LEPAK AMAL SYRIA 1@Rumah Rania


Alhamdulillah, 17 Sept tempoh hari, saya dan rakan2 jalankan sebuah projek untuk membantu pelarian Syria di Malaysia iaitu, Lepak Amal Syria.

Lepak Amal Syria adalah projek makan sambil menderma dirumah salah seorang rakyat Syria. Mereka akan masak, kita datang ziarah dan makan. Sudah pasti sambil menderma.

Sebenarnya projek ini adalah idea Syed Ishak sejak beberapa tahun lepas. Kami ada pergi ke beberapa buah rumah untuk tujuan memberi sumbangan dan bantuan, secara tidak langsung mahu mereka berusaha sedikit untuk mendapatkan sejumlah wang. So, takdelah nampak macam kita terlalu manjakan dorang. Atleast dorang kena berusaha untuk mendapatkan hasil.

Dari kami pula, kami dah buat appointment siap2, dan berapa orang yang akan hadir. Supaya mereka boleh ready jumlah masakan.

Dan kami sendiri akan tetapkan bayaran minima per kepala bagi sesiapa yang sudi untuk ikut serta. Atleast balik modal dan ada untung la untuk depa. Kang kalau kena ada yang bayar Rm5 je, naya gak arab tu. Tak jadi nak bantu, tapi menyusahkan lagi ada, heheπŸ˜…

Untuk projek Lepak Amal Syria kali ni, kami pilih rumah Rania@ummu Taym, seorang ibu tunggal. Ceritanya ada saya coret pada entry yang lepas. Dia memang sangat hebat dalam memasak.

Kami order 3 jenis hidangan, nasi, manisan, serta roti.

Ikutkan dia nak buat banyak lagi, tapi Syed Ishak kata cukup dengan tu. Kitorang follow je la. Hehe.

Alhamdulillah kami dapat kumpulkan 10 orang untuk projek kali ni. Hasil perbincangan saya dan Syed Ishak, kami sepakat kenakan bayaran Rm30 sekepala. Alhamdulillah semua setuju dan takde yang berani membantah.. haha πŸ˜‚

Kami tiba di rumah Rania di Seri Kembangan sekitar jam 3petang. Biasalah, ada datang awal ada datang lambat. Hehe.

Rania hidangkan makanan sekitar jam 3.15petang. perut memang saya biarkan kosong. Memang nak isi penuh dekat rumah Rania. Sebab dah tahu masakan Rania memang tip top.

Hidangannya. Gambar nasi tak sempat nak ambil πŸ˜…

Kuah yougurt, dalam tu macam dampling. Sama masakan macam madgud.

Muhammara ma’a jubneh. Kegilaan kami waktu di Syria😁

Manisan. Sebenarnya saya order Nabulsi, tapi Syed Ishak tak bagi tau Rania πŸ˜‘

Nampak Rania lincah dan cergas je. Cool dan relax. Walaupun banyak jugaklah yang dia kena prepare. Sebab biasa saya perhatikan arab, kalau masak satu dua jenis nasi, penat die memang nampak ketara. Muka pulak nampak tak larat. Tapi Rania, memang takde langsung macam tu. MasyaAllah.

Sambil makan sambil borak dan lepak2. Kejap borak dengan member2, kejap borak dengan Rania. Anak2 pulak sibuk main dengan mainan Taym. Tapi, anak2 pun semangat gak makan πŸ˜€

Masakan Rania bagi saya, memang tip top. Banyak kali saya menambah.


Geng2 wanita makan

Geng2 lelaki menyembang dengan Rania

Ziarah kali ni kami tak banyak cerita tentang kisah sedih Rania. Lebih kepada sembang santai yang boleh membuatkan kami gelak bersama.

Nasi pertama yang entah apa nama nasi tu, tak cukup untuk kami. Rania nampak je dah nak habis, dia terus ke dapur masak Nasi Syi’riah. Alhamdulillah, memang cekap.

Nasi Syi’riah, masak cover nasi tak cukup

Rania sampai perasan cara makan kita orang Melayu.

Ambil sikit2, tapi kerap Tambah. Entah berapa kali menambah. Berbeza dengan orang arab, ambil banyak sekaligus, tapi tak habis, dan tak tambah2 dah πŸ˜…

Alhamdulillah, sambil makan sambil menyumbang, dapat juga jumpa kawan2 lama.

Lepas makan2, Rania hidang kopi arab. Kopi yang diletak pelaga πŸ˜†

Last sekali, nak balik, kami serahkan wang sumbangan yang dikutip sesama kami.

Rm30 sekepala, dan kami ber10.

Ikutkan jumlahnya Rm300.

Tapi, saya menyampaikan Rm700 kepada beliau. Hasil dari bayaran orang yang datang makan2 tu saja. Alhamdulillah, rezeki RaniaπŸ˜‡

InsyaAllah, Dakwah Versatile akan  meneruskan lagi projek Lepak Amal Syria selepas ni..

Moga2 dengan sedikit usaha kecil kita, dapat membantu meringankan beban saudara2 kita yang merantau di bumi MalaysiaπŸ˜‡

Wajib bergambar sebelum balik 😁

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on October 13, 2017, in Dakwah Versatile, Projek Kemanusiaan. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment