Blog Archives

8 Cara Potty Training Gaya Tuqo :)

Bismillah..

Entry kali ni, saja nak share tentang pengalaman saya ajar Tuqo buang air di tandas. Walaupun hakikatnya takdalah awal sangat Tuqo pandai potty train. Tapi sekadar berkongsi menguruskan pengalaman anak sendiri πŸ™‚

Saya memang target sebelum Tuqo 3 tahun dia mesti dah pandai buang air di tandas.

Saya sebenarnya dah mula awal, sejak bulan Mei 2017 lagi.

Nampak jugak Tuqo time tu excited nak kencing sendiri dekat toilet. Tapi, lama2 dia dah malas nak kencing toilet. Mungkin silap saya jugak tak buat strategi betul2 nak ajar Tuqo ke tandas.

So, saya tekad. Saya bagitau suami saya, balik je dari cuti raya Aidilfitri, saya nak make sure Tuqo dah tak pakai pampers. Adeh, Tuqo pun banyak giler kot pakai pampers. Sehari mau sampai 7-8 pampers. Botak kepala abahnya πŸ˜…

Alhamdulillah, hujung Jun, dalam tempoh lebih kurang 7 hari, Tuqo dah berjaya sepenuhnya tak pakai pampers. Termasuk waktu jalan dan waktu tidur. Yeayy.. πŸ˜„

1. BERHENTI MINUM SUSU BOTOL

Bagi saya, ini adalah langkah pertama dan terpenting yang kita perlu kawal. Tak tau lah kalau bergantung dengan budak. Tapi kalau Tuqo, time masih minum susu dalam botol, kerja dok mintak susu je. Asal baring sikit mintak susu. Asal boring mintak susu. Asal nangis mintak susu. Bila asyik minum susu, maka keraplah kencingnya. Bila kerap kencing, jadilah malas dia nak kencing kat toilet. Haaa, gitu sifirnya πŸ˜…

Jadi, apa yang kami buat. Hmm, sebenarnya Allah yang rancang dan beri terbaik buat kami.

Sejak lebih kurang 6 bulan sebelum tu, kami tukarkan botol susu Tuqo kepada botol kaca. Sebab takdelah selalu berkulat. Alhamdulillah Tuqo pun nampak cermat je pakai botol kaca. Cuma memang adalah pecah. Hehe.

Nak dijadikan cerita, botol Tuqo pecah buat kali ke3 time seminggu lepas raya. Time tu macam nak marah, tapi cari hikmah disebalik pecah. Dalam diri cakap, mungkin Allah nak tunjuk time ni lah sesuai nak ajar Tuqo kencing kat toilet dan berhentikan Tuqo dari minum susu botol.

Sebelum ni memang penah cuba stopkan dia dari susu botol. Tapi Tuqo ni macam tahap gian. Ngamok gila2 kalau tak dapat. Bingit telinga πŸ˜…

Tapi bila botol tu pecah, dia sendiri pulak yang pecahkan. So, dia tak boleh nak salahkan sape2. And time die mintak botol susu, kitorang cakap, ‘kan kakak yang pecahkan. Kita pakai botol lain ye’. So, kitorang gantikan dengan botol biasa. Bukan botol puting, tapi botol minum air putih biasa.

Alhamdulillah Tuqo boleh terima. Tapi biasalah, makan masa. Mula2 memang die nangis2, merengek2. Tapi saya n encik suami selalu cakap sama2 kami, takpe sabar kejap je. Paling lama seminggu je. Merengek tara mana pun, insyaAllah dalam seminggu tu dia dah boleh serasi.

Alhamdulillah, tak sampai seminggu Tuqo dah serasi. Dia dah tak kisah minum susu tak pakai botol susu. Tengah malam time tidur, dudukkan dia sikit. Pastu die baring tidur balik. Minum sikit je. Atleast terkawal la jugak.

So, alhamdulillah sangat. Dapat jimat duit susu & pampers sekali gus. Syukur sangat.

Jadi, bila Tuqo dah jarang minum susu, takdelah kerap nak buang air. Kalau sebelum ni, dia kerap sangat buang air. Tu yang dia naik fed up nak kencing kat toilet. Letih die keluar masuk, bukak pakai seluar. Hehe. Dengan kita2 sekali fed up πŸ˜‚

Bagi kami, key utama adalah berehentikan minum susu botol. Bagi meminimakan air kencing. Hehe.

2. PAKAI SELUAR MUDAH DIBUKA & DIPAKAI

Point yang ni pun penting. Sebab, mula2 nak train anak2 ni, bagi dia rasa mudah nk kencing kat toilet. Jangan buat dia rasa susah dan penat nak ke tandas.

Saya pernah pakaikan dia seluar fit. Yang memang susah dia nak bukak dan pakai sendiri. Ada waktu Tuqo nak ke tandas, saya tengah tidurkan Taqi, or susukan dia. Jadi tak dapat bantu Tuqo. Nampaklah dia fed up.

Jadi, lepas dari tu, sementara masih dalam proses training, saya pilih betul2 seluar apa yang die kena pakai. Seluar yang mudah nak bukak dan pakai. Agak longgar.

Alhamdulillah, nampak bezanya. Dia tak tension, kita pun tak tension πŸ˜„

3. JANGAN PAKAIKAN SPENDER

Ini buat permulaan. Memang la pelik kalau tak pakai spender. Macam tak senonoh je πŸ˜…

Tapi, pengalaman saya. Kalau masih dalam tempoh praktis, baik tak payah pakai dulu. Sebab ape?

Sebab, bila dia pakai spender, dia rasa seolah2 dia pakai pampers. So, dia akan kencing je dalam seluar. Sebab dia ingat ade pampers. Sekali tengok habis basah. Hehe.

Lepas rasanya 3 kali jadi macam tu, saya pun tak pakaikan Tuqo spender. Bila tak pakai spender, dia tahu takde pampers yang nak sedut air kencing dia. So, nak tak nak, dia kene kencing dekat toilet. Sebab, budak2 ni pun sebenarnya geli gak bila dia kencing dalam seluar sendiri πŸ˜‚πŸ˜‚

4. PILIH/TUKAR HOS YANG SESUAI

Mula2, memanglah kita akan basuhkan kencing berak dia. Tapi sampai satu tahap, anak2 mesti belajar basuh sendiri.

Jadi, untuk mudahkan Tuqo yang baru nak belajar. Kami tukarkan hos untuk dia. Kami pilih yang jenis tembak tu. Tekan baru keluar air.

Sebab apa?

Supaya dia boleh kawal air, tekan bila nak guna je.

Gigih kami cari hos ni dekat Mr. DIY. Hehe

So takdelah dia basah2 terkena air sebab tak pandai kawal air.

Lama2 nampak dia dah ok, dah boleh kawal, so tak kisah nak pakai hos apa.

Plus, bile kami tukarkan hos untuk Tuqo, dia rasa dihargai sangat. Macam kite bagi die semangat untuk kencing kat toilet, sebab tukar hos semata2 untuk dia.

Kira hos tu, hadiah untuk dia la. Hehe.

5. SOKONGAN DAN TEPUKAN GEMURUH

Ini amat penting bagi anak2. Yelah, budak2 kecik ni , dorang nak usaha dorang dihargai. Jadi, bila dia berjaya kencing dalam toilet, kene bagi pujian melambung2. Bila abah dorang balik dari kerja, cerita dekat abah die depan anak2 yang dia kencing dekat toilet tadi.

Dia akan rasa sangat dihargai dan nak buat lagi.

Kalau dia berjaya berak dalam toilet, double sorakan kita kene bagi. Haha.

Ingat lagi waktu tuqo first time berjaya berak kat toilet. Saya bagi sorakan paling gemuruh. Macam dia menang olimpik. Kalau boleh rasa nak bakar mercun. Haha. Tuqo sendiri pun sampai excited gile dapat pecahkan rekod dunia. Berjaya berak kat lubang jamban. Walaupun muka tak rela bau najis sendiri.. Haha. Tapi tetap sengeh memanjang. Sampai tak sabar2 nak bagitau abah die yang dekat opis tu. Siap suruh call lagi. Haha.

So, bila dah macam tu. Bile next time dia nak berak, memang dia akan cari toilet. Sebab nak menempa kejayaan seterusnya yang diiringi sorakan gemuruh. Haha πŸ˜‚πŸ˜‚

6. STEP BY STEP

nak bebaskan anak2 dari pakai pampers kene berperingkat. Tak boleh main sekali harung. Takdelah anak2 nak terkejut.

First, time tak tidur je tak pakai pampers. Time tidur, sebelum nak tidur tu pakaikan dulu pampers. Bila dah sampai satu tahap, tengok prestasi anak dah ok, bila bangun lagi je pampers mesti kosong, so dah boleh start tidur tak pakai pampers. Memang akan adalah dia terkencing time tidur, tapi sabar je la.kejap je πŸ˜‰

Second, time kat rumah je tak pakai pampers. Bila jalan, atau kemana2, pakaikan pampers. Sampailah anak2 dah reti nak mintak ke tandas bila ada rasa nak kencing.

7. REWARD

Reward jugak sangat penting dalam nak bina keyakinan dan kesungguhan anak2. Sebab, kalau tak, depa malas. Reti je nak kencing kat toilet, tapi malas nak bangun, malas nak bukak seluar, malas segala bagai laa..

Time ni la penting peranan reward. Ingatkan anak2, kalau berjaya tak pakai pampers sepenuhnya, nanti mama bagi mainan.

Kalau saya, time tu saya janji nak bagi tuqo mainan doktor2. Sebab time tu die tengah gila nak mainan doktor2.

So time die malas, saya ulang balik tentang reward. Die jadi semangat. Sama juga time bagi sokongan dekat toilet, sebut pasal reward, dah2 time die nak melepas hajat besar. InsyaAllah berkesan. Hehehe.

Tapi kene pegang janjilah. Bagi time betul2 dia dah tak pakai pampers sepenuhnya.

Carik mainan reward Tuqo dekat Aeon Shah Alam πŸ™‚

Akhirnya, usaha berbaloi. Tuqo dapat reward. Set mainan doctor πŸ˜‡

8. JANGAN MARAH

Biasalah, nak tak nak memang dia akan terlepas kencing or berak kat mana2. Time tu, jangan marah. Senyum je.

Dan kalau dia kerap mintak nak ke tandas pun, jangan marah. Layankan je. Sebab dia baru nak sesuaikan pundi kencing die πŸ˜…

7. SABAR & TANYA SELALU

Tak nafi, kadang2 memang rasa macam nak marah je. Tapi tu sebenarnya membantutkan lagi proses anak2 kita untuk berdikari. Dia sedang cuba. Jadi kita kena support. Jangan marah. Sabar.

Dalan masa yang sama, kerap tanya dia, ada rasa nak kencing tak. Nak pegi toilet tak.

Dan kene paksa anak2, sebelum tidur atau sebelun keluar rumah kene kencing dulu. Bantu dorang rancang kosongkan air di pundi kencing mereka. Hehehe.

8. DOA

Last sekali, yang paling penting kita sebagai ibu, kena mohon pada Allah. Mintak supaya Allah bantu anak kita. Allah izinkan anak kita cepat belajar dan terima. Sebab semuanya atas tangan dan kekuasaan Allah. Nak mudahkan atau nak susahkan, semuanya atas izin Allah.Β 

Tapi kita punya peluang untuk meminta. Jadi berdoalah moga Allah permudahkan dan Allah beri kesabaran buat kita.


Tu jelah perkongsian pengalaman saya dalam memoty train kan Tuqo. Baru seorang. Takda pengalaman mana pun. Hehe..

Tapi takpelah, apa yang ada dikongsi bersama. Mana tahu membantu orang lain.

Semoga sedikit perkongsian ini memberi mabfaat kepada kita.

πŸ™‚

Sekian dari saya yang dah tak pakai pampers 😎

Advertisements
%d bloggers like this: