Ziarah Syria 8 : Mursyidah & Bayan


Alhamdulillah, Ahad baru ini berkesempatan untuk menziarahi dan beramah mesra dengan 3 buah keluarga Arab Syria di Kajang.

2 dari mereka punya rumah sendiri di flat yang sama, manakala sebuah keluarga lagi baru tiba dari Saudi sehari sebelum lawatan kami.

Terlalu banyak cerita yang mereka kongsikan. Masing-masing pula memang ramah dan banyak cakap. Semua tak nak mengalah time cakap.

Mak cik yang berdiri 3 dari kanan itu namanya Huda, atau Ummu Bayan. Awalnya dia tidak banyak bersuara dan bercerita. Hanya mendengar dan melihat telatah kami menyembang. Tapi, sekali bila ditanya tentang keadaan dan isu Syria kepadanya, dia terus semangat bercerita.

Dia ceritakan semua kejadian yang berlaku kepada ahli keluarga dan kenalannya.

Antara ceritanya, adik lelakinya ditangkap oleh askar Basyar. Adiknya seorang yang gemuk. Berat badan sekitar 135kg. Dikurung tanpa khabar berita. Selepas 3 bulan, adiknya dipulangkan kepada keluarga mereka. Badannya tersangat kurus. Turun mendadak menjadi 35kg! lebih sedih, biji mata kanannya dicungkil keluar bagaikan ianya diratah. Lebih menyakitkan, adik lelakinya dipulangkan dalam keadaan dia sudah tidak bernyawa. Kesan lebam diseluruh badan. Allahu..

Ada juga ahli keluarga Ummu Bayan yang dipaksa oleh tentera Basyar untuk menjadi tentera seperti mereka. Dipaksa menembak dan membunuh rakyat jelata. Jika ada yang enggan menyertai tentera Basyar, ada ahli keluarnya akan dibunuh. Dia juga bakal dibunuh. Apa lagi pilihan yang ada di tangan mereka? Terpaksa menyarung baju tentera tanpa kerelaan. Jika mereka ditemui mati dalam pertempuran, sudah tentu mereka ini dikatakan pengkhianat.

Tapi, kadang-kadang sebenarnya mereka banyak juga membantu rakyat dalam diam.

Yang jubah pink 3 dari kiri itu pula, anak kelahiran DimaysQ. Tapi sudah 25 tahun menetap di Saudi. Kata mereka, sebelum mula perang lagi. Saya tambah lagi, itu zaman sebelum Basyar Assad jadi Presiden lagi. Masih zaman Hafiz Assad. Mereka tergelak kecil.

Kisahnya, agak kasihan. Menjadi mangsa keadaan oleh kekejaman pemimpin Islam itu sendiri.

Saat dia katakan dia baru semalam tiba di Malaysia, saya sangkakan dia hanya singgah bercuti sebentar di negara yang dipimpin lelaki kacak bernama Najib Razak.

Rupanya, sangkaan saya salah. Dia dihalau oleh kerajaan Saudi. Undang-undang Saudi bukan saja tidak membenarkan pelarian masuk ke Saudi. Tapi kini kerajaan Saudi tidak membenarkan mana-mana warga Syria masuk ke Saudi. Bayangkan, dia sudah 25 tahun berada di Saudi. Sudah punya visa. Turut dihalau. Mulanya mereka enggan keluar, tapi kerajaan mendesak dengan memotong gaji mereka sehinggakan mereka tidak mampu untuk survive hidup di Saudi. Akhirnya mereka akur untuk keluar mencari hidup baru di Malaysia.

Yang hujung sebelah itu namanya Mursyidah. Dia adalah pelajar lepasan Jamiah Fatah Islami, antara tempat pengajian pelajar Malaysia di Syria dulu. Dia membantu suaminya menjana pendapatan dengan membuat kelas-kelas pengajian khususi secara berdepan atau di atas talian. Alhamdulillah, dia boleh survive hidup di Malaysia.

Sebelah Mursyidah itu pula namanya Bayan. Tuan rumah tempat kami melepak. Bayan ini akan buat apa sahaja untuk mencari duit bagi meneruskan kehidupan di Malaysia ini tanpa meminta-minta. Dia ada membuat kelas masakan makanan arab. Kata sahabat saya, Siddiqah, sangat berbaloi dan tersusun kelas masakan anjurannya. Semua yang hadir tempoh hari berpuas hati.

Dia juga pergi ada mengajar di bebapa rumah sekitar KL. Sanggup redah menaiki tren dari Kajang walau tidak punya pengalaman ke sana.

Mereka ini, keluarga Arab Syria yang pandai mencari duit sendiri untuk hidup. Suami mereka juga bekerja. Punya kenderaan sendiri. Juga punya rumah yang agak selesa.

Kami kesana tanpa membawa barangan atau duit sumbangan. Cuma saya belikan sedikit buah tangan buat anak-anak mereka ala-ala coki-coki gitu.

Mereka juga tidak pernah meminta-minta.

Siapa cakap Arab Syria malas kerja?

Siapa cakap Arab Syria suka minta-minta?

Mereka ini antara contoh keluarga yang hidup di Malaysia dengan peluh keringat sendiri.

Hidup selesa juga dengan usaha sendiri.

Alhamdulillah 🙂

Advertisements

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on February 14, 2018, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: