LANGKAWI 4 : ISLAND HOPPING


Tempat bot nak ke Island Hopping ni agak jauh dari bandar Kuah. Tempat ni tepi pantai berdekatan dengan hotel Awana Porto Malai.
Sampai2 sana je, terkezutt tengok ramainya manusia tengah tunggu turn nak naik bot ke Pulau Dayang Bunting.

So, masa kitorang sekali lagi habis dengan menunggu je. Kena pula cuaca kaw punya panasss.. hehe.

Sambil2 menunggu tu, bolehlah beli2 selipar ke. Banyak betul depa jual selipar. Yelah, kadang2 orang datang pakai kasut, atau selipar2 kulit dan seumpamanya. Daripada rosak, baiklah beli selipar. Hehe. Harga selipar situ lebih kurang rm12.
Air putih jangan lupa beli siap2 untuk bawak sekali. Kat Pulau Dayang Bunting tu memang ada jual air dan makanan. Tapi paham2 la harganyaa. Harga pulaauu la katakan.. hehe.
Kat sana siap ada gerai2 tempat makan n lepak2, tapi harga die.. bile tengol boleh menyebabkan kite melatah ‘opocot mak engkau’. Hehe. Saya ada tilit2, harga roti hotdog dan air biasa hrga die dalam Rm28. Tapi kalau orang yang jenis selalu lepak kat starbucks kira biasa kott.. hehe.
Lepas tunggu lebih kurang sejam akhirnya dapat jugak naik bot. Semua kena pakai life jacket. Termasuk budak. Tapi Taqi je tak pakai. Hehe.. takde size laa… Kecik sangat.. hehe.

Tengok Tuqo, bukan main bergaya lagi. Hehe

Bot pun dipandu dengan laju, menuju ke Pulau Dayang Bunting. Banyak jugak bot2 lain yang semuanya menuju kesana. Nak sampai ke Pulau Dayang Bunting lebih kurang 10minit jugak naik bot tu. 

Pemandangan memang Subhanallah cantik sangat2.. ๐Ÿ™‚

Nilah Pulau Dayang Bunting. Nampak macam perempuan mengandung tengah baring

Sampai je kat Pulau Dayang Bunting, MasyaAllah.. terkejut tengok ramai betul orang kat sana. Penuh.. sesakk… 

Kena pulak time kitorang pegi tu Jeti tengah renovate ke ape. So pakai jeti sementara, buat dari kayu. Ya Allah, rasa macam nk tenggelam dah jeti tu time tu sebab ramai sangat orang atas tu. 

Takpelah, ramai pun redah je la. Hehe.

Sebenarnya dekat tengah Pulau Dayang Bunting tu ada tasik. Subhanallah, tasiknya sangat cantik. So, orang semua tuju ke situ untuk mandi2.

Dulu nak ke tasik tu tak kene bayar pun. Tapi sekarang kene bayar dah. Ntah berapa. Hehe.

Nak ke tasik pun, perjalanan boleh tahan mencabar..naik turun tangga. Orang ramai. So kene hati2 and bawak bersabar. Hehe. Kalau orang2 tua atau OKU, eloknya tak payahlah bawak sampai ke tasik. Memang sangat penat. 

Teringat time nak balik, ada pakcik tua bertongkat cakap kat anak2 dia sambil kelenguhan panjat tangga, ‘kalau abah tau la macam ni jalannya,abah tak masuk sampai ke sini, abah tunggu kat depan sana je’. Sian pulak pakcik tu. Tapi yelah, niat anak2 nak gembirakan orang tua, tak terjangka macam tu pulak kan. Huhu.

Sambil2 jalan boleh la tengok2 pokok dan monyet.. hehe. Tapi kene hati2 jugak, sebab monyet2 tu ready je nak cilok barang2 orang.

Tengoklah tangganya, ni yang paling memenatkan

Bila nampak je tasik, Subhanallah.. hilang segala penat

Alhamdulillaj, akhirnya sampai jugak tasik

Bila nampak tasik tu, masyaAllah.. cantiknya laaa..

Ramai yang mandi dekat tasik tu. Tapi kalau nak mandi, wajib pakai lifejacket. So kene sewa Rm5.

Dekat situ ade gak dorang buat tempat mandi untuk budak2. Macam pool la. 

Encik suami nak mandi. Tapi dia taknak bayar lifejacket. Hehe. Kalau terjun kat tengah2 tu sah2 la ade lifeguard perasan. So, dia dengan yakin nya terjun kat tempat yang agak tersembunyi n terselindung. Plus, redup.. tak panas.. 

Walaupun takde orang pun yang mandi situ, dia selamber je terjun. Hehe.. 

Tengok tu, dia sorang ke terjun.. hehe

Ingatkan tepi2 tu tak dalam, dalam jugak rupanya. Nasib la pandai berenang.

Tak lama lepas tuuu… Pakat terjun laa oranh lain kat situ. Memandangkan kat situ redup.. hehe. Tapi hanya orang2 yang reti berenang je la yang terjun. Huhu

Tuqo pulak geram je tengok abahnya mandi. Ajak terjun skali taknak. Dia nak mandi dekat kolam kecik tu jugak. so, dia kenalah tunggu abahnya berendam dulu. Hehe.

Akhirnya dapat jugak Tuqo mandi

Mandi dalam 20minit, terus naik balik. Tak boleh lama, sebab pasni nak ke pulau lain. Dan biasanya orang tak lepak lama pun kat pulau ni. Paling lama pun dalam sejam. 

On da way balik ke jeti, ternampak la haiwan ni..

Elok je posing.. hehe.

Tapi Alhamdulillah, dia tak kacau orang. Pandai beredar sendiri. Huhu.

So, kalau bot tadi dah sampai, boleh naik.

Alhamdulillah, time nak balik ni jeti takdalah padat macam time datang tadi. Lega rasa.

Lepas Pulau Dayang Bunting, drivet bot bawak kami pergi bagi makan Burung Helang. Sampai je kat pulau tu, driber tu mati kan enjin, n amik ayam. Campak kat air. Nanti ade la helang datang makan. 

Tunggu punya tunggu. Helang tak datang pun. Tapi ade je dok terbang2 kat atas. Driver tu kata, Helang dah kenyang kot. Dari tadi orang dok datang bagi makan je. Alahai helang.

Tapi Alhamdulillah, tak lama lepas tu, helang datang makan. Nampaklah macam mana helang cuba amik ayam tu guna kaki dia. Cantik punya landing, pastu terbang tinggi balik.. masyaAllah..

Lepas dari bagi makan Helang. Kami ke Pulau Beras Basah. Kat situ biasa orang mandi pantai. Dan banyak aktiviti air kat sana. Banana boat ke, sume ade sana. Cuma kami tak turun. Sebab kejar masa nak ke Cable Car pasni. Hehe. Lagi pun hari panas terik. Cuma terasa jugak rugi. InsyaAllah ade rezeki singgah lain kali ๐Ÿ™‚

Dalam perjalanan nak balik, Tuqo Taqi dah ngantok. Kepenatan. Hehe.. kene pulak angin bot laju, lagu syok depa nak tidooo. Hehe..

Alhamdulillah, seronok jugak ber Island Hopping. Lagi2 bile dengan keluarga. Berganda seronoknya. Riuh sekampung.. hehe

Family photo atas bot

Last sekali, sampai kat darat. Ada orang jual gambar kita yang dorang amik sebelum naik bot tadi. Tengok gambar kitorang cun je, tambah2 gaya Tuqo, hhehe.. encik suami pun beli. Harga dia Rm10. Bolehla buat kenang2an kami anak beranak.. ๐Ÿ™‚

Taqi nampak sekerat je, jadilaaahh.. hehe

Sekian untuk Island Hopping.

Seronok.. cuma agak terkejar dengan masa. Mungkin kalau spend masa lebih sikit lagi syok..insyaAllah next time ๐Ÿ™‚

Advertisements

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on May 11, 2017, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: