Inilah kami :)


Bismillah..

Lama tak menulis, kering idea dan tak punya peluang duduk depan laptop..ok, mungkin cuma alasan.. huhu.

Kali ni first time try update blog pakai handphone je. Moga2 lepas ni saya makin rajin la menulis entry. Begitulah hendaknya..huhu..

Untuk first time jugak, saya nak share tentang episod kehidupan saya bersama family saya. Yelah, sebelum ni mana pernah saya cerita tentang family saya dekat blog ni. 

Saya mula menulis di blog ni zaman belajar dulu waktu masih bujang, tapi saya tak pernah menulis apa2 tentang keluarga saya disini. 

Cuma kali ni baru tergerak untuk berkongsi cerita dan kisah kami disini. Manalah tahu boleh menambah pahala dari coretan tak seberapa ini apabila dikongsikan dengan orang lain. 

Yelah, sekarang kalau orang nak cari maklumat main search google je. Saya pun begitu. Apa salahnya kita memudahkan orang lain dengan pengalaman2 kita.

Dan dalam masa yang sama saya boleh simpan kenangan kami sekeluarga disini ๐Ÿ™‚

Untuk kali ni, saya perkenalkan dulu keluarga kecil saya..

TuQo, saya, TaQi, dan encik suami ๐Ÿ™‚

Haa.. inilah keluarga saya..

Nama suami saya Mohammad Syaheed. Kami bernikah pada 17 Ogos 2013. Usia perkahwinan kami dah masuk tahun ke3. Alhamdulillah ๐Ÿ™‚

Anak sulong kami seorang puteri, namanya Nur Syaarihah At-Tuqo. Biasa orang panggil Tuqo. Ok, mungkin agak pelik nama tu bagi orang Malaysia. Sampai ade yang mungkin geli nak sebut nama Tuqo. Hehe.. takpelah, yang penting punya maksud yang baik.

Tuqo lahir pada 2 Julai 2014. Sekarang dah 2bulan setenggah.

Anak kedua kami pula adalah seorang putera. Namanya Mohammad Syaheer At-Taqi. Kitorang panggil Taqi.

Taqi lahir pada 20 April 2016. Sekarang berusia 8 bulan.

Tuqo dan Taqi punya maksud yang sama didalam bahasa arab, iaitu KETAQWAAN. 

Inilah keluarga kecil saya.

Anugerah terindah dari Allah buat hambanya yang hina.

Semoga keluarga kami dan juga keluarga kalian sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.. aminn.. ๐Ÿ™‚

Advertisements

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile.

Posted on January 6, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: