advertisements

Inilah kami :)

Bismillah..

Lama tak menulis, kering idea dan tak punya peluang duduk depan laptop..ok, mungkin cuma alasan.. huhu.

Kali ni first time try update blog pakai handphone je. Moga2 lepas ni saya makin rajin la menulis entry. Begitulah hendaknya..huhu..

Untuk first time jugak, saya nak share tentang episod kehidupan saya bersama family saya. Yelah, sebelum ni mana pernah saya cerita tentang family saya dekat blog ni. 

Saya mula menulis di blog ni zaman belajar dulu waktu masih bujang, tapi saya tak pernah menulis apa2 tentang keluarga saya disini. 

Cuma kali ni baru tergerak untuk berkongsi cerita dan kisah kami disini. Manalah tahu boleh menambah pahala dari coretan tak seberapa ini apabila dikongsikan dengan orang lain. 

Yelah, sekarang kalau orang nak cari maklumat main search google je. Saya pun begitu. Apa salahnya kita memudahkan orang lain dengan pengalaman2 kita.

Dan dalam masa yang sama saya boleh simpan kenangan kami sekeluarga disini ๐Ÿ™‚

Untuk kali ni, saya perkenalkan dulu keluarga kecil saya..

TuQo, saya, TaQi, dan encik suami ๐Ÿ™‚

Haa.. inilah keluarga saya..

Nama suami saya Mohammad Syaheed. Kami bernikah pada 17 Ogos 2013. Usia perkahwinan kami dah masuk tahun ke3. Alhamdulillah ๐Ÿ™‚

Anak sulong kami seorang puteri, namanya Nur Syaarihah At-Tuqo. Biasa orang panggil Tuqo. Ok, mungkin agak pelik nama tu bagi orang Malaysia. Sampai ade yang mungkin geli nak sebut nama Tuqo. Hehe.. takpelah, yang penting punya maksud yang baik.

Tuqo lahir pada 2 Julai 2014. Sekarang dah 2bulan setenggah.

Anak kedua kami pula adalah seorang putera. Namanya Mohammad Syaheer At-Taqi. Kitorang panggil Taqi.

Taqi lahir pada 20 April 2016. Sekarang berusia 8 bulan.

Tuqo dan Taqi punya maksud yang sama didalam bahasa arab, iaitu KETAQWAAN. 

Inilah keluarga kecil saya.

Anugerah terindah dari Allah buat hambanya yang hina.

Semoga keluarga kami dan juga keluarga kalian sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. aminn.. ๐Ÿ™‚

%d bloggers like this: