Ziarah Syria 3 : Fatimah


Alhamdulillah, harini ini 7 Oktober 2017 kami berkesempatan untuk menziarahi 3 keluarga pelarian disekitar Ampang. 2 keluarga dari Syria dan 1 lagi dari Palestin.

BELI BARANG

alhamdulillah, Projek Kotak Ramadhan yang dilancarkan pada Ramadhan yang lepas sangat-sangat memberangsangkan. ketika melancarkan projek itu saya hanya mensasarkan 10 keluarga sahaja yang bakal menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas yang setiap kotak itu bernilai RM70.

Alhamdulillah, sambutan diluar jangkaan. Kutipan menjangkau sekitar Rm3000. Namun, dengan waktu dan tenaga yang terhad pada bulan Ramadhan, kami hanya mampu mengagihkan kepada 20 buah keluarga sahaja. Baki duit yang ada, disimpan untuk membeli barang keperluan dan diagihkan ketika ziarah selepas dari bulan Ramadhan.

Dengan berbekalkan duit sumbangan orang ramai ketika projek Kotak Ramadhan itu jugalah yang digunakan untuk memberi sumbangan ketika menziarahi rumah Hala’ Zankari dan Rania tempoh hari. Dan hari ini, kami membeli barang sekali lagi untuk 3 buah keluarga.

Sebelum bertolak ke rumah pertama, saya dan suami pergi memborong barang di SpeedMart 99. Borong dengan pantas kerana list barangan Kotak Ramadhan masih segar dalam ingatan kami. Jadi kami tidak memerlukan masa yang lama untuk memilih barangan.

Taqi model borong barang, hehe

RUMAH HASSAN

Rumah pertama yang kami lawati adalah rumah Hassan. Hassan al-Akra merupakan anak kepada Fatimah dan. Mereka berasal dari Halab(Aleppo). Fatimah mempunyai 4 orang anak. Batul(satu-satunya anak perempuan), Hassan, Mahdi, dan..

Mereka sudah menetap di Malaysia selama 4 tahun. Ayah Hassan bekerja sebagai pemandu van sekolah. Mengambil dan menghantar anak-anak pelarian yang bersekolah di sebuah sekolah pelarian. Fatimah pula kekal focus sebagai suri rumah menguruskan hal ehwal keluarga mereka dirumah.

Hassan fasih berbahasa Melayu. Dia juga merupakan aktivis kemanusian yang sangat aktif membantu rakan senegaranya di Malaysia, dan juga orang-orang yang kurang bernasib baik atau dalam kesusahan. Tidak kira siapa dan dari mana asal mereka. Walaupun mereka sendiri dalam kesusahan, iaitu menjadi pelarian namun itu tidak menghalang Hassan untuk terus membantu dan menyumbang. Dalam masa yang sama Hassan juga bekerja sebagai guru di sebuah sekolah pelarian.

Kakaknya Batul juga sudah mula fasih berbahasa Melayu. Namun tidak sehebat Hassan. Batul sangat ramah. Membuatkan saya selesa dan tidak kekok bersamanya. Batul kini belajar di sekolah Jasmine Sham School, sekolah untuk anak2 pelarian Syria dibawah kelolaan NGO Malaysia Lifeline For Syria. Batul juga sekarang sudah mula mengajar rakan Yamannya berbahasa Melayu. Kira hebat dahla tu sampaikan dia boleh mengajar orang cakap Melayu. Hehe. Bila ditanya macam mana boleh pandai cakap Melayu, kata Batul hanya dari menonton kartun dan cerita melayu.

Tapi yelah, kadang2 mau tergelak jugak bila dengar dorang cakap Melayu. Sangat baku. Dan kadang2 sebutan jadi lain. Contohnya nak cakap rumput tapi jadi rambut. Hehe. Tapi usaha mereka harus dipuji dan diberi galakkan. Sekurang2nya mereka tidak malu dan berani untuk mencuba. Tak macam kita ni, over segan. Saya la tuh.. hehe.

Kami ke rumah Hassan atas jemputan mereka sekeluarga. Mereka menjemput kami untuk makan tengahari dirumah mereka. Kami tiba di rumah Hassan sekitar jam 3 petang. Perut sudah mula bernyanyi, entah lagu apa. Sampai2 sahaja dirumah Hassan, makanan sudah terhidang di atas saprah.

Beriyani arab, sallatoh(salad) dan humus ma’a laham (kacang kuda & daging)

Kami bertanya Fatimah apa nama masakan yang dihidangkan kepada kami. Katanya, ia adalah Beriyani. Tetapi Beriyani Syria. Rasa dan rupa wajah Beriyani mereka memang jauh berbeza dengan Beriyani kita. Hehe. Tapi rasanya masyaAllah cukup sedap. Ditambah pula dengan rasanya yang agak pedas, memang kena dengan lidah melayu.

Hairan juga saya, kenapa rasanya pedas. Sedangkan arab tak gemar makan makanan pedas. Tapi kata Fatimah, mereka sudah biasakan diri dengan makan masakan pedas sejak tinggal di Malaysia. supaya lebih serasi dengan makanan yang ada di Malaysia. dan mereka sendiri sekarang suka masakan pedas. Tapi, pedas sikit je la. Pedas sikit bagi kita, memang dah pedas gilerr bagi mereka. Hehe

Taqi pun makan dengan berselera.

Asyik dok cakap ‘nak..nak..’. tak sabar tunggu nasi sampai ke mulut. Hehe.

Habis makan, kami bersembang sambil melayan kerenah Taqi dan Mahdi. Taqi mula merengek sebab mengantuk, tapi Mahdi pandai memujuk. Dia keluarkan segala khazanah mainannya dan berikan kepada Taqi. Seronoklah Taqi. Tak jadi menangis..

Seronok tengok Mahdi dan Taqi main sama2.

Tapi dah nama budak, last-last dorang bergaduh jugak. Bergaduh berebut mainan. Hehe.

Lucu melayan kerenah Mahdi dan Taqi.

Mahdi & Taqi main sama-sama 🙂

Ok dah sampai masa. Anak melayu lawan anak arab berebut mainan 😂

Saya tidak banyak bersembang dengan Fatimah. Kerana dia sibuk didapur. Lebih banyak bersembang dengan Batul dan Mahdi.

Encik suami pula asyik bersembang dengan Hassan dan ayahnya.

Encik suami kusyuk bersembang

Alhamdulillah, nampak kehidupan mereka selepas 4 tahun berada di Malaysia agak stabil. Nampak ceria dan gembira. Mereka juga masing2 sudah pandai membawa diri. Melihat mereka gembira itu adalah kebahagian bagi kami.

Walaupun nampak rumah mereka serba kekurangan, tapi mereka tetap bersyukur dan tidak meminta2. Malah melayan kami bersungguh-sungguh. Macam-macam yang dihidangkan.

Sebelum pulang, Fatimah hidangkan teh panas beserta pelbagai jenis kek. Nampak kesungguhan mereka dalam menjamu dan merai kami sebagai tetamu. Agak segan sebenarnya, tapi begitulah adat mereka. Sangat meraikan tetamu.

Selepas lebih sejam, kami pun mohon untuk beransur. Kata mereka masih terlalu awal. Tapi kami berkeras untuk beransur sebab ada 2 buah keluarga lagi untuk diziarahi.
Macam biasa, sebelum pulang dari rumah orang saya akan menyuruh Taqi untuk salam semua tuan rumah. Taqi pun terkedek-kedek pergi hulur tangan pada mereka. Salam lalu cium tangan.

Sempat ayah Hassan bisik pada encik suami,

‘aku kagum tengok anak kecil Malaysia. bila salam cium tangan. Bagus kamu mendidik mereka sejak kecil untuk beradab dan menghormati orang tua’

Sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat kita, tapi luar biasa buat mereka.

Last sekali, tengah saya sarungkan selipar, tiba2 Batul datang terburu-buru. Dia hulurkan dua mainan kepada Taqi. Mainan yang Taqi suka sangat main tadi. Buaya dan Helikopter. Batul bagi sorok-sorok sebab takut Mahdi nampak. Hehe.

Mainan murah, mainan yang sudah digunakan. Tapi bagi saya dan Taqi mainan tu sangat bernilai.

Pertama sebab Taqi memang suka sangat main mainan tu.

Kedua sebab ianya pemberian dari pelarian, yang sebenarnya mereka lebih layak menerima sumbangan atau barangan dari saya. Tapi kali ini, mereka yang memberi kepada kami. Hanya untuk membuatkan Taqi gembira. Dan saya lihat kegembiraan dan keseronokkan Taqi main dengan mainan itu.

Sungguh, saya juga mahukan kegembiraan itu dalam diri mereka.

Semoga usaha kecil kami dan bantuan kewangan yang kalian sumbangkan sedikit sebanyak meringankan beban mereka dan memberi kegembiraan buat mereka.

Taqi & Mahdi 😍

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on October 7, 2017, in Dakwah Versatile, Projek Kemanusiaan and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment