FAMILY DAY LANGKAWI


Alhamdulillah,

Cuti hari pekerja baru ni company tempat encik suami kerja ada buat family day ke Langkawi. Time dapat khabar, ofkos la seronok kan. Hehe. yelah, lama dah tak pergi Langkawi.
Kami bertolak dari Klang naik bas yang company sewa.

Kami berkumpul di masjid asy-Syarif,Meru. Bas patutnya sampai jam 9malam. Tapi dah pukul 10 kelibat bas pun tak nampak lagi. Rupanya dia pegi tunggu kat masjid Kapar. Adehh..
Bas sampai lebih kurang jam 10.30malam. Tak berapa jauh jalan, baru sampai sungai buloh kami perasan bunyi enjin bas semacam je. Encik suami pun cakap dengan adik die, bas ni tak lama ni. Ada rosak tengah jalan ni.
Kami akan singgah di Ipoh untuk ambil staff dari Ipoh. Dalam perjalanan nak ke Ipoh, enjin bas dah start buat perangai. Dan beberapa kali enjin mati. Janji dengan team Ipoh untuk stanby jam 12.30pagi. tapi bas sampai Ipoh lebih kurang jam 2pagi.
Bas terus menuju ke utara. Kami rancang untuk naik feri ke Langkawi dari Kuala Perlis. Maklumlah, tak nak duduk lama dalam feri. Tapi itu hanya perancangan manusia. Allah yang maha merancang tak mengizinkan.
Dengan keadaan bas yang semacam nak nazak. Ntah berapa kali mati enjin. Cubaan start enjin perlu buat banyak kali. Last2 untuk selamat, terpaksa tukar plan untuk naik feri dari jeti Kuala Kedah. Memandangkan perjalanan nak ke Kuala Perlis lebih jauh.
Patutnya tiket feri jam 8pagi. Tapi kami sampai di jeti Kuala Kedah jam 8.30pagi. jadi terpaksalah tukar tiket. Alhamdulillah ada tiket jam 9.30 pagi. So, takdelah tunggu lama sangat. Hehe.
Sebelum turun bas, pemandu bas dah dipesan untuk baiki bas dalam masa 2 hari kami ke Langkawi. Yelah, taknak lah ada masalah pulak berlaku time balik nantikan.
Kenapa saya cerita pasal bas ni??
Haaa..
Ceritanya bersambung pada hujung siri kisah cuti kami di Langkawi 🙂

Kami naik feri ke Langkawi dari Kuala Kedah. Perjalanan feri lebih kurang 2jam setengah. Alhamdulillah kami dapat duduk di bahagian bawah sekali, takdelah rasa sangat bergoyang. Kalau duduk tingkat paling atas, memang pening laa… Kene pulak kalau jaga anak2 yang tengah lasak. Hehe..

Alhamdulillah, ni kali pertama Tuqo n Taqi naik feri. Tuqo panggil feri ‘safinah’.

Tapi dalam feri tu, kitorang paksa Tuqo n Taqi tidur. Sebab tak tahan takut mabuk. Plus, kami pun keletihan.. hehe

Advertisements

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile.

Posted on May 11, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: