Ziarah Syria 6 : Yassir & Hibbah


Bazilah tiba2 whatsapp saya, ajak saya ziarah family arab dari Damsyik. Baru tiba katanya, dan sedang perlukan bantuan memandangkan mereka bersama 5 anak mereka.

Saya pun terus ok la. Memang seronok kalau dapat ziarah dan beri bantuan pada family Syria ni. Terutama yang betul2 memerlukan.

Pagi tu, saya, Bazilah dan Atikah set untuk jumpa jam 8.30 pagi di masjid Hasanah, Bangi. Memandangkan rumah arab tu dekat sepakat indah, seksyen 7 Bangi.

Kami sarapan sama2 sambil rancang perjalanan kami untuk hari itu. Kami plan untuk ziarah 4 buah rumah. 3 rumah Syria dan 1 ibu tunggal Palestin.

Sarapan dulu sebelum mulakan misi 🙂

Barang2, kami pakat2 beli. Bahagi2 tugas dan barang untuk dibeli. Dekat masjid Hasanah kami pergi 1 kereta je. Pergi dengan kereta Matrix saya memandangkan dia dibeli untuk berkhidmat di jalan dakwah. Cewah.. hehe.

Alhamdulillah, sambil2 kami pindah barang dalam kereta saya, Bazilah dapat call. Katanya ada orang nak menyumbang duit. Tak sampai 10 minit, penyumbang tu pun sampai. MasyaAllah. Cantik Allah susun.

Barang2 batch pertama.. ni untuk 2 buah rumah

Dah settle semua, kami pun bergerak ke Sepakat Indah. Naik 1 kereta ramai2 ni syok sikit. Dapat gossip2 sambil bincang masalah ummah. Hehe.

Sampai di bawah flat dorang, 2 budak Syria yang kacak datang jemput kami, Muaz dan Muhammad. Seronok gila nampak dorang. Berlari2 sambut kami.

Selfie dulu sambil2 berjalan.. hehe

Sampai di rumah dorang, mak Muaz dan Muhammad menyambut kami dengan senyuman dengan pelukan mesra walaupun tak pernah kenal dan jumpa sebelum ni.

Suaminya, Yassir mungkin agak kekok berada di rumah memandangkan kami semua yang datang perempuan. Dia pun menegur kami dan bertanya khabar, terus meminta izin untuk keluar.

Maka, berboraklah kami dengan Hibah dan anak2nya ramah gilerr..

Anak Hibah yang kecik tu, Ammar… Ya rabbi.. debab giler. Umur baru 8 bulan. Tapi badannya.. subahanallah, semangat 46!! Haha.. berat si Ammar tu kalah Taqi.

Tapi bile belek2 si Ammar, sian pulak tengok dia. Banyak bisul naik badan dia. Hampir 10 tempat. Bila tanya Hibah, kenapa tak bawak pergi klinik. Katanya, mana ada duit. Hmm.. sedih pulak tengok.

***************
Yassir & Hibah baru beberapa bulan tiba di Malaysia bersama anak-anak mereka, Muhammad, Ammar, Muaz, Mu’min dan Bayan.

.
Mereka berasal dari Damsyik. Bekerja sebagai tukang jahit, dan mempunyai kedai serta pekerja sendiri di Baramkeh.

.
Memiliki rumah sendiri di Hajar Aswad. Namun, bunyi tembakan, bom, jet-jet terbang sering kali kedengaran. Dan sudah tentu membuatkan mereka rasa takut serta risau. Bangunan sekeliling sudah mulai runtuh. Mereka mengambil keputusan untuk keluar berpindah ke rumah keluarga Yassir di Baramkeh.

.
Tidak lama selepas mereka meninggalkan rumah mereka, banggunan tempat tinggal mereka runtuh menyembah bumi. Alhamdulillah, mereka sekeluarga sempat menyelamatkan diri.

.
Di Baramkeh, rumah yang kecil sekitar 800 kaki persegi, dikongsi bersama 4 keluarga lain. Sekitar 20 orang bersesak di dalam rumah kecil itu. Apakan daya, itu saja tempat yang ada untuk berteduh.
Saya tanya di mana rumahnya secara tepat di Baramkeh dulu, memandangkan kami pelajar Malaysia disana memang biasa dengan kawasan itu. Katanya di Syari’ Khalid ibnu Walid. Saya katakan yang kami tahu tempat itu dan saya pernah tinggal tidak jauh dari situ. Lalu saya sebut Bina’ Jabban, di dalam Suq Sarijeh. Die terkejut kerana tidak jauh dari rumahnya katanya. Mata Hibah mula berkaca-kaca. Nampak jelas dia merindui tempat tumpah darahnya.

.
Saya bertanya, apa yang membuatkan mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk berhijrah dari bumi Damsyik? 

.
Kata Hibah, mereka hidup dalam keadaan ketakutan. Bukan kerana takut akan bunyi bom dan tembakan, tetapi takut diperlaku kejam oleh askar-askar Basyar yang tidak berperikemanusiaan.
Suaminya sudah 3kali ditangkap dan dikurung selama lebih dari 2 minggu. Dipukul, dibelasah sesuka hati tanpa sebab. Hibah dan anak-anaknya sendiri sudah 2kali ditangkap serta dikurung di dalam bilik yang sangat sempit dan gelap. Katanya, setiap hari dia akan mendengar jeritan suara lelaki dan wanita menjerit kesakitan kerana diseksa dan dipukul. Anak-anaknya menangis mencari Yassir yang entah dikurung  di mana.

Lebih sedih kata Hibah, ketika itu dia sedang mengandungkan Ammar 9bulan. 

.
Allahu, tak dapat saya bayangkan seksaan fizikal dan mental yang di alami mereka.

.
Hibah bercerita dengan penuh kesungguhan sambil air matanya mengalir di pipi. Sedih mengenangkan apa yang telah dilalui keluarganya.

.
Bukan itu sahaja, wang simpanan mereka sebanyak 3500usd juga turut di rampas. Sedangkan dengan wang itulah yang mereka ingin gunakan untuk berhijrah ke Malaysia.

.
Akibat serik diperlakukan seperti binatang oleh bangsa sendiri, mereka bertekad meninggalkan bumi Syria dengan meminjam wang sejumlah 5000usd dari kenalan mereka.

.
Kini mereka menetap di seksyen 7, Bangi. Rumah serba kekurangan, tetapi punya kelengkapan asas. Hutang masih perlu dilunaskan, nafkah juga perlu terus dicari untuk terus hidup.

Dalam pada dorang susah, Hibah tetap jamu kami nasi.

Yassir masih mencari kerja lain disamping tetap meneruskan kemahiran utamanya iaitu menjahit. Sayangnya, dia tidak mempunyai ramai pelanggan. Barangkali di sebabkan kesukaran untuk berkomunikasi.

.
Yassir boleh menjahit apa saja. Tudung, jubah, baju tidur, langsir. Kalau ada yang mula nak menempah baju raya, mungkin boleh cuba beri kepercayaan kepada Yassir 🙂

Mesin jahit kepunyaan Yassir. Dia bukan jenis yang meminta, tapi dia cuba berusaha sekeras mungkin untuk mencari nafkah dah selesaikan hutang.

Anak-anak mereka semuanya MasyaAllah cerdik-cerdik. Diberi didikan agama secukupnya. Sungguh saya sangat teruja.

Muhammad & ammar takde dalam gambar. Muhammad malu nak bergambar. Ammar pulak dah tidooo… Hehe

Antara barangan yang sempat kami beli hasil dari sumbangan orang ramai. Seronok dorang dapat macam2.. hehe

Kalau ada yang ingin bantu keluarga Yassir dengan menempah baju atau apa saja, boleh maklumkan kepada saya 🙂
***************

Nota simpati :

Untuk menyumbang, boleh bank in ke akaun Maybank 161051372902 (Nur Shazareen).
Pertanyaan/makluman : 0137116210
Jazakumullahu khairan Jaza’ 😇

Advertisements

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on January 25, 2018, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: