Monthly Archives: August 2018

Perempuan Muslim berkahwin dengan Lelaki bukan Islam

PEREMPUAN MUSLIM BERKAHWIN DENGAN LELAKI BUKAN ISLAM

Semalam seorang student saya di Pusat Dakwah Serantau(PDS) asal dari Sarawak whatsapp saya. Tanya soalan berkaitan perkahwinan.

Soalannya :
Dia dihubungi oleh kawannya, bertanyakan tentang status perkahwinan mereka. Kawannya seorang muslim sejak asal. Berkahwin dengan seorang lelaki kristian. Sekarang mempunyai 2 orang anak.

Saya mula pelik, sebelum memberi jawapan saya cuba ajukan beberapa soalan lain. Yelah, kita bukan senang2 boleh jatuhkan hukum.

Soalan pertama saya, macam mana dia nikah dulu? Sedangkan suami dia tak masuk islam.

Katanya, nikah ikut cara orang bukan islam.

Aduhh…

Soalan kedua, macam mana aqidah dia sekarang? Masih muslim? Ibadah macam mana?

Perempuan tu masih islam. Dan dia solat & buat ibadah lain seperti biasa. Suami tak pernah halang. Tapi suaminya masih kristian.

Soalan ketiga, anak2 dia macam mana? Agama apa?

Anak perempuan mereka kristian, anak lelaki Islam. Anak-anak mereka yang pilih sendiri agama apa yang dorang nak anuti.

Allahu..

Saya terus menjawab soalan asal dari student saya tadi.

PERNIKAHAN MEREKA TIDAK SAH.
mereka wajib berpisah.
Selagi mana bersama, mereka dikira membuat maksiat & berzina.
Sekiranya masih mahu bersama, lelaki itu wajib masuk Islam. Kemudian wajib melakukan akad & pernikahan mengikut ajaran Islam.

Manakala anak2 mereka pula, dikira sebagai anak tidak sah taraf.

وَلا تَنْكِحُوا الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ وَلأمَةٌ مُؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ وَلا تُنْكِحُوا الْمُشْرِكِينَ حَتَّى يُؤْمِنُوا وَلَعَبْدٌ مُؤْمِنٌ خَيْرٌ مِنْ مُشْرِكٍ وَلَوْ أَعْجَبَكُمْ أُولَئِكَ يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَاللَّهُ يَدْعُو إِلَى الْجَنَّةِ وَالْمَغْفِرَةِ بِإِذْنِهِ وَيُبَيِّنُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (البقرة221)

Maksudnya : Dan janganlah kalian nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik daripada wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik daripada orang musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedangkan Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.- surah al-Baqarah, ayat 221.

Semoga Allah menunjukkan jalan keluar terbaik buat mereka.

Setiap tahun, saya pasti ditanya soalan2 seumpama ini oleh setiap batch pelatih2 PDS. Masalah seumpama ini banyak berlaku di tempat mereka.

Allahu, tugasan dakwah masih banyak. Ummah memerlukan kita 😭

Wallahua’lam.