Langkawi 2 : Agen oh Agen !


Untuk program sepanjang di Langkawi, pihak company ada lantik agen untuk uruskan sepanjang lawatan kami ke Langkawi.
Malangnya, syarikat tu agak hampeh. Dari awal sampai ke sudah tak muncul2 pun wakil syarikat. Muncul pun waktu nak balik dah.
Mintak deposit untuk bayar bayaran penuh. Bukan main lagi. Company pun bagi la bayaran penuh. Last2, semuanya lepas tangan je bila kat Langkawi.
Sampai2 je kat Jeti Langkawi, takde pun wakil dorang sambut. Nasib la depa ada sediakan bas dan drebar bas. Kalau tu pun depa tak sediakan, memang melampau.huhu.
HOMESTAY
Sampai di apartment homestay, kami juga dibiarkan begitu saje. Semua diurus sendiri. Agih bilik, carik bilik. Pulak tu keadaan apartment tu sangat la berjauhan antara blok dengan blok yang lain. Kami semua ada lebih kurang 45 orang. Ada dalam 15 family. Masing2 duduk blok yang berbeza. So, kami lama menunggu pengangihan bilik. Dah la tengah panas. Adeh !
Bila dah dapat bilik rasa lega. Tak sabar nak rehat. Tapi bila masuk bilik, Allahurabbi… Terukknyaaaa homestay depa bagi !
Dengan kotornya. Bilik kecik. Tandas tersumbat. Tv sandar kat dinding. Kepala paip tandas takde. 
Hmmm… Banyakk laa.. tak sanggup nak amik gambo homestay tu. 
Family2 lain pun ramai komplen pasal bilik dorang. Semua kata teruk!
Kalau korang nak ke Langkawi, jangan la sekali2 duduk APARTMENT SERI LAGENDA. Memang dekat dengan pekan Kuah, dekat dengan Jeti, dekat dengan bandar.. tapi carik la tempat lain yang mebih murah dan selesa.

MAKAN
Bab makan ni, company travel tu charge sekepala rm40 sehari. Tapi, makanannya amat tak berbaloi.

Pagi – nasi lemak.

Tengahari – nasi, ayam seketul, sayur . Kalau kat kedai dapatlah rm5. Air plak air mineral.

Malam – lebih kurang tengahari gak. Cuma malam last ada bbq.
3x makan tu je. Dahla sayur yang tak habis makan buffet tengahari tu, depa bungkus bagi makan balik untuk malam. Adeh, sabo je la.

Untuk Rm40 sekepala, memang amat tak berbaloi. Lainlah kalau dia bagi makan nasi beriyani ke, nasi arab ke.. huhu.

Sampai ada yang komplen, tak boleh nak telan makan nasi lemaknya.

Bukan tak bersyukur, cuma sepatutnya dorang berilah yang setanding dengan harga yang kita bayar. Bukannya ‘asal ada’.

LAWATAN
Sepanjang lawatan kat Langkawi, takda langsung tourist guide muncul. Kami pergi ke tempat2 lawatan tanpa tahu sejarah dan kisah. Memang ada pakcik bas tu cerita sikit2. Tapi pakcik tu pun macam nak tak nak cerita. Mengarut2 plak tu. Pastu sampai tempat2 lawatan, biarkan kami berjalan dan mengurus sendiri semuanya.
Tiket2 semua terpaksa beli sendiri. Menyebabkan program kami habis dengan menunggu je. Patutnya agen la yang amik peranan. Beli tiket awal2. Aturkan perjalanan kami elok2.
Tapi yelah, nak buat macam mana. Benda dah nak jadi.
ALASAN
Bila kami komplen tentang layanan yang sepatutnya dari mereka, ade ke patut dorang cakap 
‘maaf, kami tak menang tangan. Cuti kali ni banyak group yang terpaksa kami urus’.
Tu bukan masalah kami. Sepatutnya dorang amik la sekadar kemampuan. Jangan tamak sangat sampai tapau semua, tali layanan macam hampeh. Huhu.
Takpelah, takdir Allah semuanya. Ape pun Alhamdulilah kami selamat pergi dan balik bercuti di Langkawi.
Cuma lepas ni perlu hati2 dengan agen2 yang dok promote pakej bajet Langkawi dan sebagainya. Jadikan pengalaman itu guru kita 😉

Advertisements

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on May 11, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: