Daily Archives: May 11, 2017

LANGKAWI 4 : ISLAND HOPPING

Tempat bot nak ke Island Hopping ni agak jauh dari bandar Kuah. Tempat ni tepi pantai berdekatan dengan hotel Awana Porto Malai.
Sampai2 sana je, terkezutt tengok ramainya manusia tengah tunggu turn nak naik bot ke Pulau Dayang Bunting.

So, masa kitorang sekali lagi habis dengan menunggu je. Kena pula cuaca kaw punya panasss.. hehe.

Sambil2 menunggu tu, bolehlah beli2 selipar ke. Banyak betul depa jual selipar. Yelah, kadang2 orang datang pakai kasut, atau selipar2 kulit dan seumpamanya. Daripada rosak, baiklah beli selipar. Hehe. Harga selipar situ lebih kurang rm12.
Air putih jangan lupa beli siap2 untuk bawak sekali. Kat Pulau Dayang Bunting tu memang ada jual air dan makanan. Tapi paham2 la harganyaa. Harga pulaauu la katakan.. hehe.
Kat sana siap ada gerai2 tempat makan n lepak2, tapi harga die.. bile tengol boleh menyebabkan kite melatah ‘opocot mak engkau’. Hehe. Saya ada tilit2, harga roti hotdog dan air biasa hrga die dalam Rm28. Tapi kalau orang yang jenis selalu lepak kat starbucks kira biasa kott.. hehe.
Lepas tunggu lebih kurang sejam akhirnya dapat jugak naik bot. Semua kena pakai life jacket. Termasuk budak. Tapi Taqi je tak pakai. Hehe.. takde size laa… Kecik sangat.. hehe.

Tengok Tuqo, bukan main bergaya lagi. Hehe

Bot pun dipandu dengan laju, menuju ke Pulau Dayang Bunting. Banyak jugak bot2 lain yang semuanya menuju kesana. Nak sampai ke Pulau Dayang Bunting lebih kurang 10minit jugak naik bot tu. 

Pemandangan memang Subhanallah cantik sangat2.. πŸ™‚

Nilah Pulau Dayang Bunting. Nampak macam perempuan mengandung tengah baring

Sampai je kat Pulau Dayang Bunting, MasyaAllah.. terkejut tengok ramai betul orang kat sana. Penuh.. sesakk… 

Kena pulak time kitorang pegi tu Jeti tengah renovate ke ape. So pakai jeti sementara, buat dari kayu. Ya Allah, rasa macam nk tenggelam dah jeti tu time tu sebab ramai sangat orang atas tu. 

Takpelah, ramai pun redah je la. Hehe.

Sebenarnya dekat tengah Pulau Dayang Bunting tu ada tasik. Subhanallah, tasiknya sangat cantik. So, orang semua tuju ke situ untuk mandi2.

Dulu nak ke tasik tu tak kene bayar pun. Tapi sekarang kene bayar dah. Ntah berapa. Hehe.

Nak ke tasik pun, perjalanan boleh tahan mencabar..naik turun tangga. Orang ramai. So kene hati2 and bawak bersabar. Hehe. Kalau orang2 tua atau OKU, eloknya tak payahlah bawak sampai ke tasik. Memang sangat penat. 

Teringat time nak balik, ada pakcik tua bertongkat cakap kat anak2 dia sambil kelenguhan panjat tangga, ‘kalau abah tau la macam ni jalannya,abah tak masuk sampai ke sini, abah tunggu kat depan sana je’. Sian pulak pakcik tu. Tapi yelah, niat anak2 nak gembirakan orang tua, tak terjangka macam tu pulak kan. Huhu.

Sambil2 jalan boleh la tengok2 pokok dan monyet.. hehe. Tapi kene hati2 jugak, sebab monyet2 tu ready je nak cilok barang2 orang.

Tengoklah tangganya, ni yang paling memenatkan

Bila nampak je tasik, Subhanallah.. hilang segala penat

Alhamdulillaj, akhirnya sampai jugak tasik

Bila nampak tasik tu, masyaAllah.. cantiknya laaa..

Ramai yang mandi dekat tasik tu. Tapi kalau nak mandi, wajib pakai lifejacket. So kene sewa Rm5.

Dekat situ ade gak dorang buat tempat mandi untuk budak2. Macam pool la. 

Encik suami nak mandi. Tapi dia taknak bayar lifejacket. Hehe. Kalau terjun kat tengah2 tu sah2 la ade lifeguard perasan. So, dia dengan yakin nya terjun kat tempat yang agak tersembunyi n terselindung. Plus, redup.. tak panas.. 

Walaupun takde orang pun yang mandi situ, dia selamber je terjun. Hehe.. 

Tengok tu, dia sorang ke terjun.. hehe

Ingatkan tepi2 tu tak dalam, dalam jugak rupanya. Nasib la pandai berenang.

Tak lama lepas tuuu… Pakat terjun laa oranh lain kat situ. Memandangkan kat situ redup.. hehe. Tapi hanya orang2 yang reti berenang je la yang terjun. Huhu

Tuqo pulak geram je tengok abahnya mandi. Ajak terjun skali taknak. Dia nak mandi dekat kolam kecik tu jugak. so, dia kenalah tunggu abahnya berendam dulu. Hehe.

Akhirnya dapat jugak Tuqo mandi

Mandi dalam 20minit, terus naik balik. Tak boleh lama, sebab pasni nak ke pulau lain. Dan biasanya orang tak lepak lama pun kat pulau ni. Paling lama pun dalam sejam. 

On da way balik ke jeti, ternampak la haiwan ni..

Elok je posing.. hehe.

Tapi Alhamdulillah, dia tak kacau orang. Pandai beredar sendiri. Huhu.

So, kalau bot tadi dah sampai, boleh naik.

Alhamdulillah, time nak balik ni jeti takdalah padat macam time datang tadi. Lega rasa.

Lepas Pulau Dayang Bunting, drivet bot bawak kami pergi bagi makan Burung Helang. Sampai je kat pulau tu, driber tu mati kan enjin, n amik ayam. Campak kat air. Nanti ade la helang datang makan. 

Tunggu punya tunggu. Helang tak datang pun. Tapi ade je dok terbang2 kat atas. Driver tu kata, Helang dah kenyang kot. Dari tadi orang dok datang bagi makan je. Alahai helang.

Tapi Alhamdulillah, tak lama lepas tu, helang datang makan. Nampaklah macam mana helang cuba amik ayam tu guna kaki dia. Cantik punya landing, pastu terbang tinggi balik.. masyaAllah..

Lepas dari bagi makan Helang. Kami ke Pulau Beras Basah. Kat situ biasa orang mandi pantai. Dan banyak aktiviti air kat sana. Banana boat ke, sume ade sana. Cuma kami tak turun. Sebab kejar masa nak ke Cable Car pasni. Hehe. Lagi pun hari panas terik. Cuma terasa jugak rugi. InsyaAllah ade rezeki singgah lain kali πŸ™‚

Dalam perjalanan nak balik, Tuqo Taqi dah ngantok. Kepenatan. Hehe.. kene pulak angin bot laju, lagu syok depa nak tidooo. Hehe..

Alhamdulillah, seronok jugak ber Island Hopping. Lagi2 bile dengan keluarga. Berganda seronoknya. Riuh sekampung.. hehe

Family photo atas bot

Last sekali, sampai kat darat. Ada orang jual gambar kita yang dorang amik sebelum naik bot tadi. Tengok gambar kitorang cun je, tambah2 gaya Tuqo, hhehe.. encik suami pun beli. Harga dia Rm10. Bolehla buat kenang2an kami anak beranak.. πŸ™‚

Taqi nampak sekerat je, jadilaaahh.. hehe

Sekian untuk Island Hopping.

Seronok.. cuma agak terkejar dengan masa. Mungkin kalau spend masa lebih sikit lagi syok..insyaAllah next time πŸ™‚

LANGKAWI 3 : BERAS TERBAKAR

Beras terbakar ni sejarahnya menurut kata dorang la,

Ada satu ketika dulu, Siam nak datang serang Langkawi.

Maka pemerintah ketika tu, arahkan supaya semua beras dikumpulkan satu tempat. Dan mereka bercadang untuk bakar semua beras yang ada di Langkawi. Supaya tentera Siam tak dapat makan dan akhirnha mati.
Begitulah konon2nya sejarahnya. Betul atau tak, saya pun tahu. Saya pun takdalah nk buat research tentang ni. Hehe.
So, dekat beras terbakar ni, ada la beras yang terbakar tu. Peninggalan sejak zaman berzaman.
So, kat sana kita akan dapat tengok beras yang dah terbakar di dalam pinggan. Dan tapak beras terbakar.

Ini lah beras terbakarnya

Tapak beras terbakar

Pastu ade jugaklah rumah kampung yang cantik kat situ. Boleh la nak ambil2 gambar.

Ala2 gambar raya sikit.. hehe

Tu je.

Hehe..
Bagi saya macam kurang menarik la tempat ni. Mungkin boleh pergi ke tempat lain yang lebih menarik.
Kiranya, kalau ke Langkawi, tak ziarah beras terbakar pun takpe. Takde apa yang rugi. Tu bagi sayalah. Hehe..

Kalau ada masa lebih, boleh la nak ziarah. Tapi kalau masa terhad, baik pergi tempat lain πŸ™‚

Langkawi 2 : Agen oh Agen !

Untuk program sepanjang di Langkawi, pihak company ada lantik agen untuk uruskan sepanjang lawatan kami ke Langkawi.
Malangnya, syarikat tu agak hampeh. Dari awal sampai ke sudah tak muncul2 pun wakil syarikat. Muncul pun waktu nak balik dah.
Mintak deposit untuk bayar bayaran penuh. Bukan main lagi. Company pun bagi la bayaran penuh. Last2, semuanya lepas tangan je bila kat Langkawi.
Sampai2 je kat Jeti Langkawi, takde pun wakil dorang sambut. Nasib la depa ada sediakan bas dan drebar bas. Kalau tu pun depa tak sediakan, memang melampau.huhu.
HOMESTAY
Sampai di apartment homestay, kami juga dibiarkan begitu saje. Semua diurus sendiri. Agih bilik, carik bilik. Pulak tu keadaan apartment tu sangat la berjauhan antara blok dengan blok yang lain. Kami semua ada lebih kurang 45 orang. Ada dalam 15 family. Masing2 duduk blok yang berbeza. So, kami lama menunggu pengangihan bilik. Dah la tengah panas. Adeh !
Bila dah dapat bilik rasa lega. Tak sabar nak rehat. Tapi bila masuk bilik, Allahurabbi… Terukknyaaaa homestay depa bagi !
Dengan kotornya. Bilik kecik. Tandas tersumbat. Tv sandar kat dinding. Kepala paip tandas takde. 
Hmmm… Banyakk laa.. tak sanggup nak amik gambo homestay tu. 
Family2 lain pun ramai komplen pasal bilik dorang. Semua kata teruk!
Kalau korang nak ke Langkawi, jangan la sekali2 duduk APARTMENT SERI LAGENDA. Memang dekat dengan pekan Kuah, dekat dengan Jeti, dekat dengan bandar.. tapi carik la tempat lain yang mebih murah dan selesa.

MAKAN
Bab makan ni, company travel tu charge sekepala rm40 sehari. Tapi, makanannya amat tak berbaloi.

Pagi – nasi lemak.

Tengahari – nasi, ayam seketul, sayur . Kalau kat kedai dapatlah rm5. Air plak air mineral.

Malam – lebih kurang tengahari gak. Cuma malam last ada bbq.
3x makan tu je. Dahla sayur yang tak habis makan buffet tengahari tu, depa bungkus bagi makan balik untuk malam. Adeh, sabo je la.

Untuk Rm40 sekepala, memang amat tak berbaloi. Lainlah kalau dia bagi makan nasi beriyani ke, nasi arab ke.. huhu.

Sampai ada yang komplen, tak boleh nak telan makan nasi lemaknya.

Bukan tak bersyukur, cuma sepatutnya dorang berilah yang setanding dengan harga yang kita bayar. Bukannya ‘asal ada’.

LAWATAN
Sepanjang lawatan kat Langkawi, takda langsung tourist guide muncul. Kami pergi ke tempat2 lawatan tanpa tahu sejarah dan kisah. Memang ada pakcik bas tu cerita sikit2. Tapi pakcik tu pun macam nak tak nak cerita. Mengarut2 plak tu. Pastu sampai tempat2 lawatan, biarkan kami berjalan dan mengurus sendiri semuanya.
Tiket2 semua terpaksa beli sendiri. Menyebabkan program kami habis dengan menunggu je. Patutnya agen la yang amik peranan. Beli tiket awal2. Aturkan perjalanan kami elok2.
Tapi yelah, nak buat macam mana. Benda dah nak jadi.
ALASAN
Bila kami komplen tentang layanan yang sepatutnya dari mereka, ade ke patut dorang cakap 
‘maaf, kami tak menang tangan. Cuti kali ni banyak group yang terpaksa kami urus’.
Tu bukan masalah kami. Sepatutnya dorang amik la sekadar kemampuan. Jangan tamak sangat sampai tapau semua, tali layanan macam hampeh. Huhu.
Takpelah, takdir Allah semuanya. Ape pun Alhamdulilah kami selamat pergi dan balik bercuti di Langkawi.
Cuma lepas ni perlu hati2 dengan agen2 yang dok promote pakej bajet Langkawi dan sebagainya. Jadikan pengalaman itu guru kita πŸ˜‰

FAMILY DAY LANGKAWI

Alhamdulillah,

Cuti hari pekerja baru ni company tempat encik suami kerja ada buat family day ke Langkawi. Time dapat khabar, ofkos la seronok kan. Hehe. yelah, lama dah tak pergi Langkawi.
Kami bertolak dari Klang naik bas yang company sewa.

Kami berkumpul di masjid asy-Syarif,Meru. Bas patutnya sampai jam 9malam. Tapi dah pukul 10 kelibat bas pun tak nampak lagi. Rupanya dia pegi tunggu kat masjid Kapar. Adehh..
Bas sampai lebih kurang jam 10.30malam. Tak berapa jauh jalan, baru sampai sungai buloh kami perasan bunyi enjin bas semacam je. Encik suami pun cakap dengan adik die, bas ni tak lama ni. Ada rosak tengah jalan ni.
Kami akan singgah di Ipoh untuk ambil staff dari Ipoh. Dalam perjalanan nak ke Ipoh, enjin bas dah start buat perangai. Dan beberapa kali enjin mati. Janji dengan team Ipoh untuk stanby jam 12.30pagi. tapi bas sampai Ipoh lebih kurang jam 2pagi.
Bas terus menuju ke utara. Kami rancang untuk naik feri ke Langkawi dari Kuala Perlis. Maklumlah, tak nak duduk lama dalam feri. Tapi itu hanya perancangan manusia. Allah yang maha merancang tak mengizinkan.
Dengan keadaan bas yang semacam nak nazak. Ntah berapa kali mati enjin. Cubaan start enjin perlu buat banyak kali. Last2 untuk selamat, terpaksa tukar plan untuk naik feri dari jeti Kuala Kedah. Memandangkan perjalanan nak ke Kuala Perlis lebih jauh.
Patutnya tiket feri jam 8pagi. Tapi kami sampai di jeti Kuala Kedah jam 8.30pagi. jadi terpaksalah tukar tiket. Alhamdulillah ada tiket jam 9.30 pagi. So, takdelah tunggu lama sangat. Hehe.
Sebelum turun bas, pemandu bas dah dipesan untuk baiki bas dalam masa 2 hari kami ke Langkawi. Yelah, taknak lah ada masalah pulak berlaku time balik nantikan.
Kenapa saya cerita pasal bas ni??
Haaa..
Ceritanya bersambung pada hujung siri kisah cuti kami di Langkawi πŸ™‚

Kami naik feri ke Langkawi dari Kuala Kedah. Perjalanan feri lebih kurang 2jam setengah. Alhamdulillah kami dapat duduk di bahagian bawah sekali, takdelah rasa sangat bergoyang. Kalau duduk tingkat paling atas, memang pening laa… Kene pulak kalau jaga anak2 yang tengah lasak. Hehe..

Alhamdulillah, ni kali pertama Tuqo n Taqi naik feri. Tuqo panggil feri ‘safinah’.

Tapi dalam feri tu, kitorang paksa Tuqo n Taqi tidur. Sebab tak tahan takut mabuk. Plus, kami pun keletihan.. hehe

%d bloggers like this: