Monthly Archives: March 2017

Klinik Gigi Terbaek Abad ini !

Kepada yang tercari2 klinik gigi yang best di area Shah Alam, bagi saya DENTAL CARE4U adalah klinik gigi yang paling best pernah saya pergi sepanjang hidup saya.. hehehe.

.
Yelah, sejak kecik pergi klinik gigi, sampai ke besar. So, jumpe macam2 jenis doktor, staff klinik dan keadaan klinik. Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk try DENTAL CARE4U yang terletak di Pinggiran USJ, tak jauh dari exit Tol Ebor@tol batu3.

.

 
Apa yang best tentang Klinik Dental Care4u ni?

.
1. DOKTOR NOR SURYANI

.
Bile kite pilih klinik gigi, ofcourse kita nak doktor gigi yang best. Di Dental care4u, Alhamdulillah doktornya sangat best. Nama doktornya Dr. Nor Suryani. Sangat peramah. Pertama kali jumpe rasa macam dah lama kenal. So, takdelah kita malu2 atau takut2 nak cerita atau nak bagitau tentang gigi kita.
Time die check atau scalling gigi, die akan cerita kat kita tentang gigi kita. Tentang apa yang dia nampak. Contohnya, ‘eh, gigi ni nak reput dah’. Dia bagitau waktu dia tengah scalling gigi bongsu saya.

.
‘sori ye kalau sakit, saya kene buat jugak, kalau tak tak bersih nanti’.

.
Dia berkali2 minta maaf kalau nampak saya tahan sakit. Dan suruh saya cuba untuk bernafas melalui hidung. Katanya insyaAllah akan rasa kurang sakit. Hehe..

.
Tak macam setengah doktor, time die buat gigi kita, dia menyanyi laa.. ada yang bersembang dengan staff die laa..

Dan ofcourse ada yang diam. Nanti bile dah siap sume baru nak cerita pasal gigi kita. Pastu cakap gigi yang hujung la, gigi tengah laa.. mana nak tau gigi mana satu yang doc tu tengah cakap. Pulak tu biasanya doc gigi die tak explain apa yang dia buat. Ada yang jenis kita kena tanya. Ada yang jawab sepatah. Bagi dorang, mungkin asal dia selesai kerja dia.

.
Tapi sangat beza dengan Dr. Suryani ni, dia akan explain A to Z apa yang dia buat. Dan apa yang dia nampak pada gigi kita. Dia tak nak patient tak tahu apa yang doktor dah buat kat gigi kita. Dan dia akan cadangkan apa yang patut kita buat. Contoh, untuk permulaan ni kena cuci gigi dulu. Nanti buat appoiment lain untuk cabut pulak. Atau gigi mana yang perlu cabut, gigi mana yang perlu tampal and so on. Apa pun, dia hanya cadangkan, semua atas kita sama ada nak teruskan atau tak. 

.
Tapi, bagi saya. Saya memang teruskan dengan dia. Memang syok sangat jumpa doktor gigi macam ni.

Sape2 berminat, boleh ambik no contact kat situ 🙂

Macam saya, saya susah nak nganga mulut, rupanya ada masalah pada rahang saya. So, dia cerita panjang lebar tentang rahang. Bukan pasal gigi je die cerita, tapi pasal rahang juga. Hehe.

Dan seriusly, lepas saya jumpa dr. Suryani ni baru saya tahu camne cara gosok gigi yang sebenar. Dia tunjuk dan ajar. Rupanya yanh nurse ajar kat skolah dulu2 tu salah.. huhu.

.
2. SISTEM YANG CANGGIH

.
Ini bagi saya la. Sebab yang saya pergi sebelum2 ni macam tak berapa nak canggih. Part yang paling saya rasa ‘wow’ adalah time saya nak x-ray gigi.
Haritu gigi saya sakit, tapi tengok pada gigi takde apa pun masalah. So, doctor suggest untuk saya buat x-ray. Oh ya, di DENTAL CARE4U ada perkhidmatan untuk x-ray gigi. Selang sebilik je. 

.
Sebelum ni saya pernah dah x-ray gigi dekat DEMC, Shah Alam. Tapi saya nampak Dental Care4u punye mesin x-ray macam lagi canggih je. Hehe.
Prosedur pun senang. Takde la lama nak kene tunggu macam kat DEMC tu. Harga kat DEMC tu tak payah cakap la. 

.
So, pergi x-ray kat bilik sebelah. Mula2 dr. Suryani datang sekali. Terang2 nak kene buat ape. Lepas habis terang, doc pun keluar. Staff die pula layan saya. Suruh pakai baju x-ray yang mak datuk beratnya !! Hehe.. macam pakai baju perang pulak rasanya. Kat DEMC ritu takde pulak.

Bilik x-ray gigi

Mesin x-ray. Yang hijau tergantung tu la baju berat yang kena pakai. Hehe

Bila start je X-RAY, tak lama pun dalam 5 minit je.

Keluar dari bilik xray, rupanya doc dah tengok result xray gigi saya dekat skrin kerusi cek gigi. Sambil pintu terbuka dan sambil sembang dengan suami saya yang ada kat luar bilik tu tentang masalah gigi saya. Hehe. Punya sempoi doktor..
Biasanya result xray kita akan dapat sampul gedabak besar kann.. ade filem xray dalam tu. Tapi kat klinik ni, dr. Suryani transfer guna bluetooth je kan handphone saya.

.
Dia kata senang dan praktikal. Kalau kita pergi mana2, memang bawak hp. Kalau ada masalah gigi kat mane2 tempat yang kite tak jangka, just tunjuk je result xray dari hp kite. Tau la doctor gigi nk buat ape. Hehe. Kalau pakai filem, memang perap kat rumah je la gamaknye.. hehe.
Haa, tu pasal xray.

Lagi yang bestnye.. ade skrin terpampang kat kerusi tempat kita cek gigi tu. Ntah napa ape la kerusi tu. Kalau ada result xray, die pampang yang tu. Kalau xde, die tunjuk gambar rajah kedudukan gigi je. So, senang la doctor nak tunjuk2 gigi mana yang ada problem. Kita pun dapat tahu terus yang mana n nampak ape problemnya.

Skrin papar kedudukan gigi kita.

3. SELESA DAN MESRA KANAK-KANAK.
mula2 saya masuk klinik ni, memang saya wow!

Tengok keadaan klinik yang sangat bersih dan selesa. 

Luas & selesa

Belambak buku2. Kompom tak habis baca. Hehe

Sambil baca buku, kita boleh makan mainan. Hehe😂

Ada buku2 untuk dewasa, untuk kanak2 pun ada.
Ada juga ruangan main untuk kanak2. Memang sangat berguna kepada kami2 yang ada anak. Tuqo taqi pun seronok main. Tak kisah mama lama kat dalam bilik doktor. Sebab banyak benda boleh buat n main. Takdelah abahnya pening sangat nak jaga Tuqo Taqi. Hehe. Cuma last2 Taqi menrengek nak tidur je la. Hehe.

Main jangan tak main, hehe

Dekat sini juga ada bilik khas untuk check gigi kanak2. Bilik mesra kanak2. Banyak kartun, dan bewarna warni. Of course untuk tarik perhatian kanak2. Tuqo haritu dari takut2 macam dah serobok nak masuk. Tapi belum waktu lagi nak check gigi Tuqo. Die belum berani. Hehe.

Ok, Yang lagi best,

Ada mini pantry. Boleh bancuh air panas sendiri. Macam2 jenis air panas 3 in 1 ada. Boleh pilih n bancuh sendiri. Biskut pun ada. Sapa yang menunggu tu, rasa macam diraikan sangat. Hehe.

Air 3 in 1 macam2 ade. Biskut ade. Tisu pun ade.. hehe

4. MESRA

.
Sesetengah klinik, bukan setakat doctor, tapi staff die pun tak berapa nak mesra alam. Tapi di DENTAL CARE4U, kali pertama saya cakap dengan staff die melalui telefon pun, rasa sangat yang dorang ni mesra alam. Cakap telefon sangat mesra dan sopan. 
Bila dah berjumpa depan pun, sangat murah senyuman and mudah diajak bersembang. Kalau tanya tentang gigi pada staff dia pun, staff tu boleh jawab. Ada setengah tempat saya pergi, bila tanya soalan berkaitan gigi, jawab ‘tak pasti’. Tanya soalan lain, jawapan yang sama juga.

Suami dan anak2 dr. Suryani ni pun mesra juga. Anak dia yang nama Umar siap main2 dengan Tuqo. Bagi Tuqo coklat M&M lagi. Dalam hati saya cakap, 

‘budak ni, makan coklat tapi gigi cantik’. Hehe..

.
5. BERPATUTAN

.
memanglah pergi ke klinik gigi kerajaan atau hospital kerajaan lebih murah. Tapi bagi saya, harga di klinik ni berpatutan.
Contoh xray, dia charge rm100.

Saya buat di DEMC kena Rm250. 

Saya pergi DEMC sebab ade doctor tempat saya check gigi sebelum tu yang rekemen. Katanya rm50 je. Skali pergi kene rm250. Hmm, sabo je laa.. huhu. Tapi dah sakit, terpaksa la buat.

.
Scalling & polish gigi bermula dari Rm80-Rm250, tengok atas keadaan gigi. Saya kena Rm120. Dan katanya standart patient biasa memang dalam rm120-130.

.
Untuk operate gigi pula Rm850. 

Yang ni saya tak pasti rate biasa berapa.

Inilah 5 sebab kenapa saya suka DENTAL CARE4U.

Kalau ada sapa2 yang masih tercari2 atau survey dental yang terbaik, saya sangat cadangkan korang untuk ke sana.

.
Oh ya, saya bukan sapa2 dengan doctor dan klinik tu. So, saya tak dapat apa2 komisen untuk tulisan panjang lebar ni. Tapi saya buat coretan ini sebab saya sangat berpuas hati dengan servisnya dan saya ingin membantu kalau ada sapa2 yang masih tercari2 klinik gigi yang terbaik di sekitar Shah Alam.

.
Sekian,

Sayangilah gigi anda 🙂

Advertisements
%d bloggers like this: