Category Archives: Parenting

Pusat Sains Negara

Alhamdulillah,

Hari isnin baru ni, Allah izinkan saya & suami untuk bawa Tuqo Taqi jalan2 di Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara.

Viral di facebook, tiada bayaran tiket dikenakan sehingga hujung tahun ni. Yelah, benda free sapa yang tak suka kan. Dah2 musim minyak asyik naik tiap minggu ni.

Maka ramailah rakyat2 marhaen yang berpusu2 membawa anak2 dan keluarga ke Pusat Sains Negara demi untuk memberi kegembiraan serta menambah ilmu. Biasanya orang akan serbu time hujung minggu la kan.

Alhamdulillah, suami settle kerja awal hari isnin haritu. Dia ada urusan luar. Alang2 diluar, encik suami ajak kami ke PSN. 

Yelah, kalau nak pergi hujung minggu memang tak lah. Sebab kami jenis tak suka pergi tempat yang crowded. 

Ade member pergi time weekend, katanya pukul 9pagi dia dah terpacak depan pintu PSN. Time tu memang tak ramai orang lagi. Kereta pun boleh parking dalam. Jam 11 dia nak keluar, katanya dah ramai gila ummat. Sampai nak ambil gambar pun katanya takda ruang.

Alhamdulillah kami pergi hari isnin, tak berapa ramai orang. Tapi ada la jugak orang. Rombongan sekolah pun banyak. Cuma tak crowded sangat. Dan takdelah kena berebut atau tunggu lama nak main macam2 mainan eksperimen dalam tu. Hehe. Taqi pun boleh berlari bebas keriangan kat dalam tu.

Alhamdulillah seronok pergi sana. Walaupun takdapat nak go thru satu satu eksperimen and pameran kat sana. Biasalah, jalan dengan anak2. Kena ikut kerenah dorang. Dorang lebih kepada bermain. Lari sana lari sini. Hehe.

Yelah, kita yang mak bapak pun teruja tengok macam eksperimen dalam tu. Anak2 lagi la seronok tak tentu hala. Hehe.

Antara apa yang boleh saya kongsikan :

1. peruntukkan masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk round habis di dalam. Barangkali lebih. Kalau kami haritu, ambil masa 3 jam. Dari jam 2-5 petang. 

2. Bawa air minuman. Sebab letih jugak jalan2 dalam tu. Kompom akan dahaga.

3. Bagi yang bersama anak2 kecil, jangan lupa untuk bawak stroller. Mula2 memang syok anak2 main, berlari sana sini. Tapi bila dah masuk jam ke-2, depa dah letih berjalan. Macam Tuqo la. Hehe. Tapi Taqi tetap seronok berlari bebas keriangan. Hehe.

4. Parking kat dalam tak banyak. So, kalau dapat masuk sebab parking tak full tu, kalau jumpe je parking terus masuk. Sebab tu la yang paling dekat dengan pintu masuk nanti. Jangan nak cari2 dulu kat depan konon2. Sebab makin ke depan itulah makin ke belakang. Dan akan jumpa jalan mati. Nanti kene pusing balik. Hehe. Kami dah kena ๐Ÿ˜…

5. Dalam tu nanti. Memang banyak benda yang kita teruja dan banyak benda kita nak main. Anak2 apa tah lagi. So, hati2 dengan anak2. Tengok dan jaga betul2. Jangan sampai hilang. Sebab Taqi hilang kejap haritu. Hehe. Kejar bola punya pasal. Nak luruh rasa jantung time tu. Alhamdulillah tak lama lepas tu jumpa juga dia.

6. Dalam tu nanti, akan ada banyak eksperimen menggunakan bola, dan akan ada banyak benda2 kecik yang digunakan untuk aktiviti2 dalam tu. So, parents mesti amanah dan bertanggungjawab dengan segala harta benda dalam tu. Jangan ada yang masuk poket. Jangan ada yang biarkan anak cilok apa2 dari dalam tu. Yelah, benda kecik. Mana orang perasan. Tapi kita mesti ade sikap sensetiviti tentang ni. Kalau benda2 kecik tu hilang, macam mana orang lain nak jalankan eksperimen tu. Takkan tiap2 hari PSN kena letak peralatan gantian yang baru. Rugi la negara beb. Huhu.

Taqi pun suka cilok bola2 dalam tu. Bawak lari. Yelah budak lelaki, memang suka bola. Tapi kita as parents la yang kene bertanggungjawab. Ajar anak untuk letak semula barang tu kat mana dia ambil. Walaupun hanya bola pingpong. Didik anak untuk jadi amanah. Dan jaga hak milik bersama. Ingat PSN bukan milik kita seorang, tetapi milik semua rakyat Malaysia.

Pintu gerbang nak masuk PSN

Taqi excited nampak banggunan PSN yang colour full

Kalau korang dapat masuk main entrance PSN, jumpa je parking terus masuk. Sebab tulah paling dekat. Kalau jalan terus jumpa jalan mati je. Sia2 tinggalkan parking kosong yang ade tadi. Hehe

Masuk je pintu masuk PSN, ada akurium ๐Ÿ™‚

Walaupun masuk free, tetap kena register & ambil tiket

Inilah tiketnya

Inilah tempat mula nak masuk PSN, Inilah juga tempat exitnya nanti.

Teruja nampak ikan terbang dalam air

Kakak Tuqo nak carik baby shark kat screen ๐Ÿ˜‚

Masih mencari baby shark๐Ÿ˜

Rasa macam ada kuasa je, hehe

Tangan taqi. Pegang elektron. Dia akan ikut tapak tangan kita sebab ada haba.

Eksperimen kapal karam. Kalau dipam secara perlahan2, kapal akan karam. Tapi Tuqo tu, takdenya nak pam perlahan2. Makin kuat lagi ada ๐Ÿ˜‚

Game maze. Ala2 macam ejen Ali. Ade easy & difficult. Saya main yang easy pun, tersentuh jugak line hijau tu. Berbunyi siren ๐Ÿ˜‘

Letak bola pingpong dalam tu. Buka salah satu pintu dekat tepi2 tu. Udara akan tolak bola ke pintu yang terbuka.

Eksperimen taufan. Ada 2 button. Mula2 kena tekan button wap, atau pun situasi sebenar adalah hujan. Kemudian tekan button angin. Maka terhasilah tornado. Sangat menarik!

Macam2 aktiviti & eksperimen. Sampai tak termain semuanya.

Encik suami sukalah bendaw mencabar macam ni. Keluarkan tali.

Ini kawasan kanak2 bawah 12 tahun. Macam2 aktiviti untuk kanak2 ada.

Taqi suka sangatlah dengan bola merah tu. Kalau letak je, mesti dia ambil balik. Lepas tu lari, sebab tak nak bagi. Sebab bola merah tu jugaklah Taqi hilang kejap ritu. Berdebar jantung mama ๐Ÿ˜ญ

Ini macam kebanyakan hospital pakai. Hantar surat melalui udara. Lepas letak bullet, dia akan bergerak laju pusing ikut track die dekat atas. Kita boleh nampak. Tuqo tak sabar nak amik bullet.p

Yeay, turn Tuqo pulak lepaskan bullet tu.

Kebetulan ada sains show. jam 3 petang. Dorang tunjuk macam2 eksperimen.

Ada juga playground kanak2

Kita pusingkan controller, bola akan semakin naik & jatuh. Kena pada alatan muzik. macam2 bunyi terhasil.

Taqi yang sangat taasub dengan bola dan start panjat. Nak cilok bola tu ๐Ÿ˜‘

Nak naik ke atas. Selfie dulu ๐Ÿ˜‡

Atas ni macam2 ada. Tapi tak tau la kenapa tak berapa ramai atas ni. Mungkin dia lebih ilmiah, berbanding yang dekat bawah tu lebih kepada aktiviti santai.

Gelombang & bunyi

Yeay.. to-iroh!! Aeroplane!!

Ada simulator. Tapi tal bukak pulak

Eksperimen ni syok jugak. Kita kawal helikopter tu terbang.

Pak guard tu pun ciwi. Hehe. Control cermin tu kene cahaya, kipas kapal terbang akan berpusing

Sampai part ni, anak2 dah start boring. Dah tak faham. Hehe. Ni bilik last yang kitorang pegi sebelum turun balik

Ramai group2 rombongan sekolah

Survive the bunker ni macam rumah hantu. Tapi ala2 konsep sains la. Masuk kena bayar rm4 seorang. Tapi bawah 7 tahun tak boleh masuk. Tapi, saya pun tak gemar nak masuk gak tempat2 camni ๐Ÿ˜…

Ini game favourite Tuqo. Sebelum naik tadi dah lama main. Turun main lagi. Seronok main kren angkut barang

Ni pun favourite Tuqo jugak. Keretapi ni kene kayuh sendiri pakai tangan. Memang berat la. So memang parents yang kene kayuhkan. Tengok tayarnya, segi empat. Tu yang payah nak kayuh๐Ÿ˜‚

Dekat luar ade akuarium sentuh. Boleh sentuh2 ikan dalam tu

Tapi ikan semua lari menyorok. Dah rimas kot, seharian asyik kene sentuh dengan tangan2 manusia๐Ÿ˜…

Kami keluar sekitar jam 5 petang. Masuk2 kereta, Tuqo & Taqi terus tidur keletihan. Kami pula dok risau jalan jem. Orang dah start keluar opis.

Alhamdulillah, balik ke Meru tak jem. Cuma kereta banyak. Sampai Meru dalam jam 6petang.

Alhamdulillah, seronok sangat dapat spend masa dengan family di PSN. Gembira tak terhingga bila tengok anak2 berlari keriangan, anak2 seronok bermain. Itulah antara nikmat yang sangat2 saya hargai.

Terima kasih encik suami sebab sudi bawa kami jalan2 dekat Pusat Sains Negara. Semoga Allah sentiasa rahmati dan berikab ganjaran pahala berlipat kali ganda untuk abang. Tq abang ๐Ÿ˜˜

Terima kasih Pusat Sains Negara ! ๐Ÿ˜‡

Advertisements

8 Cara Potty Training Gaya Tuqo :)

Bismillah..

Entry kali ni, saja nak share tentang pengalaman saya ajar Tuqo buang air di tandas. Walaupun hakikatnya takdalah awal sangat Tuqo pandai potty train. Tapi sekadar berkongsi menguruskan pengalaman anak sendiri ๐Ÿ™‚

Saya memang target sebelum Tuqo 3 tahun dia mesti dah pandai buang air di tandas.

Saya sebenarnya dah mula awal, sejak bulan Mei 2017 lagi.

Nampak jugak Tuqo time tu excited nak kencing sendiri dekat toilet. Tapi, lama2 dia dah malas nak kencing toilet. Mungkin silap saya jugak tak buat strategi betul2 nak ajar Tuqo ke tandas.

So, saya tekad. Saya bagitau suami saya, balik je dari cuti raya Aidilfitri, saya nak make sure Tuqo dah tak pakai pampers. Adeh, Tuqo pun banyak giler kot pakai pampers. Sehari mau sampai 7-8 pampers. Botak kepala abahnya ๐Ÿ˜…

Alhamdulillah, hujung Jun, dalam tempoh lebih kurang 7 hari, Tuqo dah berjaya sepenuhnya tak pakai pampers. Termasuk waktu jalan dan waktu tidur. Yeayy.. ๐Ÿ˜„

1. BERHENTI MINUM SUSU BOTOL

Bagi saya, ini adalah langkah pertama dan terpenting yang kita perlu kawal. Tak tau lah kalau bergantung dengan budak. Tapi kalau Tuqo, time masih minum susu dalam botol, kerja dok mintak susu je. Asal baring sikit mintak susu. Asal boring mintak susu. Asal nangis mintak susu. Bila asyik minum susu, maka keraplah kencingnya. Bila kerap kencing, jadilah malas dia nak kencing kat toilet. Haaa, gitu sifirnya ๐Ÿ˜…

Jadi, apa yang kami buat. Hmm, sebenarnya Allah yang rancang dan beri terbaik buat kami.

Sejak lebih kurang 6 bulan sebelum tu, kami tukarkan botol susu Tuqo kepada botol kaca. Sebab takdelah selalu berkulat. Alhamdulillah Tuqo pun nampak cermat je pakai botol kaca. Cuma memang adalah pecah. Hehe.

Nak dijadikan cerita, botol Tuqo pecah buat kali ke3 time seminggu lepas raya. Time tu macam nak marah, tapi cari hikmah disebalik pecah. Dalam diri cakap, mungkin Allah nak tunjuk time ni lah sesuai nak ajar Tuqo kencing kat toilet dan berhentikan Tuqo dari minum susu botol.

Sebelum ni memang penah cuba stopkan dia dari susu botol. Tapi Tuqo ni macam tahap gian. Ngamok gila2 kalau tak dapat. Bingit telinga ๐Ÿ˜…

Tapi bila botol tu pecah, dia sendiri pulak yang pecahkan. So, dia tak boleh nak salahkan sape2. And time die mintak botol susu, kitorang cakap, ‘kan kakak yang pecahkan. Kita pakai botol lain ye’. So, kitorang gantikan dengan botol biasa. Bukan botol puting, tapi botol minum air putih biasa.

Alhamdulillah Tuqo boleh terima. Tapi biasalah, makan masa. Mula2 memang die nangis2, merengek2. Tapi saya n encik suami selalu cakap sama2 kami, takpe sabar kejap je. Paling lama seminggu je. Merengek tara mana pun, insyaAllah dalam seminggu tu dia dah boleh serasi.

Alhamdulillah, tak sampai seminggu Tuqo dah serasi. Dia dah tak kisah minum susu tak pakai botol susu. Tengah malam time tidur, dudukkan dia sikit. Pastu die baring tidur balik. Minum sikit je. Atleast terkawal la jugak.

So, alhamdulillah sangat. Dapat jimat duit susu & pampers sekali gus. Syukur sangat.

Jadi, bila Tuqo dah jarang minum susu, takdelah kerap nak buang air. Kalau sebelum ni, dia kerap sangat buang air. Tu yang dia naik fed up nak kencing kat toilet. Letih die keluar masuk, bukak pakai seluar. Hehe. Dengan kita2 sekali fed up ๐Ÿ˜‚

Bagi kami, key utama adalah berehentikan minum susu botol. Bagi meminimakan air kencing. Hehe.

2. PAKAI SELUAR MUDAH DIBUKA & DIPAKAI

Point yang ni pun penting. Sebab, mula2 nak train anak2 ni, bagi dia rasa mudah nk kencing kat toilet. Jangan buat dia rasa susah dan penat nak ke tandas.

Saya pernah pakaikan dia seluar fit. Yang memang susah dia nak bukak dan pakai sendiri. Ada waktu Tuqo nak ke tandas, saya tengah tidurkan Taqi, or susukan dia. Jadi tak dapat bantu Tuqo. Nampaklah dia fed up.

Jadi, lepas dari tu, sementara masih dalam proses training, saya pilih betul2 seluar apa yang die kena pakai. Seluar yang mudah nak bukak dan pakai. Agak longgar.

Alhamdulillah, nampak bezanya. Dia tak tension, kita pun tak tension ๐Ÿ˜„

3. JANGAN PAKAIKAN SPENDER

Ini buat permulaan. Memang la pelik kalau tak pakai spender. Macam tak senonoh je ๐Ÿ˜…

Tapi, pengalaman saya. Kalau masih dalam tempoh praktis, baik tak payah pakai dulu. Sebab ape?

Sebab, bila dia pakai spender, dia rasa seolah2 dia pakai pampers. So, dia akan kencing je dalam seluar. Sebab dia ingat ade pampers. Sekali tengok habis basah. Hehe.

Lepas rasanya 3 kali jadi macam tu, saya pun tak pakaikan Tuqo spender. Bila tak pakai spender, dia tahu takde pampers yang nak sedut air kencing dia. So, nak tak nak, dia kene kencing dekat toilet. Sebab, budak2 ni pun sebenarnya geli gak bila dia kencing dalam seluar sendiri ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

4. PILIH/TUKAR HOS YANG SESUAI

Mula2, memanglah kita akan basuhkan kencing berak dia. Tapi sampai satu tahap, anak2 mesti belajar basuh sendiri.

Jadi, untuk mudahkan Tuqo yang baru nak belajar. Kami tukarkan hos untuk dia. Kami pilih yang jenis tembak tu. Tekan baru keluar air.

Sebab apa?

Supaya dia boleh kawal air, tekan bila nak guna je.

Gigih kami cari hos ni dekat Mr. DIY. Hehe

So takdelah dia basah2 terkena air sebab tak pandai kawal air.

Lama2 nampak dia dah ok, dah boleh kawal, so tak kisah nak pakai hos apa.

Plus, bile kami tukarkan hos untuk Tuqo, dia rasa dihargai sangat. Macam kite bagi die semangat untuk kencing kat toilet, sebab tukar hos semata2 untuk dia.

Kira hos tu, hadiah untuk dia la. Hehe.

5. SOKONGAN DAN TEPUKAN GEMURUH

Ini amat penting bagi anak2. Yelah, budak2 kecik ni , dorang nak usaha dorang dihargai. Jadi, bila dia berjaya kencing dalam toilet, kene bagi pujian melambung2. Bila abah dorang balik dari kerja, cerita dekat abah die depan anak2 yang dia kencing dekat toilet tadi.

Dia akan rasa sangat dihargai dan nak buat lagi.

Kalau dia berjaya berak dalam toilet, double sorakan kita kene bagi. Haha.

Ingat lagi waktu tuqo first time berjaya berak kat toilet. Saya bagi sorakan paling gemuruh. Macam dia menang olimpik. Kalau boleh rasa nak bakar mercun. Haha. Tuqo sendiri pun sampai excited gile dapat pecahkan rekod dunia. Berjaya berak kat lubang jamban. Walaupun muka tak rela bau najis sendiri.. Haha. Tapi tetap sengeh memanjang. Sampai tak sabar2 nak bagitau abah die yang dekat opis tu. Siap suruh call lagi. Haha.

So, bila dah macam tu. Bile next time dia nak berak, memang dia akan cari toilet. Sebab nak menempa kejayaan seterusnya yang diiringi sorakan gemuruh. Haha ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

6. STEP BY STEP

nak bebaskan anak2 dari pakai pampers kene berperingkat. Tak boleh main sekali harung. Takdelah anak2 nak terkejut.

First, time tak tidur je tak pakai pampers. Time tidur, sebelum nak tidur tu pakaikan dulu pampers. Bila dah sampai satu tahap, tengok prestasi anak dah ok, bila bangun lagi je pampers mesti kosong, so dah boleh start tidur tak pakai pampers. Memang akan adalah dia terkencing time tidur, tapi sabar je la.kejap je ๐Ÿ˜‰

Second, time kat rumah je tak pakai pampers. Bila jalan, atau kemana2, pakaikan pampers. Sampailah anak2 dah reti nak mintak ke tandas bila ada rasa nak kencing.

7. REWARD

Reward jugak sangat penting dalam nak bina keyakinan dan kesungguhan anak2. Sebab, kalau tak, depa malas. Reti je nak kencing kat toilet, tapi malas nak bangun, malas nak bukak seluar, malas segala bagai laa..

Time ni la penting peranan reward. Ingatkan anak2, kalau berjaya tak pakai pampers sepenuhnya, nanti mama bagi mainan.

Kalau saya, time tu saya janji nak bagi tuqo mainan doktor2. Sebab time tu die tengah gila nak mainan doktor2.

So time die malas, saya ulang balik tentang reward. Die jadi semangat. Sama juga time bagi sokongan dekat toilet, sebut pasal reward, dah2 time die nak melepas hajat besar. InsyaAllah berkesan. Hehehe.

Tapi kene pegang janjilah. Bagi time betul2 dia dah tak pakai pampers sepenuhnya.

Carik mainan reward Tuqo dekat Aeon Shah Alam ๐Ÿ™‚

Akhirnya, usaha berbaloi. Tuqo dapat reward. Set mainan doctor ๐Ÿ˜‡

8. JANGAN MARAH

Biasalah, nak tak nak memang dia akan terlepas kencing or berak kat mana2. Time tu, jangan marah. Senyum je.

Dan kalau dia kerap mintak nak ke tandas pun, jangan marah. Layankan je. Sebab dia baru nak sesuaikan pundi kencing die ๐Ÿ˜…

7. SABAR & TANYA SELALU

Tak nafi, kadang2 memang rasa macam nak marah je. Tapi tu sebenarnya membantutkan lagi proses anak2 kita untuk berdikari. Dia sedang cuba. Jadi kita kena support. Jangan marah. Sabar.

Dalan masa yang sama, kerap tanya dia, ada rasa nak kencing tak. Nak pegi toilet tak.

Dan kene paksa anak2, sebelum tidur atau sebelun keluar rumah kene kencing dulu. Bantu dorang rancang kosongkan air di pundi kencing mereka. Hehehe.

8. DOA

Last sekali, yang paling penting kita sebagai ibu, kena mohon pada Allah. Mintak supaya Allah bantu anak kita. Allah izinkan anak kita cepat belajar dan terima. Sebab semuanya atas tangan dan kekuasaan Allah. Nak mudahkan atau nak susahkan, semuanya atas izin Allah.ย 

Tapi kita punya peluang untuk meminta. Jadi berdoalah moga Allah permudahkan dan Allah beri kesabaran buat kita.


Tu jelah perkongsian pengalaman saya dalam memoty train kan Tuqo. Baru seorang. Takda pengalaman mana pun. Hehe..

Tapi takpelah, apa yang ada dikongsi bersama. Mana tahu membantu orang lain.

Semoga sedikit perkongsian ini memberi mabfaat kepada kita.

๐Ÿ™‚

Sekian dari saya yang dah tak pakai pampers ๐Ÿ˜Ž

AMANAH KITA SEBAGAI IBU

Malam ni tak dapat lelapkan mata.

Teringat topik yang disembangkan dengan encik suami time dalam perjalanan balik Klang dari Ipoh.

Puas pujuk mata untuk beradu,

Tapi tak makan pujuk rupanya mata saya ni.. hehe..

So, sambil2 tak boleh tidur, dari dok golek kiri gokek kanan, baiklah saya menaip. Menulis apa yang sedang berlegar dalam otak saya.

Manalah tahu punya manfaat untuk yang lain.

Harap2 lepas ni boleh la nak tidur.. hehe..

******************************************

Beratnya menjadi ibu.

Anak bukan setakat anugerah,

Tapi ia adalah amanah.

Tanggungjawab mendidik terletak di bahu ibu.

Acap kali kita dengar,

Anak kecil otaknya seperti span,

Laju menyerap apa yang dilihat dan diajar ke dalam otak.

Anak mengikut apa yang diajar.

Kalau ibu ajak menari, maka berjogetlah si anak.

Kalau ibu bertutur kasar, maka kasarlah bahasa si anak.

Jika ibu lebut tuturnya, maka sopanlah percakapan si anak.

Jika ibu kenalkan dengan ayat tuhan, maka al-quranlah dihati si anak.

Maka, kita ibu yang mana satu?

Ibu yang menghulur gadjet moden atau kitab Allah 1400 dulu?

Bukan mudah,

Kadangkala menahan sabar dan marah,

Malah menangis air mata darah,

Kerana mahu mendidik cara sunnah.

Tapi,

Hati tahu itulah yang terbaik,

Kerana mahukan anak menjadi orang yang baik-baik,

Juga saham kita di akhirat kelak.

Ayuh,

Jadi ibu terbaik untuk anak kita.

Biarpun bukan suri rumah sepenuh masa,

Tapi kadangkala mereka boleh pergi jauh dalam mendidik anak dalam pada kesibukan bekerja.

Ibu bekerja dan ibu sepenuh masa,

Graduan agama atau lulusan apa saja,

Kita semua sama,

Kita punya matlamat yang serupa,

Mahu anak menjadi orang berguna.

SELAMAT MENDIDIK ANAK BUAT IBU-IBU SEMUA,

JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA,

ANDAI LEMAH MENGADULAH PADA YANG ESA.

Semoga kita semua terus istiqomah dalam mendidik anak mengikut acuan sunnah.

Siiru ala barokatillah ๐Ÿ™‚

‘Ya Allah, kakak nak naik Qitor’

Alhamdulillah..
Perdana Menteri yang kita amat ‘sanjungi’ telah selamat merasmikan MRT yang baru dibina pada 16 disember 2016.

Maka, pihak MRT telah mengishtiharkan tambang percuma selama sebulan bagi sesiapa yang ingin menaiki dan mencuba perkhidmatan MRT.

kami sekeluarga pun tak nak lepaskan peluang ni. Jadi, sebab tu hari ni, 15 Jan 2017 kami nekad untuk naik jugak MRT secara free.

Plan dh lama. Cuma tak berkesempatan lagi nak naik MRT.

nak dijadikan cerita pula, Tuqo asyik duk sebut je..

‘nak naik qitor (keretapi)’.

‘abah, mama, boleh tak kakak nak naik qitor?’.

Tiap kali minta tu, tiap kali tu kami jawab..

‘insyaAllah. Nanti ada rezeki kita naik ye. Kakak doala kat Allah. Cakap yang kakak nak naik qitor.’

Tuqo pun terus akan berdoa berulang-ulang kali.

‘ya Allah, kakak nak naik Qitor’.

Tiap kali nampak tren dari cermin kereta, mesti tuqo akan doa begitu dan minta izin kami untuk naik tren.

Sebab tu kami sungguh2 nak naik MRT free.

Sebab anak dah bersungguh2 berdoa pada Allah.

Kalau Allah makbulkan doanya, pasti die suka dan gembira. Begitulah kami cuba didik Tuqo supaya bergantung harap dan meminta hanya pada Allah.

Sebelum tu, pernah sekali dalam perjalan balik ke Ipoh, Tuqo tiba2 cakap

‘abah, kakak nak mator(hujan)’.

Kami terkejut dan rasa kelakar. Sebab tiba2 je dia minta nak hujan. Tak pernah2. Lalu apa lagi la yang boleh kita buat melainkan suruh die berdoa pada Allah untuk minta hujan. Tuqo terus berdoa tanpa diajar ayatnya..

‘ya Allah, kakak nak mator’.

Diulangnya 2-3 kali.

Kira2 setengah jam kemudian. Hari hujan! Saya dan suami sebenarnya dah tak ingat pasal doa Tuqo tadi. Tapi Tuqo ingatkan kami

‘mama.. tengok, mator!’

Dia nampak happy sangat. Yelah, Allah dah makbulkan doa dia. Dia cakap,

‘tadi kakak doa kat Allah nak hujan, pastu hujan’

Nampak kepuasannya. Dari situ saya belajar dari Tuqo tentang kuatnya kuasa doa dan jika kita hendakkan sesuatu harus bergantung harap pada Allah.

Jadi sebab itu kami menggunakan method yang sama pada Tuqo bila dia minta nak naik train ๐Ÿ™‚

Encik suami dah start goole route MRT lama dah.

Tapi last2 kami naik rapid kl dari putra height. Konon2 nak pegi Semantan untuk naik MRT. Memandangkan MRT baru ada perkhidmatannya dari Sungai buloh-Semantan. Tp akhirnya, kami hanya naik rapid hingga ke KL Central.

Perjalanan dari putra height ke Kl sentral pun dah ambil masa sejam. Tak tahan la nak duduk dalam tren lama2 dengan ada anak kecil. Maklumlah, budak2 ni cepat bosan.

So, kami turun kl central dan jalan2 di NU central.

Mula2 naik tren tu, seronok betul la Tuqo. Senyum2 teruja sambil buat muka blur sebab baru first time naik tren.

First time Tuqo naik tren. Ciwii… ๐Ÿ™‚

Taqi pun nampak excited. Hehe..

Sampai2 je kl central kami pun carik kedai makan. Sebab lapa beno laa time tu.

Lepas makan kami ke NU Sentral, betul2 bersebelahan dengan kl central. Memandangkan kami memang tak pernah pegi ke sana. Dah sampai sana, tak tahu pulak nak kemana. Maklumlah, saya dan encik suami bukan kaki shopping. Hehe..

Last2 ternampak satu tempat best ni..

Korea Train Express

Ingatkan kedai ape la, rupenya tempat pameran berkaitan train yang kerajaan nak bina dari Kl central ke Singapore.

So, dalam tu ada semua maklumat tentang projek pembinaan train kl-singapore yang bakal dibina tak lama lagi.rupanya pembinaan train ni menggunakan teknologi korea. Kalau tengok video kat situ, memang nampak canggih la train tu.

Masuk free je. Memang seronok masuk situ.

Yang lagi best, ada mini simulator yang boleh lah kita rasa konon2 macam kita jadi train driver. Hehe.

Elok2 train tu jalan laju Tuqo pegi break mati terus. Nasib baik tak terbalik train. Hehe

Seronok beno la Tuqo jadi driver. Hehe..

Taqi geram je nak main jugak.

Selesai main dan baca2 sikit2 maklumat. Kami pun nak keluar. Tibe2 nampak pulak ade mesin yang tak pernah jumpa. Lagi la kami ciwi. Hehe..

Rupenye guest book. Tapi elektronik. Kita tulis ape ucapan kite pada komputer tu, then capture gambar kita. Pastu print dan lekatkan kat dinding. Kami print 2 helai sebab nak simpan sehelai kenang2an.hehe..

Lepas kitorg habis guna, dorang ni tanya ‘is it free?’ cakap free terus je depa g buat jugak. Ciwi jugak rupenye. Hehe

Ni yang kitorang punya. Tulisan burok laa sebab berebut pen komputer tu dengan Tuqo. Suami cakap, apsal ucapan macam orang nak exam. Dah la titik jim hilang.. adehh.. hehe

Last sekali sebelum gerak balik, ambil gambar depan train n artis korea. Hehe

Lepas tu, kami terus solat maghrib dan balik ke putra height balik.

Time orang queue nak masuk train, encik suami pegi pintu paling depan sekali. Sebab nak duduk coch paling depan. Pemandangan lebih best. Macam kita driver train. Tuqo pun lagi suka.hehe.

Kusyuk beno captain meninjau.. hehe

Belum sempat nak sampai, lepas penat Tuqo n Taqi terjerit2 sampai satu train dengar dan pandang2 kitorang. Akhirnya Tuqo n Taqi tertidur dalam train sebab kepenatan. Hehe.

Alhamdulillah, akhirnya kami berdua dapat rehat sikit dalam train lepas penat bertarung dengan hero dan heroin. Hehe..

Baru ada peluang nak selfie. Heehe

Alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak stesen putra heights, tempat kami park kereta kami. Tuqo masih tidur. Encik suami angkat dan baringkan dia dalam kereta. Tuqo terus terjaga.

Dia macam.. eh, apsal aku kat sini. Hehe..

Kereta bergerak pulang, kami pun bersembang2.

Kami tanya Tuqo, best tak naik qitor. Best katanya.

Saya mintak dia syukur dan berterima kasih pada Allah. Saya ajar ayatnya

‘Tq Allah bagi kakak naik qitor’.

Lalu dia sebut

‘ya Allah, kakak nak naik qitor lagiiiii…’

Kami hanya mampu tersenyum, dan gembira sebab Tuqo terus meminta pada Allah. Lalu kami aminnn kan doa Tuqo.

Walaupun hanya berjalan2 dan bersiar2 naik train, tapi bagi saya inilah quality time kita bersama keluarga kita. Rasa seronok dan puass sangat. Walaupun tak dapat naik MRT free. Hehe..

Terima kasih Allah ๐Ÿ™‚

Terima kasih juga encik suami sebab sudi bawa kitorang anak beranak berjalan.

Tq Tuqo sebab ingatkan mama tentang kuasa doa.

Taqi pulak… Tq sbb ceriakan mama tadi ๐Ÿ™‚

Firman Allah swt :

ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฃูŽู„ูŽูƒูŽ ุนูุจูŽุงุฏููŠ ุนูŽู†ู‘ููŠ ููŽุฅูู†ู‘ููŠ ู‚ูŽุฑููŠุจูŒ ุฃูุฌููŠุจู ุฏูŽุนู’ูˆูŽุฉูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽุงุนู ุฅูุฐูŽุง ุฏูŽุนูŽุงู†ู ููŽู„ู’ูŠูŽุณู’ุชูŽุฌููŠุจููˆุง ู„ููŠ ูˆูŽู„ู’ูŠูุคู’ู…ูู†ููˆุง ุจููŠ ู„ูŽุนูŽู„ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ูŠูŽุฑู’ุดูุฏููˆู†ูŽ

[ุงู„ุจู‚ุฑุฉ: 186].

โ€œDan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.โ€


Wallahua’lam..

%d bloggers like this: