Category Archives: pena dakwah

HILANGNYA ‘GAH’ WANITA BERTUDUNG

tumblr_mhqvdqMMgg1rl8gtso1_500

بسم الله الرحمان الرحيم

Saya ingat lagi,

Zaman dulu-dulu tak ramai orang yang pakai tudung. Zaman saya kecik-kecik dulu, tak ramai yang pakai. Yang saya perasan orang yang pakai tudung tu golongan ustazah-ustazah, yang ajar mengaji, budak-budak pergi belajar mengaji, yang pegi belajar agama kat Timur Tengah. Pakai pulak tudung singkat, tudung pada muka di’kelepek’. eheh 😀

Ada jugak la yang pakai tudung labuh, tapi tak ramai.

Perempuan dulu-dulu akan pakai tudung bila ada program keagamaan macam sambutan maulidur Rasul, bacaan yassin, majlis tilawah al-Quran dan lain-lain. pakai tudung pula ala2 Datin, nampak jambul.. eheh 😀

 

Saya ingat lagi,

kalau orang yang pakai tudung dulu-dulu, mereka dah dikira ‘alim’. itulah pandangan masyarakat pada mereka. senang cerita, mereka tinggi dan mulia di mata masyarakat.

 

Saya ingat lagi,

orang dulu-dulu kalau bertudung mesti berbaju kurung. yelah, zaman tu belum  datang lagi trend berjubah. saya tak nampak pulak orang dulu-dulu pakai tudung dengan baju sendat atau kain singkat.

tudung dulu2

 

SEKARANG…

Orang dah ramai bertudung. Alhamdulillah. Malah anak kecil lagi sudah mula dididik untuk bertudung.

Wujud pula macam-macam jenis tudung yang memang amat memudahkan wanita untuk bertudung.

tudung pun ada jual kat mana-mana je. pendek cerita, senang jumpa dan mudah untuk dipakai. saut je terus siap!

Yelah, dulu leceh sikit. kene pin sana pin sini. pakai tudung pun rupe comot semacam je. ada garis bekas lipatan kat tudung la. tudung tak menjadi la. dah pula ade jual kat tempat tertentu je.

Alhamdulillah..

masyarakat dan wanita zaman ini dah mula sedar akan kepentingan dan kawajipan menutup aurat, dan ini adalah satu bi’ah(suasana) yang sangat positif dikalangan masyarakat kita hari ini.

 

NAMUN..

 

Pandangan masyarakat kepada wanita bertudung tidak lagi seperti dulu.

dan wanita bertudung itu sendiri terkadang hilang punca kenapa dia bertudung sebenarnya.

Mereka sendiri tak tahu apa hadaf(tujuan) mereka bertudung.

 

*trend*

Bertudung kini merupakan satu trend.

Wanita kerap tersalah arah, mereka bertudung kerana mahu kelihatan cantik bukan kerana mentaati perintah Allah. Berpakaian ala islamik tapi berkiblatkan fesyen barat.

 

Lalu wujudlah rancangan tv semacam ‘Hijab Stylista’, majalah seperti ‘Hijabista’ dan sewaktu dengannya.

Mengajar para wanita bagaimana bergaya dengan menggunakan tudung, bagaimana kelihatan cantik, angun dan mempersona apabila bertudung, bagaimana tampil lebih ellegant dengan bertudung..

Aaah.. itu bukan ellegant, tapi alien namanya !

hijabista

Apalah sebenarnya hadaf mereka berhijab?

sekadar ingin up-to-date?

 

Berfesyen itu tidak salah, yang penting ia bertepatan dan mengikut kehendak syarak.

Bukan berfesyen mengikut kehendak barat dan tunduk kepada pandangan mata manusia.

 

 

*perwatakan*

Perwatakan wanita bertudung yang sepatutnya memiliki sifat seperti pemalu juga kian terhakis., kerana ia adalah sifat yang dituntut didalam Islam.

 

Rasulullah sollahu alaihi wasallam bersabda :

إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاء

“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (HR. Ibnu Majah no. 4181. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Sayangnya, tiada lagi sifat tersebut dalam diri si pemakai. kalau ada pun, sedikit cuma.

Wanita bertudung kini tidak lagi membawa identiti muslimah sebenar. Malah ramai yang hanya mencacatkan lagi pandangan dan persepsi masyarakat terhadap muslimah dan wanita bertudung.

Kalau dulu,

Terasa pelik sekiranya ada wanita bertudung hadir ke konsert-konsert atau program hiburan.

Tapi sekarang, wanita bertudunglah yang memenuhkan kerusi atau ruang dewan.

 

Kalau dulu,

Masyarakat hairan dan terkejut apabila wanita bertudung menyertai program nyanyian realiti tv,

tapi sekarang masyarakat sudah biasa akan penyertaan wanita bertudung.

Bukan setakat tu, juga sudah lali melihat tarian dan mendengar suara lalakan wanita bertudung.

 

Kalau dulu,

wanita bertudung sangat menjaga maruah diri,

tapi sekarang ramai yang tergedik-gedik sana sini.

 

Kalau dulu,

Wanita bertudung pantang disentuh lelaki,

tapi sekarang, tak cukup sekadar tu malah berhubungan semacam suami isteri.

 

Kalau dulu,

wanita bertudung pasti pandai mengaji,

tapi sekarang, alif ba ta pun ada yang tak kenal lagi.

 

Kalau dulu,

wanita bertudung solat 5 waktu itu sudah pasti,

tapi sekarang, ramai yang solat pun liat nak mati.

 

Ah.. kalau cerita pun takkan habis kat sini,

banyak lagi yang korang boleh fikir dan lihat sendiri !

konsert-af-minggu-6

*keliru*

Ramai wanita keliru dengan imej pemakaian dan perwatakkan mereka. Mereka tidak sedar yang sebenarnya mereka sedang membawa sebuah identiti wanita muslimah. Malangnya, mereka mencalarinya dengan melakukan perkara yang berlanggar dengan syarak.

 

Contohnya seperti,

mereka bertudung dan mengenakan baju serta seluar ketat.

 

mereka bertudung jarang hingga menampakkan leher dan rambut mereka.

 

mereka bertudung tetapi berpangangan tangan dengan lelaki yang entah siapa-siapa, bercumbu-cumbuan, malah ada yang berzina sedang mereka memakai tudung !

 

Lalu naik di dada-dada akhbar atau viral di internet tentang berita yang bertajuk seperti

‘Wanita bertudung kantoi berzina’ !

 

Ya ! itu yang akan mereka high light kan..

 

Lalu akan ada yang berkata,

‘baik lagi aku, tak pakai tudung tapi takdalah sampai berzina’.

‘orang bertudung ni pun semua sama je, bukannya baik pun’.

‘baik tak payah pakai tudung, yang penting hati baik’.

 

Terhapus, tergores dan tercalar, malah terkoyak nilai-nilai dan kebaikkan wanita menutup aurat sekaligus mencacatkan lagi pandangan masyarakat terhadap Islam.

 

……………………………………

 

Saya menulis entry ini dengan rasa penuh kekesalan, kecewa malah malu dengan sikap segelintir wanita bertudung. Ya, walaupun mereka hanya bertudung dan bukan menutup aurat sepenuhnya, tetapi tudung yang mereka pakai itu membawa imej dan nama kepada Islam.

 

Saya berharap sangat, kemuliaan wanita bertudung dan menutup aurat kembali terangkat.

 

Ayuh mula dari diri kita sendiri.

 

KEMBALIKAN GAH WANITA BERTUDUNG !

 

………………………………………

 

Firman Allah berbunyi :

“ dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi suadara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (SURAH AN-NUR:31)

 

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (SURAH AL-AHZAB : 59)

Wallahua’lam..

jilbab

5 CARA SUAMI BANTU ISTERI MERASAI KEINDAHAN RAMADHAN

dian

Ramadhan bakal kunjung tiba tidak lama lagi, sekitar 60 hari saja lagi..

Keindahan dan kenikmatannya sangatlah dinanti-nanti buat sang pencinta ilahi..

Namun, sayangnya tidak semua yang menanti itu mampu menikmati ramadhan dengan sepenuh hati. Dek kerana rumah tangga yang memerlukan komitmen seorang isteri dan mommy.

Ini bukan alasan, tapi ini reality !

Tahukah kita betapa ramai para ibu yang rindu untuk solat tarawikh di masjid, merasai kekhusyukan dalam kedamaian di rumah Allah di samping alunan bacaan imam yang merdu.

Tahukah kita betapa ramai para ibu yang rindu untuk berlumba-lumba menghabiskan bacaan al-Quran ketika ramadhan tetapi gagal melakukannya..

Tahukah kita betapa ramai para ibu rindu untuk berqiamulail di masjid dikeheningan dua per tiga malam penghujung ramadhan seperti mana yang sering mereka lakukan ketika mereka masih bujang..

Namun, kini itu semua tinggal nikmat yang hanya menjadi kenangan dan berharap moga nikmat itu akan kembali 15 tahun akan datang ketika anak2 sudah cukup dewasa untuk dilepaskan.

Tetapi sebenarnya dengan bantuan dan kerjasama suami, insyaAllah para ibu dapat juga merasai nikmat kedatangan penghulu bulan itu.

Antaranya :

  1. BERI CUTI MASAK KEPADA ISTERI

Masuk saja bulan ramadhan, semua orang berlumba-lumba untuk melipat gandakan amalan ibadah dan kerohanian. Suami sepatutnya cuba bertoleransi dengan isteri mereka dan beri peluang kepada isteri mereka beribadah. Ye, menyediakan hidangan buat suami dan keluarga juga merupakan ibadah. Tapi isteri juga ingin bertemu dengan Allah dan beribadah..

Oleh itu, antara solusinya..

Beli makanan berbuka dan sahur di luar/bazaar ramadhan..

Atau,

Makan lauk masakan isteri yang telah disimpan dalam freezer. Isteri masak banyak sekaligus mungkin seminggu sekali dan simpan lauk pauk di dalam freezer untuk dijadikan lauk berbuka dan bersahur selama seminggu.

Dengan cara itu, dapat membantu isteri mengurangkan masanya dari terperuk di dapur dan dapat focus kepada ibadah. Badan isteri pun takdelah letih. Penattt kott masak ni..

Suami bertahan la sikit ye, untuk sebulan je.. J

Isteri pulak, jangan la amik kesempatan plak.. duk ngadap henpon main whatsapp la, facebook la, instagram laa… tapi manfaatkan sepenuh masa untuk beribadah kepada Allah..

Para isteri patut bersyukur kalau dapat suami yang boleh bertoleransi, terutama bab makan ni ..

  1. GILIR-GILIR JAGA ANAK KETIKA SOLAT TERAWIH DI MASJID

Cara ini Alhamdulillah kami sudah cuba tahun lepas. Alhamdulillah dapat jugak saya merasa kenikmatan solat terawih di masjid.

Seeloknya suami bawa isteri dan anak2 ke masjid ataupun surau yang buat solat terawih sebanyak 20 rakaat. Suami solat terawih bersama imam 8 rakaat pertama, kemudian tukar giliran jaga anak dengan isteri dan isteri pula solat terawih berjamaah dengan imam 8 rakaat seterusnya.

Sekurang-kurangnya, dapat jugak isteri solat terawih di masjid.. takdelah duduk rumah jaga anak sambil tengok drama.. ingat best ke camtu..huhu

Dalam masa yang sama, kita dapat jinakkan anak2 kite dengan rumah Allah.

Seeloknya pergilah ke masjid yang agak luas dan besar kawasannya, contohnya macam masjid putra, masjid besi, masjid shah alam… so anak2 pon bole bebas bergerak dan takdelah mengganggu jemaah sedang solat.

  1. CARI BAJU RAYA SIAP-SIAP SEBELUM KEDATANGAN RAMADHAN

Tips ni bukan hanya untuk isteri, tapi untuk suami juga. Sebab kebiasaannya orang akan sibuk membuat persiapan raya seminggu sebelum kedatangan syawal. Sedangkan sepatutnya 10 terakhir ramadhan lah kita patut memaksimumkan lagi ibadah kita. Macam semua orang tahu, 10 malam terakhir ramadhan ada terselit padanya malam lailatul qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tapi orang kita, time tu la nak pegi beli baju raya bagai.. terawih pun tak pergi. Bangun solat malam tak larat. Zikir kurang. Baca Quran jarang.. mana taknya, otak dan badan penat membuat persiapan untuk syawal.

Jadi, cubalah untuk buat persiapan raya sekurang2nya sebulan sebelum ramadhan. Cari baju raya siap2. Kalau ada kuih raya awal, lagi bagus.. huhu.. biarlah kita beli baju raya mahal sikit berbanding sehari dua sebelum raya, memang promosi gile2 time tu. Tp asalkan kita tetap dapat memelihara kualiti ibadah kita dan dapat memaksimumkan ibadah pada penghujung ramadhan. Uii, berbaloiii tu… berkorban demi Allah..

Bukannya kita beriya-iya nak sambut syawal sedangkan ramadhan pun tak masuk lagi.. tapi, kita berusaha untuk menjaga kualiti ibadah kita pada hari-hari terakhir ramadhan. Bukannya time tu la nak sebok2 buat persiapan. Rugi wehh… rugii…!!!

  1. SUAMI FOLLOW UP ISTERI

Sebagai imam di dalam keluarga, suami sepatutnya semak dan follow up ibadah isteri dan anak2nya. Contohnya seperti, Tanya isteri

hari ni awak dah habis baca quran sejuzuk belum?’ kalau belum, suruh dia buat.. ataupun baca bersama2 isteri dan anak2. Maklumlah, perempuan ni kadang-kadang suka juga curik tulang.

Kejut isteri untuk solat malam.

Semak zikir harian isteri, cukup atau tidak.

Barulah isteri lebih serius untuk beribadah, takdelah nak ngadap dan melayan bisnes online 24jam.

  1. BAGI GALAKAN DAN DORONGAN KEPADA ISTERI

Bagi semangat kepada istri untuk menghargai peluang merasai kedatangan ramadhan.

Ingatkan isteri betapa dia beruntung mendapat suami yang sangat mengambil berat tentang ibadah dan memberi peluang kepadanya untuk merasai nikmat ramadhan.

Ceritakan kepadanya betapa besar harapan anda sebagai seorang suami inginkan dia menjadi ketua bidadari di syurga nanti.

Sekali sekala, bawa isteri berqiamulail di masjid2 yang agak selesa. Seperti masjid shah alam. Hidupkan malam ramadhan bersama-sama keluarga.

ramadhan_is_coming_by_littlemuslimah-d52g5if

Semoga dengan toleransi para suami, dapatlah para isteri merasai nikmat ramadhan dan mendekatkan lagi hubungan dia dengan Allah disamping meningkatkan lagi ketaQwaannya.

Kalau isteri malas jugak nak beribadat, tarik balik segala keistimewaan yang dah diberikan. Suruh die masak sehari 7 kali. Hoho..

Terima kasih buat kalian, para suami yang sanggup bertoleransi dan sangat menitik beratkan ibadah isteri kalian..

 

Terima kasih juga buat suami saya yang hensem sebab sangat bertoleransi dengan saya 🙂

 

Wallahua’lam..

AKU INGIN MENULIS KERANA ALLAH..

Sahaja aku menulis-

بسم الله الرحمان الرحيم

Jari kaku seketika seusai menaip kalimah ‘basmallah’.. kemudian kaku lagi seusai menaip ayat pertama… hmm, maklumlah.. sudah lama jari tak menari di keyboard utk di post ke blog. Otak tepu memikirkan ayat dan idea apa yang hendak disampaikan.

Sedar tak sedar, sudah 3 tahun saya tak update blog..

Yeee… 3 tahun..!!

Diulangi sekali lagi.. 3 tahun..!!!

IMG_3169

Allahu rabbi, lama betul saya ‘berehat’ dari dunia penulisan maya. Ntahla, berehat seketika atau berehat selamanya..

Kali terakhir saya menulis entry utk muslimah versatile adalah sebulan sebelum pernikahan saya. Ini sudah tahun ketiga saya mendirikan rumahtangga. Allah, mungkinkah ini fitnah selepas perkahwinan yang kerap diperkatakan??

Tidak, bukan salah suami saya. Suami saya seorang yg supportive. Die kerap mendorong saya untuk terus menulis. Tapi diri ini yang lemah dan manja. Banyak  beralasan.. itulah, inilah.. padahal semua alasan itu boleh aja ditepis..

Sudah-sudahlah tu shazareen..! cukuplah berehat.. teruskan usaha dakwah penulisan.

Saya sering punya idea utk dikongsikan.. tp saya cipta alasan untuk menulis..

Ramai juga visitors yg respon dan bertanya sesuatu di ruangan comment blog saya, tp saya hanya pandang sebelah mata dan biarkan ia berlalu begitu saja..

Allah.. betapa besar kesalahan saya..

Betapa besar dosa saya kerana membiarkan persoalan2 mereka, sedangkan mereka mencari ilmu dan mereka ingin tahu..

Ya rabb..!! ampunkan aku…

Doakan saya, doakan moga2 ini bukan entry terakhir saya..

Doakan saya terus istiqomah dalam dunia penulisan..

Doakan saya ikhlas dan Allah menerima penulisan saya sebagai usaha saya untuk menyebarkan dakwah..

Doakan saya agar tidak tersasar dari dunia dakwah..

Dan doakan saya agar saya mati dalam jalan dakwah…

Ya Allah, ampunilah aku.. kuatkan langkahku, gagahkan jari jemariku, ligatkan fikiranku, permudahkan urusanku dan terimalah amalanku..

Tolonglah ya Allah.. bantu aku..

Kerana aku tidak mahu menjadi ‘pendakwah tahi ayam’ …

 

Arwah Siti Hajar ; Tak Terkenal di Bumi, tp Terkenal di Langit

arwah siti hajar

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Walaupun saya tidak pernah mengenali siapa beliau semasa hayatnya, namun membaca kisahnya benar-benar mambuatkan hati saya sedih dengan pemergian mujahidah satu dalam seribu ini.

Subhanallah, kuasa Allah dalam merancang segalanya. Dengan pemergian Siti Hajar, ribuan jiwa telah tertampar dan tersedar dari lena dunia yang telah melalaikan kita dari gigih berdakwah dan bertawakkal kepada Allah. Moga kesan tamparan ini akan terus kekal, bukan hanya sekadar retorika.

Ketika hayatnya, tiada yang sedar akan kewujudannya serta tiada yang mengenalinya. Namun, setelah dia pergi buat selamanya.. Kisahnya seakan-akan menjadi sebahagian dari lembaran sejarah.. Nama dan kisahnya kini menjadi topik berbualan masyarakat. Bukan sekadar di bibir, tetapi juga di alam cyber. Tidak keterlaluan rasanya jika saya mengatakan mujahidah ini adalah seperti UWAIS AL-QORNI abad ini.

Pemergian Arwah Siti Hajar memberi sejuta ‘ibrah(pengajaran) buat jutaan manusia yang mengetahui kisahnya.

Semoga Arwah Siti Hajar tenang di sana.

**Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan “kenapa senyum?”
Dia jawab…”Ada bau wangi sangat”.
“Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
“Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
“mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
“Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

ANTARA WANITA DAN HANDPHONE ; MANA LEBIH TINGGI NILAINYA

341828

Telefon mudah alih atau lebih glamour dengan panggilan handset, kini seakan-akan menjadi asset yang wajib dimiliki oleh setiap individu untuk memudahkan segala urusan dan perhubungan di zaman era globalisasi ini.

Melangkah tahun 2013 telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note 2, iPhone 5 dan sebagainya kian mendapat tempat di poket mahupun handbag masyarakat  yang sudah  tidak mengenal usia sama ada remaja, dewasa, mahupun golongan veteran.

Dengan bermodalkan wang sejumlah kira-kira RM2500 ‘sahaja’ telefon pintar keluaran terbaru yang di idam-idamkan manusia seantero dunia pasti dapat kita dimiliki.

Setelah memiliki handset itu, sudah pasti kita akan menjaga dan melindungi handset tersebut seperti menjaga nyawa kita sendiri. Handset itu akan dipakaikan dengan housing atau casing  yang mahal dan berkualiti demi untuk menjaga handset itu dari sebarang kerosakan atau calar. Namun ada juga pemilik yang hanya mampu menyarungkan housing murahan kepada handset mahalnya itu, asalkan matlamat untuk memelihara handset itu dari sebarang kerosakan atau calar tercapai. Sudah semesti Design dan colour yang menarik akan menjadi pilihan si pemilik handset untuk menyarungkannya  ke handset mahal itu.

Tidak cukup dengan itu, bahagian skrin handset yang luas, pasti akan diletakkan dengan ‘screen protector’ supaya permukaan skrin tidak akan tercalar dan sentiasa kelihatan seperti baru dan menjamin keselesaan pengguna.

Andai aurat wanita terpelihara seperti terpeliharanya handset ini

Andai aurat wanita terpelihara seperti terpeliharanya handset ini

Untuk menunjukkan rasa beharganya nilai henset seperti itu , sudah semestinya handset itu akan dijaga dengan rapi. Dikendong bagai mendukung anak yang baru lahir. Hatta jika ada tangan-tangan lain yang ingin meminjam sebentar handset itu pasti anak mata kita tidak akan berhenti mengekori dan memerhati handset kesayangan kita. Dan apabila orang itu menjatuhkan handset secara tidak sengaja, hati kita pasti tersentak dan seakan-akan hendak memarahi orang yang menjatuhkan handset itu. Malah, mungkin ada yang memang akan memarahi orang itu. Bukan kerana apa, tapi kerana bimbangkan keselamatan handset mahalnya  dari rosak dan tercalar.

Jika handset itu dijaga dengan rapi, biarpun bertahun lamanya handset mahal itu dipakai, namun apabila dibuka housing dan screen protector itu, handset itu akan kelihatan seperti baru.

Saat itu barulah kita sedar dan rasa berbaloi menghabiskan duit untuk membeli aksesori berkualiti dan mahal demi  menjaga kehalusan dan kelembutan handset kesayangan kita itu.

ANALOGI

Baiklah, sekarang ayuh kita lihat persamaan yang boleh kita dapati antara handset dan wanita.

Sedar tak sedar, penjagaan handset masa kini boleh diumpakan seperti penjagaan aurat dan harga diri wanita. Tetapi apa yang pasti nilai harga diri seorang wanita jauh lebih tinggi berbanding nilai sebuah handset.

Handset model terkini mungkin boleh di dapati dengan nilai  RM 2 500, tetapi untuk mendapatkan wanita dan dijadikan isteri pada ‘zaman ini’ sudah semestinya jauh lebih tinggi nilai yang perlu dikeluarkan .

Yang terkini, rakyat Malaysia disibukkan pulak dengan berita hangat  mas kahwin bagi perkahwinan  Khairul Fahmi Che Mat (Apek) penjaga gol kebangsaan dan isterinya Leuniey adalah sebanyak  RM 19 000. Malah, ada juga wanita yang mas kahwinnya mencecah puluhan ribu. Namun, tidak dinafikan masih wujud lagi wanita yang hanya meminta senaskhah al-Quran sebagai mas kahwinnya dan kita sedia maklum bahawa sebaik-baik wanita adalah wanita yang merendahkan mas kahwinnya.

Perlu diingatkan nilai seorang wanita bukan sekadar pada mas kahwin saat ijab Kabul dilafazkan,malah bernilainye seorang wanita yang dijaga akhlak dan keperibadiannya, kerana itu Suami yang sedar akan tingginya harga diri dan maruah isterinya pasti akan menyuruh isterinya untuk menutup aurat. Malah ada suami yang akan membelikan tudung untuk isteri kesayangannya agar aurat isterinya terjaga. Ada juga suami yang gemar memilihkan tudung untuk isteri agar isteri tampak berseri serta menjaga aurat walaupun bertudung.

Tidak cukup dengan tudung, si suami pasti akan membelikan aksesori tambahan untuk isterinya seperti stokin dan sarung tangan bagi memastikan aurat isterinya lebih terjaga. Malah ada suami yang menggalakkan isterinya untuk memakai purdah agar kejelitaan dan kecantikan isterinya tidak ditunjukkan kepada lelaki lain yang tidak layak melihatnya.

Segala pergerakan dan tingkah laku isterinya pasti akan diperhatikan. Anak mata hitam cemburu sang suami pasti akan mengekori lelaki-lelaki yang cuba untuk mendekati isterinya. Mana-mana lelaki yang berani menyentuh atau mengusik isterinya itu, sudah pasti hati sang suami tersentak lalu ingin memarahi lelaki itu.

Segala eksesori tambahan yang dipakai oleh wanita itu hanya akan dibuka dihadapan suami dan mahramnya menunjukkan betapa terjaga kesucian diri seseorang wanita itu tanpa sebarang kerosakkan dan calar pada wanita itu secara zahir dan batinnya.

MUHASABAH

Wanita sanggup melindungi handsetnya dari sebarang kesan calar yang bakal mencacatkan handsetnya tetapi kadang-kadang wanita alpa dan leka untuk melindungi dirinya sendiri dari di calarkan oleh azab api neraka yang panas dan pedih.

Lelaki pula sanggup bersusah payah menjaga dan melindungi handsetnya dari terlihat kesan gores di setiap permukaan handset tetapi kadang-kadang mereka terlupa untuk menyelamatkan isteri dan kaum keluarganya sekali gus menyelamatkan dirinya sendiri dari di gores oleh api neraka yang tajam.

Jangan pernah ambil mudah tentang aurat

Jangan pernah ambil mudah tentang aurat

Kadang-kadang saya melihat harga diri dan maruah Handphone ciptaan manusia yang tidak berperasaan dan berakal itu lebih tinggi berbanding nilai dan harga diri seorang wanita.

Kadang-kadang saya melihat para suami lebih bertanggungjawab dan konsisten menjaga nilai dan harga diri handphone kesayangannya berbanding menjaga maruah dan harga diri isterinya sendiri.

Kadang-kadang wanita terlupa di akhirat nanti Allah pasti akan mempersoalkan tentang penjagaan harga diri dan auratnya, bukannya nilai HANDPHONE nya!

Kadang-kadang suami juga terlupa di akhirat nanti pasti Allah akan mempersoalkan tentang tanggungjawabnya mendidik, menjaga serta membimbing isteri dan anak perempuannya ke jalan yang diredhai Allah, bukannya penjagaan yang diberikan kepada HANDPHONE nya !

Jangan sampai martabat HANDPHONE lebih mulia dari diri kita… nauzubillah..

 

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ   ( النور: 31 )

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur, ayat 31)

Wallahua’lam..

Minda Muslimat PEJUANG

oleh : NOR ZULIANA NORDIN

ERTI SEBUAH PERJUANGAN

Semua orang enak berbicara tentang perjuangan, alunan nasyid yang berkisar perjuangan juga terlalu banyak di pasaran, terkadang ada juga yang mengakui dirinya adalah seorang pejuang yang berjuang untuk sebuah perjuangan, namun apabila ditanya apakah makna perjuangan yang sebenarnya? Pasti di sana pelbagai jawapan yang bakal muncul dari bibir-bibir manis mereka yang menggelarkan diri seorang pejuang.

Pejuang adalah seorang yang memperjuangkan sesuatu yang ingin dicapai ataupun mempertahankan sesuatu yang dimiliki, matlamat yang ingin dibawa bergantung kepada apa yang ingin diperjuangkan samada matlamatnya bersifat individu ataupun demi kemaslahatan bersama. Begitulah pentaarifan umum yang seringakali kita dengari.

 

MUSLIMAT PENGGERAK PERJUANGAN

Hadirnya Islam membawa erti perjuangan ini dengan lebih jelas, pembawa risalah Islam baginda Rasulullah S.A.W telah mempamerkan kepada umatnya perihal perjuangan yang diperjuangkan oleh baginda dalam membawa risalah ISLAM ini ke seluruh pelusuk muka bumi. Perjuangan yang membawa manusia mengenali penciptanya dan perjuangan yang membawa manusia ke arah mencapai keredhaan Ilahi. Inilah matlamat perjuangan yang sebenarnya diinginkan, menjadi pewaris kepada perjuangan yang di bawa oleh baginda S.A.W serta meneruskannya dengan taat dan penuh istiqamah.

Seringkali kedengaran di sebalik sebuah perjuangan yang dibawa oleh satu gagasan pasti mempunyai golongan wanita yang menjadi obor kepada perjuangan tersebut. Begitu juga dengan perjuangan Islam, sekiranya disingkapi sejarah kebangkitan Islam, pasti ditemui nama-nama srikandi Islam yang turut sama memperjuangkan RISALAH ini. Benarlah firman Allah Taala dalam surah at-Taubah ayat 71:

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ٧

dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

SEJARAH KEGEMILANGAN MUSLIMAT

Tercatit dalam lipatan sejarah yang telah membuktikan bahawa penglibatan muslimat dalam perjuangan Islam bukanlan suatu perkara yang baru, bahkan kejayaan, kemenangan dan keunggulan kaum muslimat menjadi sayap kanan perjuangan Islam telah berjaya dibuktikan. Peranan Muslimat di kalangan kaum wanita adalah penting dalam usaha menyeru ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Keterlibatan kaum muslimat dalam medan perjuangan ini mampu diseimbangkan antara dua genetik lelaki dan perempuan dalam mencapai tujuan dan matlamat yang sama tanpa ada perbezaan.

Di awal kebangkitan islam kaum muslimat telah muncul di dalam membantu perjuangan Rasulullah S.A.W, satu kisah yang cukup menarik untuk dikongsi bersama. Kisah seorang srikandi Islam yang kian dilupai dek zaman yang telah berlalu sehingga meninggalkan sejarah berharga ini.

Nusaibah binti Ka’ab atau lebih dikenali sebagai Ummu Umarah merupakan seorang pejuang yang teguh berdiri tatkala ramai yang berundur, beliau juga merupakan seorang ibu yang mengarahkan anaknya di kala cedera parah agar kembali menyertai saf peperangan Uhud tatkala sedang sengit, malah bersedia menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah SAW. Sebagai balasan, beliau dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W menjadi teman baginda ketika di syurga kelak.

Beliaulah muslimat pertama yang menyertai pasukan perang Islam, menghadapi musuh-musuh Allah dengan keberanian yang cukup kental, Serangan bertubi-tubi oleh musuh membuatkan tubuh Nusaibah terluka dan berlumuran darah hinggakan beliau tidak sedarkan diri. Disaat sedarkan diri perkataan pertama yang keluar dari mulutnya adalah, “di mana Rasulullah?” “Apakah engkau tidak sedar bawah lukamu sangat parah, darahmu terus mengalir tanpa henti,tenagamu telah habis, anakmu yang makin dewasa, mengapa kau menanyakan Rasulullah?” Nusaibah menjawab. “Mereka bukanlah Nabi Muhammad, meraka bukan yang membawa risalah Islam. Sesungguhnya aku berperang kerananya dan aku sedia mati kerananya (risalah islam).” Khabar tentang selamatnya Rasulullah telah mengembalikan semangat ke dalam dirinya sehingga mampu membuatkan dirinya terlupa akan luka yang menghiris dirinya.

Demikianlah keberanian yang terlihat dalam diri Ummu Umarah yang telah mengibarkan panji-panji Islam. Beliau berusaha sehabis dayanya untuk melindungi dan membela Rasulullah S.A.W. Ummu Umarah telah berjuang dan manghadapi 12 kesan luka pada tubuhnya. Beliau juga merupakan seorang ibu yang memberikan perhatian yang serius kepada anak-anaknya, Habib dan Abdullah. Sehinggakan mampu memenuhi hati mereka dengan keimanan, jiwanya dengan keberanian dan fiziknya dengan kekuatan.


MINDA MUSLIMAT PEJUANG MASA KINI

Kita kembali ke dunia realiti hari ini, masih wujudkah muslimat sekental Nusaibah? Penuh dengan semangat dan kebaranian, serta mampu membentuk keluarga dan anak-anak menjadi pejuang islam. Inilah antara ikon muslimat yang kita inginkan,hanya muslimat yang meletakkan perjuangan dalam minda mereka mampu mengulangi sejarah srikandi agung ini. Andai minda sudah mengatakan tidak kepada sebuah perjuangan, jangan diharap diri mampu menggalas amanah besar ini.

Lantaran itu kebangkitan muslimat hari ini perlu disemarakkan bagi mengulangi sejarah kegemilangan yang pernah menjadi sinar-sinar dalam kebangkitan Islam suatu ketika dahulu. Minda muslimat pejuang sama sekali tidak boleh memisahkan dirinya daripada dunia dakwah. Cabaran masa kini sudah tidak dapat menerima sebarang alasan untuk membiarkan sahaja golongan muslimat berkawan dengan periuk dan kuali sahaja di saat anak-anak gadis remaja kian menjadi taruhan kepada ideology barat sehingga menggadaikan maruah serta memaksa mereka memberontak untuk melawan nalurinya, lantas melangkah keluar dari batasan syariat, hasilnya golongan wanita menjadi mangsa penganiayaan, wanita diperalatkan untuk mencari nafkah, wanita diexplotasi demi mencapai keseronokan yang haram atau mendapat pendapatan yang haram. Kita tidak inginkan minda muslimat hanya memandang medan perjuangan hanya berlegar di dalam keluarga, sehingga mengenepikan persoalan ummah yang kian meruncing.

Generasi muslimat yang kita cita-citakan adalah muslimat yang mempunyai minda perjuangan dan rela untuk membawa obor perjuangan ini bersama kaum muslimin. Antara elemen yang paling utama untuk melahirkan minda muslimat pejuang adalah:

  1. Berjiwa daie berotak faqih menjadi keperluan bagi masyarakat hari ini kepada muslimat yang mampu menguasai ilmu dan thaqofah dalam proses menerapkan islam dengan cara yang lebih praktikal terutama dalam bidang kewanitaan. Kekurangan yang dihadapi oleh umat Islam ialah kurangnya pakar-pakar di dalam ilmu-ilmu yang tertentu mengakibatkan pergantungan yang ketara kepada orang lain yang bukan Islam.
  2. Pemantapan fikrah perjuangan islam yang sebenar perlu diterapkan agar menjadi kelangsungan kepada tuntutan yang diperlukan kepada golongan muslimat dalam melaksanakan peranannya. Proses pentarbiahan yang berkesan sangat membantu para muslimat untuk membina jati diri seorang muslimat pejuang, namun perlu diingatkan berapa ramai yang melalui proses pentarbiahan akhirnya layu di medan perjuangan yang sebenar.
  3. Pembinaan syakhsiah dan akhlak yang betul-betul menepati nilai-nilai seorang pejuang islam tidak kira dari aspek pemakaian, adab-adab dalam pergaulan, serta uslub yang mampu memberi kesan kepada dakwah islam.
  4. Keikhlasan membawa risalah Islam merupakan perkara yang paling utama perlu diberi perhatian agar, setiap gerak geri kita tidak mengundang kepada rasa futur untuk meneruskan perjuangan yang bukannya dihampari dengan permaidani merah, malah perjuangan yang penuh onak durinya. Perlu diingatkan hanya dengan keikhlasan kita mampu istiqamah dan terus bersemangat dalam menyambung perjuangan yang mulia ini.
  5. Sokongan dari kaum adam amat-amatlah diperlukan untuk membawa golongan muslimat berada di medan perjuangan islam yang cukup mencabar ini. Muslimat tidak akan mampu untuk berdiri hanya dengan kudratnya yang terbatas melainkan dengan bantuan kaum muslimin yang turut sama membenarkan para isteri-isterinya melibatkan diri dalam medan perjuangan ini. Amatlah menyedihkan jika disaat kaum muslimat diperlukan untuk menjadi obor kepada perjuangan ini ianya disimpan hanya untuk kepentingan peribadi.

 

Muslimat dalam mendepani cabaran globalisasi hari ini mestilah mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap janji-janji Allah yang telah dirakamkan dalam kitab sucinya, tanpa menafikan cabaran muslimat masa kini samada dari sudut masa, keluarga, dan anak-anak sudah cukup mencabar jiwa seorang muslimat namun dengan semangat yang kental dan keyakinan dengan janji-jani Allah perjuangan ini harus diteruskan kerana inilah sunnatullah yang perlu dilalui. Sebagaimana firman Allah Taala didalam surah at-Taubat ayat 24:

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ (٢٤)

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

Jika Nusaibah sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kelangsungan Islam, adakah kita juga sanggup? Adakah sejarah pengorbanan Nusaibah hanya sekadar lintasan sejarah? Apakah bezanya kita dengan Nusaibah sehingga kebanyakan daripada kita sering memberi alasan untuk berkorban demi Islam? Nusaibah adalah wanita biasa, sama seperti kita. Yang membezakan antara kita dan Nusaibah adalah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Adakah mustahil untuk kita memiliki iman sehebat Nusaibah? Tidak wahai muslimat, semua itu tidak mustahil! Setiap daripada kita berpeluang beriman kepada Allah sehebat Nusaibah dan tidak mustahil untuk menjadi lebih hebat daripada Nusaibah.

Bangkitlah minda muslimat pejuang dalam menyedari masyarakat islam tidak mungkin akan terbina dan terbentuk jika golongan wanitanya tidak memahami islam, tidak mengamalkan islam dalam kehidupannya, tidak berdakwah ke jalan islam, tidak melahirkan generasi pejuang islam,tidak mengasuh anak-anak dengan adunan perjuangan yang hakiki dan tidak menyokong suaminya agar menerapkan islam. Kerana itulah banyakknya tuntuntan yang menuntut peranan dan pengorbananmu wahai muslimat pejuang islam

wallahua’lam..

PAHALA KITA MENJADI MILIK ORANG, DOSA ORANG MENJADI MILIK KITA

Risau memikirkan nasib diri.. sudahlah pahala yang berjaya dikumpul tidak seberapa banyak nak dibandingkan dengan dosa yang berjaya di galas. Inikan pula kesemua pahala itu hendak diberikan kepada orang lain dan kemudiannya digantikan pula dengan dosa yang banyak. Apa yang bakal saya terima di akhirat nanti? Mampukah saya menyelamatkan diri dari seksa neraka Allah?

Saya pasti ramai yang tahu tentang hal dan keadaan ini, cuma tidak sedar dan sedikit terlupa akan hal ini, termasuklah diri saya. Mengumpat merupakan satu kebiasaan dalam kehidupan seharian kita tanpa disedari. Boleh dikatakan tak sah kalau kita tidak mengumpat dalam sehari. Mudah kata, tiap-tiap hari kita mengumpat. Semua orang tahu Islam tidak membenarkan penganutnya saling mengumpat antara satu sama lain, tapi ramai tidak sedar yang dia sebenarnya sering mengumpat pada hampir kesemua perbualannya.

Fenomena ini seakan-akan tiada jalan penyelesaiannya. Semua peringkat tak kira tua, remaja, kanak-kanak, lelaki, perempuan, pensyarah, engineer, akauntan dan semua jenis pekerjaan sukar untuk melepaskan diri dari masalah ini.

Sehinggakan saya pernah terdengar suara masyarakat yang mengatakan dan berpandangan bahawa

“kita takkan dapat lari dari mengumpat, sedangkan ustaz dan ustazah yang kita lihat alim pun mengumpat, inikan pula kita”.

Inilah kelemahan golongan ustaz ustazah, tidak mampu menjadi roll model ataupun qudwah kepada masyarakat kini. Tidak dinafikan ada golongan ustaz ustazah yang begitu menitik beratkan masalah ini dan berjaya mengawal dirinya dari masalah ini, tetapi masyarakat tetap melihat kumpulan ustaz ustazah yang serba kekurangan.

Pensyarah saya di Syria pernah membuat perumpamaan tentang mengumpat. Dia menggambarkan bahayanya perbuatan ini seolah-olah kita menyumbat kesemua pahala kita ke dalam meriam untuk dijadikan peluru, dan kemudiannya kita menembak kesemua pahala kita kepada orang yang sedang kita umpatkan. Akhirnya kita menjadi muflis. Segala hasil penat lelah kita melakukan ibadah hilang begitu sahaja.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat nnt seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. 

Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui“. 

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Nauzubillah.. Moga kita jauh dari golongan tersebut.

Masyarakat sering mengatakan bahawa golongan wanita yang  paling kerap membicarakan perihal orang lain. Tapi setelah saya mendampingi masyarakat dari semua lapisan serta membuat penilaian melalui pemerhatian saya, ternyata penyakit ini bukan hanya dijangkiti oleh kaum hawa. Bahkan kaum adam tidak ketinggalan dalam permasalahan ini. Malah kadang-kadang lebih pedass ayatnya. Cuma mungkin kaedah pemahaman kita yang berbeza. Yelah, biasanya ape yang di celotehkan kaum hawa di katakan meluah perasaan, tapi secara tidak langsung ia menjadi satu umpatan. Kaum lelaki pula sering di lihat mengutuk seseorang, kononnya nak kata orang lain tak pandai buat kerja ataupun dia saja yang betul ataupun dalam erti kata lain suka meng’komen’, secara tidak langsung juga kita sudah menjangkitkan diri kita dalam penyakit ini.

Kadang-kadang bila ditegur,

“ Ish cik kiah… tak baik mengumpat”

Kita akan dibalas dengan,

  “ Aku bukan mengumpat.. aku cakap benda yang betul apee..”

Masyarakat kini mula keliru antara mengumpat dan fitnah. Sesuatu yang benar tentang seseorang itu di ceritakan oleh seseorang itu iainya adalah mengumpat. Manakala sekiranya seseorang itu menceritakan sesuatu yang tidak benar mengenai orang yang diceritakan itu, maka ianya adalah fitnah.

Oleh itu, kita perlu sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini agar kita tidak menjadikan mengumpat sebagai amalan harian kita tanpa kita sedari.

Berzikirlah.. semoga dengan berzikir dapat menambahkan lagi ketakutan kita terhadap siksa Allah.

Beristighfarlah.. semoga dengan beristighfar dapat menghapuskan dosa-dosa lepas kita.

Lupakanlah segala rasa tidak puas hati terhadap orang lain.. kerana syaitan akan terus menghasut diri kita untuk merenggangkan lagi ukhwah sesama anak adam.

Tegurlah.. berikanlah teguran sekiranya kita terdengar orang sekeliling kita cuba memulakan perbualan dengan mengumpat.

Maafkanlah… maafkanlah kesalahan orang lain terhadap kita dan janganlah mengungkit kesalahan itu di hadapan orang lain.

Berdoalah.. berdoalah supaya Allah menjauhkan diri kita dari berterusan mengidap penyakit ini.

Akhir sekali, ingatkanlah kepada diri.. bahawa kita tidak akan mendapat apa-apa faedah sekiranya kita bercerita perihal orang lain, sama sekali tidak membawa keuntungan kepada kita, bahkan mendapat dosa dan meruntuhkan lagi hubungan baik kita yang sedia ada.

ويلٌ لكلِّ همزةٍ لمزةٍ.

(kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela)

Surah al-Lumazah, ayat 1.

Wallahua’lam..

Transit Cinta – Trend Muda Mudi Kini

This slideshow requires JavaScript.

Andai  bisa mata ini melihat kuantiti punggutan dosa yang berjaya dicatatkan oleh malaikat atib, sudah tentu diri kita akan melakukan sebanyak mana amal ibadah dan kebaikan bagi menampung dan memadam coretan hitam semata-mata untuk menyelamatkan diri kita dari menjadi  salah seorang penghuni neraka yang disiksa dengan azab Allah yang amat pedih.

Namun, itu semua takkan terjadi. Kita tidak mampu melihat ketulan dosa-dosa kita terapung-apung di udara untuk mengigatkan kita.  Bahkan, kita yang perlu sentiasa bermuhasabah agar diri tidak berlumuran dengan dosa dan maksiat.

Tapi hari ini, manusia seakan-akan tidak menghiraukan dosa dan pahala. Dosa kini bukan menjadi satu penghadang untuk kita melakukan perkara yang dimurkai Allah

Isu yang menjadi permasalahan besar hampir keseluruhan remaja masa kini adalah ‘transit cinta’ ataupun lebih glamour dengan panggilan ‘cinta monyet’. Destinasi cinta yang sepatutnya adalah menuju ke gerbang perkahwinan agar diredhai Allah. Cinta tidak berhajat kepada tempat persinggahan ataupun ‘transit’ seperti yang banyak berlaku kepada muda mudi zaman sekarang yang menghidupkan budaya dan suasana cinta sebelum kahwin.

Saya sering ditanya oleh insan-insan yang tidak mengira peringkat usia..

“ Sape pakwe awak?” , “ Boyfriend ape cite skrg?” , “Balak orang mane?” dan sebagainyaaa…

Bilamana saya menggelengkan kepala mengatakan bahawa saya tidak bercinta dengan sesiapa, mereka terkejut dan hairan. Bercinta sebelum kahwin juga kini seolah-olah adalah satu keperluan dan menjadi satu kewajipan. Realiti hari ini, menjadi satu benda yang pelik jika seseorang itu tidak mempunyai kekasih..melainkan orang itu baru saja ‘putus’ dengan bekas kekasihnya dan sedang menanti kedatangan kekasih yang lain.

Bergayut di telefon berjam-jam, keluar berdua-duan, saling bermasage-masage 24jam.. adalah menjadi kebiasaan kepada penumpang-penumpang transit cinta. Mereka menyangka apa yang mereka lakukan tidak berdosa, kerana apabila ditegur tentang ini mereka menyatakan yang mereka tidak membuat apa-apa kesalahan. Hanya sekadar bual-bual kosong dan keluar bersiar. Dosa dari kacamata para muda mudi yang bercinta sekarang adalah tatkala mereka terlanjur berzina. Maka tatkala ituu…mereka akan mengaku apa yang mereka buat itu berdosa.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang ertinya,

“Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.”

 (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah).

Dalam riwayat lain mengatakan :

“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).

Apa yang perlu diketahui oleh masyarakat kini adalah, walaupun percintaan hanya sekadar berbual kosong dan saling mengungkap ucapan saying ianya adalah zina lidah dan telinga. Walaupun hanya sekadar melihat wajah kekasih kita untuk mengambil semangat kononnya, ia dianggap zina mata. Walaupun hanya berpegangan tangan tidak lebih dari itu, ianya adalah zina tangan. Jadi berhati-hatilah dengan hubungan yang telah dijalinkan, kerana ia bakal membawa diri ke kantong penzinaan.

Hakikat sebenar konsep cinta dalam islam harus diketahui oleh para remaja agar tidak tersalah langkah. Bukan sekadar remaja, bahkan semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan ibubapa harus mengetahuinya bagi melahirkan suasana percintaan berlandaskan islam di dalam masyarakat kita.

Al-Qasim meriwayatkan Abi Umamah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

ما أحبَّ عبدٌ عبداً لله إلا أكرمه الله عزّ وجلَّ

”Orang yang mencintai sesame hamba Allah, semata-mata kerana Allahnescaya akan dimuliakan Allah”

-Hadis riwayat Imam Ahmad-

Mungkin agak sukar bagi anak muda di Malaysia untuk menerima konsep sebenar cinta dalam Islam yang melarang percintaan sebelum kahwin. 5 tahun dahulu, saya merupakan salah seoarang yang tidak bersetuju dengan konsep percintaan selepas kahwin walaupun pada waktu itu saya tidak mempunyai kekasih. Saya tidak dilahirkan dari keluarga yang serba tahu tentang agama, tidak juga dilahirkan dari sekolah pondok yang serba lengkap didikan agamanya. Malah saya dilahirkan dari sekolah menangah kebangsaan agama yang pengamalanya dan system pendidikannya secular. Jadi saya memahami jiwa-jiwa dan kehendak remaja yang tidak di dedahkan ilmu agama secukupnya.

Apa yang menjadi tanda Tanya  yang membuatkan saya tidak berapa setuju dengan konsep cinta selepas kahwin iaitu bisikan di dalam diri saya yang mengatakan..bolehkah pasangan suami isteri itu hidup bahagia setelah perkahwinan dalam keadaan mereka kurang mengenali sebelum berkahwin dan tidak bercinta?

Namun, persoalan itu terjawab setelah saya mendapat pentarbiahan diri di Syria. Banyak contoh pasangan suami isteri yang saya kenali di Syria mengamalkan konsep cinta selepas kahwin demi menggapai redha Allah hidup dalam keadaan yang amat bahagia. Setakat ini, tiada pun pasangan yang saya kenali itu bercerai berai ataupun bergaduh membaling kuali kerana kurang keserasian atau saling tidak memahami antara satu sama lain disebabkan kerana tidak bercinta sebelum kahwin.

Alhamdulillah.. suasana di Syria yang menjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan, bukan sekadar pergaulan luar, malah pergaulan telefon dan berinteraksi melalui yahoo messanger  dan alam maya juga diberi penekanan bagi mengelakkan berlakunya fitnah. Hatta gelaran ustaz dan ustazah di gunakan sesame lelaki dan perempuan untuk membina gap pemisah untuk menjaga hubungan dan tidak terlalu melampau-lampau dalam berinteraksi.

Malangnya suasana di Malaysia tidak begitu. Negara ini seakan-akan menggalakkan hubungan bebas diantara lelaki dan perempuan. Media, filem, drama, iklan di tv dan radio, majalah, facebook, buku-buku, keluarga, guru-guru.. semuanya memberi perangsang kepada anak muda untuk bercinta. Media membuatkan keinginan remaja membuak-buak untuk mendapatkan kasih sayang dari kekasih mereka. Jadi, salah ini kita tidak boleh menuding jari kepada remaja semata-mata.

Apa yang ingin saya sarankan kepada golongan muda mudi yang bercinta..bercintalah kerana Allah.. bercintalah untuk mendapat redha Allah. Jangan bercinta untuk mendapat nikmat sementara di dunia, tapi biarlah percintaan kita itu membuahkan hasil dan memberikan kita nikmat hingga ke syurga.

Jalan penyelesaian untuk membantu kita bercinta selepas kahwin adalah seperti yang di amalkan di semua filem yang di adaptasi oleh novel karangan Habiburrahman Asy-Syairazi. Iaitu sekiranya seseorang itu sama ada lelaki atau pun perempuan itu jatuh hati atau jatuh cinta kepada seseorang dan benar-benar ingin dijadikan calon suami/isteri, khabarkanlah hasrat anda kepada keluarga anda. Mintalah mereka sampaikan isi hati anda kepada lelaki atau perempuan itu. Seterusnya jika permintaan anda di terima, maka berdoa lah banyak-banyak agar Allah membantu kita untuk membina sebuah hubungan yang diredha Allah sebelum ke gerbang perkahwinan.

Wallahua’lam..

%d bloggers like this: