Category Archives: Projek Kemanusiaan

Pusat Dakwah Serantau (PDS)

Alhamdulillah, Pelajar Pusat Dakwah Serantau – P.D.S sudah masuk batch yang ke 8, sejak iainya ditubuhkan oleh Yayasan Amal Malaysia(YAM) pada tahun 2010 hasil dari idea Almarhum Tuan Guru Dato’ Harun Din.

.
Pelajar kali ini terdiri dari 25 pelajar Muslimat barasal dari pedalaman Sabah, Sarawak serta orang Asal. 4 orang dari mereka adalah muallaf.
Manakala pelajar lelaki kali ini terdiri dari 15 orang Sabah serta Sarawak dan 10 dari mereka adalah muallaf yang benar-benar baru beriman kepada Allah.

Mereka datang dari pelbagai latar belakang.

Pelbagai pengalaman silam.

Pelbagai harapan untuk mengubah diri dan keluarga.

.
Justeru dengan segunung harapan dan cita,  mereka memilih PDS sebagai tempat untuk mereka mendalami ilmu asas agama serta persiapkan diri untuk menjadi pendakwah ketika pulang ke kampung halaman kelak.

.
Lebih 300 orang lepasan pelajar PDS sudah bertebaran menyebarkan risalah dakwah di bumi Sabah dan Sarawak, Kemboja serta Philipine.

Sebahagian besar Alumni Pusat Dakwah Serantau yang hadir pada Majlis Graduasi kali ke 7 pada Julai 2017.

Apa lagi yang lebih menggembirakan kami tatkala mendapat khabar lepasan pelatih PDS yang kini bergelar Daie berjaya mengislamkan keluarga serta penduduk kampung mereka.

.
Apa lagi yang menggembirakan kami apabila melihat dan mendengar khabar lepasan pelatih PDS aktif melakukan aktiviti dakwah dan menyampaikan risalah agung.

.
Hampir kesemua mereka tidak mempunyai asas agama ketika menjejakkan kaki ke PDS.
Di PDS, ilmu sangat dititik beratkan. Jati diri dan keyakinan ditanamkan. Ukhuwah serta tekad disematkan. Harapan serta impian untuk pulang berdakwah dipasakkan.

.
Di PDS, tiada yuran dikenakan.

Tiada bayaran tempat tinggal serta makanan yang perlu mereka bayar.

Sesen juga tidak duit mereka digunakan bagi membeli tiket penerbangan untuk datang dari Borneo.

.
Malah mereka diberikan elaun setiap bulan.

Kitab-kitab pengajian juga turut diberikan secara percuma.

 
Semuanya adalah hasil infaq bersama masyarakat dan beberapa buah syarikat besar di Malaysia.

.
PDS komited untuk memberikan keselesaan dan khidmat terbaik buat mereka.

.
Namun, masih ada sedikit kekurangan dari segi keselesaan infrastruktur.

.
Dengan mengetepikan segala perasaan malu yang ada, saya dengan rendah diri ingin mengajak anda semua untuk sama-sama menyumbang tidak kira dari segi wang ringgit ataupun barangan.

.
Kami masih memerlukan beberapa keperluan seperti :

1. 2 unit penghawa dingin untuk kegunaan bilik kuliah.

2. Meja belajar.

3. Rak buku.

4. Buku teks.

.
Kami juga mengalu-alukan jika ada mana-mana individu yang ingin menaja pelajar PDS (individu) secara bulanan. Iaitu Rm50 sebulan.

.
Semoga dengan sedikit bantuan serta sumbangan kita, dapat memeriahkan lagi sinar dakwah dibumi Malaysia.

.
Jazakumullahu khairan Jaza’.

.
Sebarang pertanyaan : boleh pm atau call/whatsapp saya 013 7116210

*Mohon bantu saya sebarkan tentang usaha PUSAT DAKWAH SERANTAU dengan tekan butang SHARE. syukran ๐Ÿ™‚

Advertisements

Ziarah Syria 7 : Hala Sankari

Selepas selesai ke rumah Hibah di seksyen7, Bangi. Kami bergerak ke Seri Kembangan. Ada 3 rumah yang kami ingin ziarah disana.

Sebelum kami bergerak, kami shopping dulu beli barang keperluan. Cuba carik kedai yang murah2 semua jauh2. Terpaksa membeli belah di 99 Speedmart. Harganya agak mahal la sikit banding kita beli di Econsave. Tapi okla. Takdelah mahal sangat.

Amik gambo dulu sebelum bayar..hehe

Alhamdulillah, dah restock barang dalam kereta. Haa.. padat dah bonet tu. Barang2 untuk 3 buah keluarga ๐Ÿ™‚

Kena register dulu sebelum masuk. Parkingluar, terpaksa jalan jauh angkat barang2. Takpe, ape yang penting… Kerjasama.. hehe๐Ÿ˜

Kami seterusnya ke rumah Hala. Ini adalah kali kedua kami menziarahi keluarga Hala. Alhamdulillah, banyak perubahan positif pada diri dan keluarganya. Saya tumpang gembira dan bersyukur.

***************
Kisah Hala saya pernah ceritakan tempoh hari di Fb dan Blog. Kali ini ziarah saya kerumahnya buat kali ke 2.

.
Hala tinggal di Seri Kembangan. Berasal dari Halab(Aleppo). Tinggal di Malaysia bersama 3 lagi anaknya, Zubaidah, Muhammad dan Solah.

.
Hala merupakan ibu tunggal, bersendirian menyara anak2nya tanpa sebarang pekerjaan. Bila ditanya dari mana datangnya wang untuk bayar sewa rumah dan keperluan harian, katanya semuanya dari Allah. Ada saja yang hulurkan bantuan. Sedar-sedar ada sampul berisi wang terselit di bawah pintu. Ada saja plastik berisi makanan di depan pintu. 

.
Katanya sama juga seperti saya, Allah hantar saya entah dari mana datang membawa bekalan makanan.

.
Hala menghidap penyakit jantung. Sudah 3 pembedahan yang dijalankan. Ketika ziarah pertama saya tempoh hari, keadaannya nampak tenat. Mahu bercakap pun tidak bermaya. Pernafasannya seakan terganggu. Kata anaknya Zubaidah, Hala perlu menjalani satu lagi pembedahan dengan segera. Malangnya mereka tiada wang. Ubat-ubatan juga tidak mampu mereka beli.

.
Rumah mereka kosong, tanpa perabot. Yang ada cuma meja dan sebuah kerusi usang. Katanya pemberian orang.

.
Saya selalu teringat akan Hala.

 
Sabtu baru ini, saya tekad mahu ziarah kembali Hala. Entah apa khabar kesihatannya. Bimbang semakin tenat.

.
Saya cuba menghubungi Hala, tapi nombornya seakan sudah mati. Pintu kami ketuk sekuat hati, namanya kami panggil entah berapa kali. Tiada yang menyahut.

.
Hampir berputus asa, kami mula mahu menginjak pulang. Barangkali dia sudah pindah. 
Tapi Atika Shafinaz Nazri tidak berputus asa, dijeritnya nama Hala lagi. Tiba-tiba Hala menyahut. Suaranya kedengaran dari luar rumah. Rupanya dia keluar pergi mengambil angin.

.
Tubuhnya nampak sihat. Gaya jalannya nampak bertenaga. Wajahnya nampak ceria.
Sedar akan kehadiran saya, dipeluknya tubuh saya dengan sangat erat. Katanya,

.

‘kau datang lagi? Kau ingat aku lagi?โ€™
Rumah Hala kali ini nampak jauh berbeza. Dipenuhi sofa empuk, kelihatan juga set lengkap komputer.
Katanya, sofa dan komputer itu adalah pemberian pelajar Jordan yang sudah pulang ke negaranya. Dihadiahkan semua miliknya kepada Hala sekeluarga.

.
Tak sempat saya bertanya tentang hal jantungnya, Hala terus masuk ke bilik. Dia menghulurkan dokumen kesihatannya. Katanya bulan November tempoh hari dia sudah menjalani pembedahan di Subang Jaya Medical Centre dengan kos Rm10,000.
Terkejut monkey saya.

.
Dari IJN boleh pindah ke hospital swasta. Mana dia dapat duit?

.
Katanya, dari Allah. Ada seorang wanita Iraq bernama Nawal tinggal satu banggunan dengannya mengumpul duit dengan mengutip derma. Kebetulan Nawal juga punya pekerjaan agak selesa.
Dengan hasil kutipan itu, Nawal menguruskan segala urusan pembedahan. MasyaAllah.
Hasilnya, Hala nampak jauh lebih sihat sekarang. Dahulu saya hanya nampak wajah suram serta kesakitan yang ditahan. Kini saya mampu mendengar suara kegembiraan Hala. Saya lihat wajah keriangannya.

.
Alhamdulillah.

Apa pun terjadi,Allah tetap bantu hamba-hambanya.
Hati saya lega dan gembira melihat perubahan kehidupan dan kesihatan Hala.

Alhamdulillah, rezeki kami. Hala’ hidangkan nasi mandi. Hehe

Anaknya Muhammad akan mencari kerja setelah selesai urusan bersama kerajaan Malaysia sehingga dapat kad biru.

.
Semoga urusan mereka sekeluarga terus dipermudahkan Allah.

.
Saya sebenarnya patut mintak tips murah rezeki dari Hala, tapi terlupa pula. Hidupnya subhanallah sangat dimurahkan rezeki. Kata salah seorang sahabat kami yang turut bersama ketika ziarah, kisah ‘murah rezeki’ Hala mashur dikalangan orang arab. Dalam keadaan kesempitan tanpa meminta bantuan, ada saja yang datang membantu. Bantuan yang sangat tidak terjangka..

.
Subahanallah..

LEPAK AMAL SYRIA 1@Rumah Rania

Alhamdulillah, 17 Sept tempoh hari, saya dan rakan2 jalankan sebuah projek untuk membantu pelarian Syria di Malaysia iaitu, Lepak Amal Syria.

Lepak Amal Syria adalah projek makan sambil menderma dirumah salah seorang rakyat Syria. Mereka akan masak, kita datang ziarah dan makan. Sudah pasti sambil menderma.

Sebenarnya projek ini adalah idea Syed Ishak sejak beberapa tahun lepas. Kami ada pergi ke beberapa buah rumah untuk tujuan memberi sumbangan dan bantuan, secara tidak langsung mahu mereka berusaha sedikit untuk mendapatkan sejumlah wang. So, takdelah nampak macam kita terlalu manjakan dorang. Atleast dorang kena berusaha untuk mendapatkan hasil.

Dari kami pula, kami dah buat appointment siap2, dan berapa orang yang akan hadir. Supaya mereka boleh ready jumlah masakan.

Dan kami sendiri akan tetapkan bayaran minima per kepala bagi sesiapa yang sudi untuk ikut serta. Atleast balik modal dan ada untung la untuk depa. Kang kalau kena ada yang bayar Rm5 je, naya gak arab tu. Tak jadi nak bantu, tapi menyusahkan lagi ada, hehe๐Ÿ˜…

Untuk projek Lepak Amal Syria kali ni, kami pilih rumah Rania@ummu Taym, seorang ibu tunggal. Ceritanya ada saya coret pada entry yang lepas. Dia memang sangat hebat dalam memasak.

Kami order 3 jenis hidangan, nasi, manisan, serta roti.

Ikutkan dia nak buat banyak lagi, tapi Syed Ishak kata cukup dengan tu. Kitorang follow je la. Hehe.

Alhamdulillah kami dapat kumpulkan 10 orang untuk projek kali ni. Hasil perbincangan saya dan Syed Ishak, kami sepakat kenakan bayaran Rm30 sekepala. Alhamdulillah semua setuju dan takde yang berani membantah.. haha ๐Ÿ˜‚

Kami tiba di rumah Rania di Seri Kembangan sekitar jam 3petang. Biasalah, ada datang awal ada datang lambat. Hehe.

Rania hidangkan makanan sekitar jam 3.15petang. perut memang saya biarkan kosong. Memang nak isi penuh dekat rumah Rania. Sebab dah tahu masakan Rania memang tip top.

Hidangannya. Gambar nasi tak sempat nak ambil ๐Ÿ˜…

Kuah yougurt, dalam tu macam dampling. Sama masakan macam madgud.

Muhammara ma’a jubneh. Kegilaan kami waktu di Syria๐Ÿ˜

Manisan. Sebenarnya saya order Nabulsi, tapi Syed Ishak tak bagi tau Rania ๐Ÿ˜‘

Nampak Rania lincah dan cergas je. Cool dan relax. Walaupun banyak jugaklah yang dia kena prepare. Sebab biasa saya perhatikan arab, kalau masak satu dua jenis nasi, penat die memang nampak ketara. Muka pulak nampak tak larat. Tapi Rania, memang takde langsung macam tu. MasyaAllah.

Sambil makan sambil borak dan lepak2. Kejap borak dengan member2, kejap borak dengan Rania. Anak2 pulak sibuk main dengan mainan Taym. Tapi, anak2 pun semangat gak makan ๐Ÿ˜€

Masakan Rania bagi saya, memang tip top. Banyak kali saya menambah.


Geng2 wanita makan

Geng2 lelaki menyembang dengan Rania

Ziarah kali ni kami tak banyak cerita tentang kisah sedih Rania. Lebih kepada sembang santai yang boleh membuatkan kami gelak bersama.

Nasi pertama yang entah apa nama nasi tu, tak cukup untuk kami. Rania nampak je dah nak habis, dia terus ke dapur masak Nasi Syi’riah. Alhamdulillah, memang cekap.

Nasi Syi’riah, masak cover nasi tak cukup

Rania sampai perasan cara makan kita orang Melayu.

Ambil sikit2, tapi kerap Tambah. Entah berapa kali menambah. Berbeza dengan orang arab, ambil banyak sekaligus, tapi tak habis, dan tak tambah2 dah ๐Ÿ˜…

Alhamdulillah, sambil makan sambil menyumbang, dapat juga jumpa kawan2 lama.

Lepas makan2, Rania hidang kopi arab. Kopi yang diletak pelaga ๐Ÿ˜†

Last sekali, nak balik, kami serahkan wang sumbangan yang dikutip sesama kami.

Rm30 sekepala, dan kami ber10.

Ikutkan jumlahnya Rm300.

Tapi, saya menyampaikan Rm700 kepada beliau. Hasil dari bayaran orang yang datang makan2 tu saja. Alhamdulillah, rezeki Rania๐Ÿ˜‡

InsyaAllah, Dakwah Versatile akan  meneruskan lagi projek Lepak Amal Syria selepas ni..

Moga2 dengan sedikit usaha kecil kita, dapat membantu meringankan beban saudara2 kita yang merantau di bumi Malaysia๐Ÿ˜‡

Wajib bergambar sebelum balik ๐Ÿ˜

Ziarah Syria 5 : Isa Palestin

Alhamdulillah, 7oktober kami berkesempatan ziarah 3 keluarga pelarian di sekitar Ampang. 2 keluarga Syria dan 1 keluarga Palestin.
Dalam ziarah kali ini, saya benar2 terkesan dengan keluarga Isa, keluarga pelarian Palestin. Ini adalah ziarah kami kali kedua selepas kami menyampaikan sumbangan Kotak Ramadhan pada Ramadhan lepas. Tapi ketika itu hanya anak2 Isa yang ada dirumah, jadi kami tidak banyak bersembang berkaitan hal kehidupan.
Tidak seperti pelarian Syria, saya rasa pelarian Palestin agak terpinggir. Tidak ramai yang perasan kewujudan mereka di Malaysia.
Dalam banyak2 rumah yang pernah kami ziarah, rumah Isa lah yang paling dhaif. Luaran flat dan dalaman. Dirumah itulah mereka hidup 5 beranak. Isa, anak perempuannya Inas,  Mus’ab, Ahmad dan Abdul Fattah. Manakala anak sulungnya  berusia 20 tahun kini berada di Gaza.

Ziarah ketika menyampaikan sumbangan Kotak Ramadhan

 

Ujian Allah maha hebat, selepas berhijrah ke Malaysia pada tahun 2014 rentetan serangan dasyat yang berlaku di Palestin oleh rejim Israil, isteri Isa pula menghilangkan diri entah ke mana. Maka Isa menggalas tanggungjawab sebagai ibu & bapa kepada anak2nya. Mencari nafkah serta menyediakan hidangan.
Isa bekerja sebagai kontraktor binaan. Bancuh simen, cat rumah, pasang tiles, adalah kebolehan Isa. Setahun yang lepas, dia banyak mendapat tugasan dari majikannya seorang Melayu. Tapi akibat terlampau sibuk dengan urusan peribadi yang sangat mustahak ketika itu, majikannya sudah punya pengganti.
Kini pendapatan Isa tidak menentu. Lebih banyak tiada dari ada.

Abdul Fattah & Ahmad bersekolah di sekolah pelarian milik UN. Mus’ab dan Inas tidak bersekolah.
Semasa kami menziarahi mereka semalam, Abdul Fattah sedang demam.

Encik suami & Ahmad

Kami bertanya kalau2 Isa sekeluarga memerlukan apa2 bantuan, tapi Isa hanya tersenyum dan berkata segalanya cukup. Itulah Isa, susah tetapi tidak meminta2. Cukup dengan apa yang ada.
Semoga ada jalan keluar buat Isa sekeluarga.
#kitaSaudara

Ziarah Syria 4 : Kauthar

Kauthar merupakan ibu muda berumur 33 tahun yang mempunyai 6 orang anak, seorang lelaki dan 5 perempuan. Ruqayyah, Ibrahim, Syam, Tuqo, Asmaโ€™, dan Tasnim.

Oktober ini genap setahun mereka menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

Kauthar kini keseorangan membesarkan anak-anaknya tanpa suami disisi.

Di Syria dulu, Kauthar adalah orang yang berada. Hidup serba mewah dan serba cukup. Suaminya mempunyai perniagaan sendiri. Mereka cuba untuk bertahan berada di dalam Syria walaupun perang sudah mula tercetus.

Sehinggalah satu hari, ketika anak-anak Kauthar hendak ke sekolah pagi itu, dua anaknya, Ruqayyah dan Ibrahim diculik oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan kereta. Penculik menghubungi suami Kauthar dan meminta wang tebusan sebanyak 200,000 usd! Jika tidak, mereka mengugut untuk menjual organ anak-anak mereka.

Ibrahim, anak tunggal lelaki Kauthar. Kini bekerja untuk menanggung keluarga

Kasih sayang ibu bapa mengatasi segalanya. Demi untuk menyelamatkan anak-anaknya, suami Kauthar menjual segala harta yang ada. Rumah, tanah, kereta, habis digadaikan. Alhamdulillah, akhirnya Ruqayyah dan Ibrahim dibebaskan dengan selamat setelah ditukar dengan wang tebusan.

Sejak berlakunya peristiwa itu, mereka bertekad untuk meninggalkan bumi kelahiran mereka. Bimbang kalau-kalau berlaku perkara yang sama atau malah lebih teruk. Mereka berhijrah ke Jordan tanpa melalui imigresen. Berhijrah anak-beranak dengan hanya berjalan kaki. Mengambil masa seminggu untuk sampai ke Jordan.

Berbekalkan wang yang ada, mereka sekali lagi berhijrah ke Mesir selepas beberapa bulan berada di Jordan kerana mereka mempunyai saudara mara disana. Malangnya, keadaan Mesir ketika itu juga tidak stabil. Trauma dan Fobia dengan apa yang berlaku ke atas anak-anaknya, mereka bertekad untuk berhijrah ke Sudan.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Kauthar sekali lagi diuji dengan ujian yang maha hebat. Suaminya hilang tanpa khabar berita. Katanya kemungkinan besar ditangkap. Entah hidup, entah mati hanya Allah maha mengetahui.

Tak sanggup melalui detik-detik hitam di Sudan, Kauthar sekali lagi tekad berhijrah ke Malaysia bersama anak-anaknya serta bapa mertuanya ke Malaysia. tawakkal memilih Malaysia sebagai tempat berlindung, walau tidak mengenali sesiapa di Malaysia.

Kisah ini pernah saya ceritakan di FB ketika pertama kali saya bertemu anaknya, Tuqo di Jasmine Sham School sekolah untuk pelarian Syria milik NGO Malaysia Lifeline For Syria.

Ini kali kedua saya bertemu dengan Kauthar di rumahnya. Kauthar kali ini nampak jauh berbeza berbanding dulu. Tidak seperti dulu, dia seakan-akan lemah, putus semangat, tidak bermaya, dan jelas kelihatan dia menghadapi tekanan.

Alhamdulillah, ziarah kami kali ini kelihatan dia jauh lebih ceria dan terurus. Rumahnya yang dulunya kosong tidak punya apa-apa kini sudah dilengkapi pelbagai keperluan hasil sumbangan orang ramai.

Kauthar ibu tunggal yang membesarkan 6 anaknya sendirian. Tidak punya pendapatan. Hanya mengharapkan ehsan masyarakat.

Dia sendiri memang ingin bekerja. Namun, dia punya ramai anak kecil yang perlu diuruskan. Buat setakat ini, die masih bergantung kepada ihsan orang ramai. Tapi kami dalam perancangan untuk membantu Kauthar menjana pendapatan sendiri.

Sementara bersembang dengan Kauthar, sempat kami main-main dengan anak-anaknya. Anak yang kecil sekali Tasnim namanya.  Suka sangat nak sakat Taqi. Asyik duk berebut anak patung dengan Taqi. Hehe.

Ziarah kali ni, Tuqo tak ikut. Sebab dia kurang sihat. Jadi Tuqo tinggal dekat rumah nekma dia. Tak dapatlah Tuqo melayu nak bergambar dengan Tuqo arab lagi. Hehe

Tuqo arab & Taqi ๐Ÿ˜‡

Balik rumah malam tu, saya tunjuk pada Tuqo gambar ziarah kami ke rumah Tuqo arab. Excited dia. Saya Tanya sapa ni, knal tak? Dia jawab sambil senggeh,

โ€˜kakak Tuqo!โ€™ hehe.

Kata Kauthar, Tuqo dapat nombor satu exam baru ni di Jasmine Sham School. Seronok dia. Tuqo sekarang 6 tahun. bila saya Tanya dah pandai cakap melayu belum? Dia geleng kepala je. Hehe.

Tasnim cuba nak main dengan Taqi ๐Ÿ™‚

Seronok Taqi main dengan Syam ๐Ÿ™‚

Takpalah, baru setahun di Malaysia. sampai masa, mesti anak-anak ni akan fasih berbahasa ibunda kita. Yang penting, mereka jangan pernah lupakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa al-Quran itu sendiri.

Kami sembang-sembang tentang pelajaran anak-anak Kauthar. Ya, ilmu yang mereka dapat di sekolah pelarian Syria di Jasmine Sham School memang tidak dapat menandingi kualiti ilmu di sekolah-sekolah yang diatur perfect. Namun, bagi kami lebih baik masa yang ada sekarang dimanfaatkan dengan ilmu dari duduk sahaja membiarkan umur meningkat usia tanpa ada ilmu dan pengalaman baru yang digarap.

Siddiqah, sahabat yang sering bersama saya ketika tiap kali ziarah, dia lebih akrab dengan keluarga Kauthar. Kerap dia menziarahi keluarga Kauthar sejak dari awal kedatangan Kauthar sekeluarga ke Malaysia hingga sekarang.

Ziarah kali ini, Siddiqah serahkan Blander dan cerek eletrik kepada Kauthar. Sumbangan dari insan berhati mulia. Sebaik sahaja melihat bungkusan itu, Kauthar tersenyum lebar. Nampak keterujaannya.

Benar kata orang, sumbangan yang sedikit bagi kita mampu memberi sejuta kebahagiaan kepada si penerima. Dan kebahagian serta senyuman itulah satu kepuasan buat si penderma serta kami sebagai orang tengah yang menyampaikan sumbangan.

Ketika melihat wajah Kauthar sedang tersenyum, terdetik dihati kecil saya sebagai seorang isteri dan ibu. Bagaimana agaknya perasaan yang perlu dilalui saat perlu membesarkan anak serta mengurus keluarga sendirian, tanpa kehadiran suami tercinta. Juga tanpa adanya ahli keluarga lain disisi.

Benar,Cuma satu. Hanya Allah kita bergantung.

Kekuatan itu juga datang dariNya.

Semoga Kauthar terus cekal dan tabah dalam menguruskan keluarganya.

Ziarah Syria 3 : Fatimah

Alhamdulillah, harini ini 7 Oktober 2017 kami berkesempatan untuk menziarahi 3 keluarga pelarian disekitar Ampang. 2 keluarga dari Syria dan 1 lagi dari Palestin.

BELI BARANG

alhamdulillah, Projek Kotak Ramadhan yang dilancarkan pada Ramadhan yang lepas sangat-sangat memberangsangkan. ketika melancarkan projek itu saya hanya mensasarkan 10 keluarga sahaja yang bakal menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan asas yang setiap kotak itu bernilai RM70.

Alhamdulillah, sambutan diluar jangkaan. Kutipan menjangkau sekitar Rm3000. Namun, dengan waktu dan tenaga yang terhad pada bulan Ramadhan, kami hanya mampu mengagihkan kepada 20 buah keluarga sahaja. Baki duit yang ada, disimpan untuk membeli barang keperluan dan diagihkan ketika ziarah selepas dari bulan Ramadhan.

Dengan berbekalkan duit sumbangan orang ramai ketika projek Kotak Ramadhan itu jugalah yang digunakan untuk memberi sumbangan ketika menziarahi rumah Halaโ€™ Zankari dan Rania tempoh hari. Dan hari ini, kami membeli barang sekali lagi untuk 3 buah keluarga.

Sebelum bertolak ke rumah pertama, saya dan suami pergi memborong barang di SpeedMart 99. Borong dengan pantas kerana list barangan Kotak Ramadhan masih segar dalam ingatan kami. Jadi kami tidak memerlukan masa yang lama untuk memilih barangan.

Taqi model borong barang, hehe

RUMAH HASSAN

Rumah pertama yang kami lawati adalah rumah Hassan. Hassan al-Akra merupakan anak kepada Fatimah dan. Mereka berasal dari Halab(Aleppo). Fatimah mempunyai 4 orang anak. Batul(satu-satunya anak perempuan), Hassan, Mahdi, dan..

Mereka sudah menetap di Malaysia selama 4 tahun. Ayah Hassan bekerja sebagai pemandu van sekolah. Mengambil dan menghantar anak-anak pelarian yang bersekolah di sebuah sekolah pelarian. Fatimah pula kekal focus sebagai suri rumah menguruskan hal ehwal keluarga mereka dirumah.

Hassan fasih berbahasa Melayu. Dia juga merupakan aktivis kemanusian yang sangat aktif membantu rakan senegaranya di Malaysia, dan juga orang-orang yang kurang bernasib baik atau dalam kesusahan. Tidak kira siapa dan dari mana asal mereka. Walaupun mereka sendiri dalam kesusahan, iaitu menjadi pelarian namun itu tidak menghalang Hassan untuk terus membantu dan menyumbang. Dalam masa yang sama Hassan juga bekerja sebagai guru di sebuah sekolah pelarian.

Kakaknya Batul juga sudah mula fasih berbahasa Melayu. Namun tidak sehebat Hassan. Batul sangat ramah. Membuatkan saya selesa dan tidak kekok bersamanya. Batul kini belajar di sekolah Jasmine Sham School, sekolah untuk anak2 pelarian Syria dibawah kelolaan NGO Malaysia Lifeline For Syria. Batul juga sekarang sudah mula mengajar rakan Yamannya berbahasa Melayu. Kira hebat dahla tu sampaikan dia boleh mengajar orang cakap Melayu. Hehe. Bila ditanya macam mana boleh pandai cakap Melayu, kata Batul hanya dari menonton kartun dan cerita melayu.

Tapi yelah, kadang2 mau tergelak jugak bila dengar dorang cakap Melayu. Sangat baku. Dan kadang2 sebutan jadi lain. Contohnya nak cakap rumput tapi jadi rambut. Hehe. Tapi usaha mereka harus dipuji dan diberi galakkan. Sekurang2nya mereka tidak malu dan berani untuk mencuba. Tak macam kita ni, over segan. Saya la tuh.. hehe.

Kami ke rumah Hassan atas jemputan mereka sekeluarga. Mereka menjemput kami untuk makan tengahari dirumah mereka. Kami tiba di rumah Hassan sekitar jam 3 petang. Perut sudah mula bernyanyi, entah lagu apa. Sampai2 sahaja dirumah Hassan, makanan sudah terhidang di atas saprah.

Beriyani arab, sallatoh(salad) dan humus ma’a laham (kacang kuda & daging)

Kami bertanya Fatimah apa nama masakan yang dihidangkan kepada kami. Katanya, ia adalah Beriyani. Tetapi Beriyani Syria. Rasa dan rupa wajah Beriyani mereka memang jauh berbeza dengan Beriyani kita. Hehe. Tapi rasanya masyaAllah cukup sedap. Ditambah pula dengan rasanya yang agak pedas, memang kena dengan lidah melayu.

Hairan juga saya, kenapa rasanya pedas. Sedangkan arab tak gemar makan makanan pedas. Tapi kata Fatimah, mereka sudah biasakan diri dengan makan masakan pedas sejak tinggal di Malaysia. supaya lebih serasi dengan makanan yang ada di Malaysia. dan mereka sendiri sekarang suka masakan pedas. Tapi, pedas sikit je la. Pedas sikit bagi kita, memang dah pedas gilerr bagi mereka. Hehe

Taqi pun makan dengan berselera.

Asyik dok cakap โ€˜nak..nak..โ€™. tak sabar tunggu nasi sampai ke mulut. Hehe.

Habis makan, kami bersembang sambil melayan kerenah Taqi dan Mahdi. Taqi mula merengek sebab mengantuk, tapi Mahdi pandai memujuk. Dia keluarkan segala khazanah mainannya dan berikan kepada Taqi. Seronoklah Taqi. Tak jadi menangis..

Seronok tengok Mahdi dan Taqi main sama2.

Tapi dah nama budak, last-last dorang bergaduh jugak. Bergaduh berebut mainan. Hehe.

Lucu melayan kerenah Mahdi dan Taqi.

Mahdi & Taqi main sama-sama ๐Ÿ™‚

Ok dah sampai masa. Anak melayu lawan anak arab berebut mainan ๐Ÿ˜‚

Saya tidak banyak bersembang dengan Fatimah. Kerana dia sibuk didapur. Lebih banyak bersembang dengan Batul dan Mahdi.

Encik suami pula asyik bersembang dengan Hassan dan ayahnya.

Encik suami kusyuk bersembang

Alhamdulillah, nampak kehidupan mereka selepas 4 tahun berada di Malaysia agak stabil. Nampak ceria dan gembira. Mereka juga masing2 sudah pandai membawa diri. Melihat mereka gembira itu adalah kebahagian bagi kami.

Walaupun nampak rumah mereka serba kekurangan, tapi mereka tetap bersyukur dan tidak meminta2. Malah melayan kami bersungguh-sungguh. Macam-macam yang dihidangkan.

Sebelum pulang, Fatimah hidangkan teh panas beserta pelbagai jenis kek. Nampak kesungguhan mereka dalam menjamu dan merai kami sebagai tetamu. Agak segan sebenarnya, tapi begitulah adat mereka. Sangat meraikan tetamu.

Selepas lebih sejam, kami pun mohon untuk beransur. Kata mereka masih terlalu awal. Tapi kami berkeras untuk beransur sebab ada 2 buah keluarga lagi untuk diziarahi.
Macam biasa, sebelum pulang dari rumah orang saya akan menyuruh Taqi untuk salam semua tuan rumah. Taqi pun terkedek-kedek pergi hulur tangan pada mereka. Salam lalu cium tangan.

Sempat ayah Hassan bisik pada encik suami,

โ€˜aku kagum tengok anak kecil Malaysia. bila salam cium tangan. Bagus kamu mendidik mereka sejak kecil untuk beradab dan menghormati orang tuaโ€™

Sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat kita, tapi luar biasa buat mereka.

Last sekali, tengah saya sarungkan selipar, tiba2 Batul datang terburu-buru. Dia hulurkan dua mainan kepada Taqi. Mainan yang Taqi suka sangat main tadi. Buaya dan Helikopter. Batul bagi sorok-sorok sebab takut Mahdi nampak. Hehe.

Mainan murah, mainan yang sudah digunakan. Tapi bagi saya dan Taqi mainan tu sangat bernilai.

Pertama sebab Taqi memang suka sangat main mainan tu.

Kedua sebab ianya pemberian dari pelarian, yang sebenarnya mereka lebih layak menerima sumbangan atau barangan dari saya. Tapi kali ini, mereka yang memberi kepada kami. Hanya untuk membuatkan Taqi gembira. Dan saya lihat kegembiraan dan keseronokkan Taqi main dengan mainan itu.

Sungguh, saya juga mahukan kegembiraan itu dalam diri mereka.

Semoga usaha kecil kami dan bantuan kewangan yang kalian sumbangkan sedikit sebanyak meringankan beban mereka dan memberi kegembiraan buat mereka.

Taqi & Mahdi ๐Ÿ˜

Ziarah Syria 2 : Rania Umm Taym

Rania, dahulunya merupakan seorang pendidik. Jiwanya sudah sebati dengan mendidik setelah mengajar selama 14 tahun di Raqqa, Syria. Sebuah bandar terletak kira-kira 6 jam dari bandar Dimasyq.

Pada tahun 2013, dia dan suami bertekad untuk meninggalkan Syria dek kerana pembantaian si zalim terhadap rakyatnya yang tidak bersalah.

Malaysia menjadi pilihan tempat untuk memulakan hidup baru. Bila ditanya kenapa, katanya kerana Malaysia adalah satu-satunya negara yang tidak memerlukan visa sebelum datang ke negara itu. Visa boleh didapati di Airport.

Mereka membina hidup baru dengan penuh semangat. Memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan makanan masakan arab yang dimasak dirumah. Kebetulan suaminya Saad Zaza merupakan chef di Saudi sebelum mereka bernikah. Dengan kepakaran dan pengalaman yang ada, mereka memulakan perniagaan demi melangsungkan kehidupan di bumi tuhan.

Bermula dengan hanya masak menggunakan dua biji kuali kecil, Alhamdulillah lama kelamaan perniagaan yang diiklankan melalui online dan sahabat handai berkembang maju. Permintaan serta tempahan yang banyak mendesak mereka supaya memiliki peralatan serta kelengkapan masak yang lebih banyak. Alhamdulillah, dengan bantuan saudara Syed Ishak, mereka dapat memiliki barang2 kelengkapan memasak terpakai dengan harga yang jauh lebih murah berbanding yang baru.

Kehidupan mereka semakin selesa. Namun, baru sempat merasai nikmat keselesaan itu, ujian tuhan sekali lagi datang menyapa. Suami Rania meninggal dunia setelah dua bulan terlantar dan menderita akibat sakit jangkitan kuman di dalam darah.

Rania kini menjadi balu serta ibu tunggal. Gigih bersendirian membesarkan anak tunggalnya yang berusia 5 tahun, Taym (ุชูŠู…).

Rania masih meneruskan perniagaannya. Tapi kini berseorangan. Permintaan semakin merosot dan tidak semeriah dulu. Kerana hal2 iklan dan penghantaran makanan dulu dilakukan oleh arwah suaminya.

Rania mulanya tidak mahir memasak. Apa tah lagi menu yang pelbagai. Tapi, kerana kemahuan dan kesungguhan, dalam tempoh 2 tahun dia sudah mampu menguasai semua jenis masakan arab serta halawiyat(manisan) sekali.

Kami dihidangkan dengan halawiyat hasil tangannya. Katanya kebetulan pada hari yang sama ada individu cina mengambil tempahan halawiyat darinya.

Kami turut dijamu dengan teh arab. Ya, teh arab. Bezanya dengan teh melayu kita, mereka bancuh teh bersama dengan sekitar 7 biji buah pelaga. Yaa, buah pelaga. Tapi, tehnya tetap sedap, ditambah pula aromanya yang memikat ๐Ÿ™‚

Teh pelaga. Dihidang style arab, gula letak sendiri.. hehe

Sambil makan halawiyat hasil tangan Rania, mulut kami tidak berhenti memuji apa yang kami kunyah. Sedap, sungguh sedap. Bukan retorika, tapi kenyataan.

Rania kini menyara hidup bergantung kepada tempahan makanan dari orang. Tidaklah mewah, tetapi cukuplah untuk bayar sewa rumah dan makan mereka dua beranak.

Rania beruntung punya jiran tetangga yang baik. Dan kebanyakkan mereka adalah berbangsa Cina. Malah sewaktu suaminya meninggal tempoh hari, orang cina juga banyak menghulur bantuan. Bukan itu sahaja, orang cina juga antara yang kerap order masakan arab dari Rania.

Rania juga beruntung, memiliki rumah yang serba sempurna dengan pelbagai kelengkapan dengan bayaran sewa yang agak berpatutan. tuan rumahnya juga baik hati.

Walaupun sendirian membesarkan anaknya di negara orang yang entah bila penghujungnya, namun Rania gigih dan tidak mudah menyerah. Senyuman sentiasa terukir dibibirnya. Tidak terzahir dari raut wajahnya perasaan sedih atau kecewa. Malah, dia kelihatan tabah, bersemangat dan cergas. Nampak gembira.

Sampaikan sempat kami berbisik sesama kami dalam bahasa kita yang tidak difahami Rania, masing2 dari kami teruja dan suka melihat semangat dan kesungguhan Rania.

Meminta2 dan memohon simpati?

Sama sekali tidak, itu bukan Rania.

Apa yang dia mohon cuma, bantu dia supaya mengiklankan perkhidmatannya.

Ah, sudah tentu!

Kalau ada sesiapa yang teringin nak makan apa sahaja makanan arab atau halawiyat arab, boleh contact saya.

Tapi, penghantaran tidak disediakan. Anda terpaksa ambil sendiri di rumahnya di Seri Kembangan ๐Ÿ™‚

InsyaAllah, semoga rezeki Rania akan bertambah luas.

Sungguh, kami keluar dari rumah Rania dengan perasaan gembira dan semangat yang positif.

Benar kata orang,

Ciptalah kebahagiaan sendiri.

Ciptalah bahagia dimana2.

๐Ÿ™‚



Ziarah Syria 1: Hala’ Sankari

Alhamdulillah,

Semalam (19/7/2017), saya, Siddiqah (sahabat sama2 belajar di Syria) dan Kak Raja(doktor) berkesempatan untuk ziarah & memberi sumbangan kepada Hala’ sekeluarga, pelarian Syria yang menetap di Seri Kembangan.

Hala’ Sankari seorang ibu tunggal, datang ke Malaysia 4 tahun lalu bersama 3 lagi anaknya. Zubaidah, Muhammad & Solahuddin. Mereka berasal dari Halab@Aleppo.

Kerana tidak tahan melihat pembunuhan di depan mata, keluarga & tetangga disembelih seperti binatang korban pada pagi Aidiladha, bom serta letupan, mereka sekeluarga bertekad untuk meninggalkan bumi Halab dan berhijrah ke Malaysia.

Pada mulanya, semua berjalan lancar. Mereka memulakan hidup baru di Malaysia. Anak2 bersekolah. Hala’ pula mencari rezeki dengan memasak makanan arab.

Bagai jatuh ditimpa tangga, Hala’ sekali lagi diuji tuhan. Dia mengalami sakit jantung. Tiga saluran jantungnya tersumbat. Sudah 2 kali pembedahan dilakukan, sekali di Hospital Serdang, sekali lagi di IJN.

Rajah yang menunjukkan saluran jantung tersumbat. Yang hitam2 tu, darah mengalir baik. Yang tak hitam tu tersumbat

Saya bertanya tentang kos pembedahan & perubatan. Katanya, pembedahan tempoh hari menelan belanja sebanyak Rm33,000. Dengan nada terkejut saya bertanya lagi, dari mana dia dapat duit sebanyak itu?

Dengan tenang die menunjuk ke langit sambil menjawab,

‘minAllah..’ (dari Allah).

Katanya dia benar2 tiada duit. Sampaikan saat itu, ketika di wad emergency, dia rasakan seperti sudah mahu mati dek kerana jantungnya terlalu sakit. Pembedahan harus segera dijalankan, namun dia tidak punya wang. Rm14,000 perlu dibayar dahulu kepada pihak hospital sebelum pembedahan dilakukan.

Entah dari mana, entah siapa, tiba2 ada insan tolong menjelaskan bayaran sebanyak Rm14,000 itu. Alhamdulillah, pembedahan dapat dilakukan.

Bakinya pula bagaimana? Katanya saudara2nya tolong. Lalu disambung saudara SeIslam, yang entah siapa.

Bil Rm33,000

Rawatan susulan pula bagaimana?

Katanya, dia perlu ke hospital setiap bulan untuk rawatan. Kos rawatan bulanan adalah sebanyak Rm1000. Katanya, jika ada duit lebih, dia akan pergi, jika tiada, dia hanya duduk dirumah.

Hala’ lebih mementingkan pembelajaran anak-anaknya berbanding kesihatannya. Katanya,

‘kalau aku punya duit, lebih baik duit itu dibayar untuk kos pembelajaran anak-anakku, kesihatan aku, biarlah dahulu’.

Kami bertanya lagi, bagaimana dia menyara kehidupan mereka anak beranak setiap bulan? Dari mana datangnya wang?

Sekali lagi jari ditunjuk ke langit sambil kepala mendonggak,

‘wallahi, minAllah..’

Katanya lagi,

‘ini bukan zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq, bukan juga zaman Umar al-Khattab mahupun Umar Abdul Aziz, tidak juga zaman Harun ar-Rasyid, tetapi entah siapa, entah dari mana, akan ada sahaja sampul berisi wang yang diselit dari bawah pintu rumahku. Dari duit itu la aku bayar sewa rumah dan menyara keluargaku.’

‘Allah hadirkan juga insan2 seperti kamu semua datang memberi bantuan serta sumbangan seperti apa yang kamu bawa hari ini’.

Sungguh, kami melihat tingginya tawakal dalam dirinya.

Kami meminta izin untuk melihat dokumen2 perubatan serta ubat-ubatan yang diberikan pihak hospital. menimbun, sungguh sangat menimbun ubatnya. sudahlah menimbun,

Mahal-mahal pula tu.

Kak Raja belek2 semua ubat-ubatan Hala’ sambil menggeleng kepala. Kata kak Raja, ‘mahal semua ubat2 ni’.ย 

Ada ubat2 penting yang perlu diambil, tetapi sudah habis. Tidak mampu untuk terus membeli stok ubat, kata Hala’ ‘aku makan apa yang ada sahaja’.

Dia perlu menjalani sekali lagi pemeriksaan khas untuk menilai masalah jantungnya. Bila kami tanyakan bila akan pergi buat? Katanya, bila ada duit.

Ubat-ubatan

‘aku ini akan mati, kalau tidak mati di Syria kerana disembelih, aku akan mati di Malaysia kerana sakit’.

Matanya berkaca-kaca ketika ditanya tentang keluarganya di Halab. Katanya, semuanya sudah mati! Mati dibunuh syiah, disembelih bagaikan itulah Aidiladha mereka.

Dalam kesedihan, dia mencari hikmah tanpa menyalahkan tuhan. Katanya,

‘Allah sedang menguji kami. Dalam masa yang sama, Allah mahu kami keluar dari Syria untuk menyebarkan agama Allah. Lihatlah di eropah berapa ramai orang yang telah Islam dengan usaha dakwah rakyat Syria yang berpindah ke sana’.

Walaupun hidup di dalam kesempitan, dia tidak meminta2 kepada kami. Tidak seperti sesetengah arab yang tidak segan sila meminta malah mendesak.

Tapi tidak bagi Hala’. Kalau ada duit itulah rezekinya, kalau tiada hanya bertawakkal kepada Allah.

Katanya lagi,

‘kita manusia biasa, tidak mampu memilih & meminta taqdir, tetapi Allah telah menetapkan taqdir terbaik untuk kita.’

Sungguh,

Saya belajar erti kekuatan dan kesabaran dari wanita ini.

Semoga Hala’ akan pulih seperti biasa dan dapat menjalani kehidupan normal bersama keluarganya di Malaysia.

#kitaSaudara

#DakwahVersatile

%d bloggers like this: