Kenapa Saya Berpurdah?~


Tidak pernah terbayang di benak fikiran saya bahawa saya akan berpurdah satu hari nanti. Usahkan berpurdah, malah saya tidak pernah terbayang untuk memakai jubah dan tudung labuh sebagai pakaian harian saya untuk berurusan di luar rumah. Tiada seorang pun dari keluarga dekat dan keluarga jauh saya yang berpakaian begitu.

Namun, takdir Allah merubah segalanya. Saya yang pada asalnya menjadikan baju t-shirt lengan panjang, seluar slack dan tudung bawal sebagai pakaian harian saya di luar rumah akhirnya berubah memakai jubah, tudung labuh dan purdah hanya selepas seminggu saya menjejakkan kaki di kota DimasyQ.

Januari 2006, saya mula berjinak dengan jubah dan purdah. Pada awalnya memang agak berat untuk memakainya, tapi di sebabkan biah (suasana) pemakaian wanita-wanita arab di DimasyQ dan boleh dikatakan 98% pelajar wanita Malaysia yang menuntut di bumi syam memakai purdah, secara tidak langsung saya terdorong dan agak ‘terpaksa’ berpakaian seperti itu. Mana tidaknya, semua orang berpurdah dan hanya saya yang tidak, membuatkan saya berasa malu dan segan untuk menjadi salah seorang yang ‘aneh’ di kalangan mereka.

Alhamdulillah.. secara tidak sengaja saya telah berpurdah dan menutup aurat secara sempurna dan  saya rasakan sebelum ini saya tidak pernah menutup aurat secara sempurna melainkan pada waktu solat, kerana saya tidak pernah berstokin ketika keluar dari rumah.

Dua atau tiga kali saya pulang ke Malaysia untuk bercuti, dan pada waktu itu saya tidak memakai purdah di Malaysia. Kerana saya merasakan suasana di Malaysia agak tidak sesuai untuk saya mengenakan purdah.

Namun, sedikit demi sedikit insiden yang berlaku membuatkan hati kecil saya berbicara;

aku kena pakai purdah jugak kat Msia ni..”.

Sudah beberapa kali mata saya melihat gelagat si jejaka mengambil gambar si gadis secara curi-curi. Ntah apalah yang akan di buat dengan gambar ayu si gadis itu. Tetapi, rasanya sudah menjadi kebiasaan buat mereka-mereka yang bergelar jejaka bila berjaya mengambil gambar si gadis mereka akan meratap gambar gadis itu yang diambil secara curi. Malah ada juga yang akan tunjuk kepada geng-geng nya dan berkongsi komen serta pendapat menceritakan kecantikan si gadis itu. Padahal siapa si gadis itu pun kadang-kadang si jejaka tidak tahu. Ohh.. ngerinyaa..

Ada juga jenis jejaka yang mengambil gambar wajah si gadis hanya dengan menggunakan matanya sahaja. Kemudian gambar itu di simpan di dalam hati dan wajah itu akan dilihat melalui igauan dan khayalan. Fuuhh…

Saya masih teringat lagi detik saya memasakkan sedalam-dalamnya niat di hati saya untuk terus berpurdah di Malaysia. Dan jika ditanya kenapa saya memilih untuk memakai purdah, inilah yang bakal saya ceritakan..

Saat ketika saya masih lagi berada di Syria, waktu itu saya sedang membelek-belek facebook bersama sahabat karib saya. Ternampak gambar seorang gadis yang tidak dikenali oleh jejaka itu ditangkap secara curi. Apabila membaca comment pada gambar tersebut kelihatan berpuluh-puluh comment rakan-rakan lelaki si jejaka menafsirkan kecantikan dan kelakuan si gadis itu, dimana beberapa comment itu jika dibaca, saya sebagai seorang wanita akan berasa malu walaupun kata-kata itu tidak ditujukan kepada saya.

Maka dari situlah titik permulaan saya bertekad untuk memakai purdah. Walaupun al-kisahnya mungkin tidak ngeri bagi pendapat wanita-wanita lain, tapi sudah cukup ngeri bagi saya.

 

HUKUM MEMAKAI PURDAH

Banyak perbahasan pendapat telah dibuat oleh para ulama’ berkaitan dengan isu hukum pemakaian purdah. Ada yang mengatakan wajib dan ada yang mengatakan sunat.

Namun saya tidak dapat membahaskan hujjah-hujjah tersebut secara mendalam disini.

Apa pun, antara salah satu sebab yang membuatkan saya kuat untuk berpurdah apabila membaca kitab ‘Tafsir Ayatul Ahkam’ karangan ulama’ tersohor iaitu Syeikh Muhammad Ali as-Sobbuni pada jilid yang ke-dua pada tajuk ‘hijab perempuan muslimah’.

Syeikh as-Sobbuni menimbulkan persoalan : Adakah wajib ke atas wanita untuk menutup mukanya (iaitu berpurdah )?

Lalu dia memberi keterangan :

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (سورة النور :٣١)

31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.  (surah an-Nur, ayat 31)

” Dalam ayat tersebut melarang kita untuk menunjukkan perhiasan tubuh wanita melainkan kepada mahram, dan WAJAH merupakan asal perhiasan wanita serta sumber kecantikkan dan fitnah. Oleh itu, menutup wajah adalah dharuri di hadapan lelaki ajanib ( selain mahram ).

Bagi mereka yang mengatakan wajah merupakan bukan aurat bagi wanita (diharuskan membuka wajah / tidak berpurdah), mereka meletakkan syarat :

1-       Tidak meletakkan sebarang perhiasan dan solekkan pada wajah

2-       Aman dari fitnah – sekiranya tidak aman dari fitnah, maka haram membuka wajah.

Dan tidak syak lagi fitnah pada zaman ini adalah tidak aman, maka oleh yang demikian kami berpandangan wajib bagi wanita untuk menutup wajah mereka(berpurdah) bagi memelihara kehormatan sebagai seorang muslimah.. “

Namun ada juga hujjah-hujjah yang menerangkan hukum pemakaian purdah adalah tidak wajib, tetapi di galakkan untuk memakainya. Hujjah-hujjah tersebut boleh dilihat pada blog Dr. Asri Zainal Abidin.

http://drmaza.com/home/?p=68

Walaupun saya berpurdah, saya tidak menganggap diri saya sudah cukup perfect dan yakin saya akan masuk ke syurga. Malah, saya terasa diri saya penuh dengan kekurangan dan tubuh saya penuh berlumuran dosa. Maka saya berpurdah dengan harapan saya dapat mendekatkan diri kepada Allah dan dapat memperbaiki diri.

Saya juga tidak pernah melihat atau menilai wanita-wanita yang tidak memakai purdah dan tidak berjubah itu seakan-akan telah melakukan kesalahan dan melakukan perkara yang haram hanya kerana mereka tidak berjubah dan berpurdah. Malah saya menilai mereka dengan husnu zhon ( bersangka baik ), barangkali mereka jauh lebih baik dan lebih taat kepada Allah berbanding saya.

Jubah dan purdah bukan syarat untuk memasuki syurga, tetapi hanya salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan syurga.

Wanita berpurdah juga bukannya seperti malaikat yang tidak pernah melakukan kesalahan. Malah, kami juga manusia yang tidak pernah henti melakukan kesalahan. Oleh itu, janganlah menilai kami seperti malaikat tetapi tegurlah kami andai kami melakukan kesalahan dan kesilapan. Kami juga anak-anak adam yang tidak pernah terlepas dari bisikan dan tipu daya syaitan.

Mungkin hari ini saya berpurdah, ntah esok lusa saya akan menanggalkannya. Nauzubillah..

يا مقلب القلوب، ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك..

Wallahua’lam… ( Allah lebih mengetahui )

*catatan ini hanya sekadar perkongsian ilmu dan pendapat. Bukan perbahasan yang lengkap tentang isu pemakaian purdah.

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on November 5, 2012, in FiQh and tagged , , . Bookmark the permalink. 21 Comments.

  1. Assalamualaikum.salam ukhwah fillah.ana mmg berminat sgt dgn muslimat yg memakai purdah.smg Allah memberi kekuatan pada anti utk istiqomah.

    Like

  2. terima kasih atas perkongsian akak.. saya suka blog.. 🙂

    Like

  3. syahirah shaadan

    Salam. Saya suka baca entry ni. Saya memang tergerak hati nak berpurdah. Asalnya ada kawan bilik zaman matrikulasi yg berpurdah. Dia pernah suruh saya cuba pakai purdah masa dlm bilik je la. Bila pakai , masyaallah. Rasa lain. Pastu ada pulak sorang kawan ni baru pakai purdah. Semua cakap belakang kenapa dia berubah terlampau drastik sangat. Sbb dia pun mcm sy asalnya. Hanya bertudung bawaal. Lepas tu sy terfikir, adakah org lain pun akan ckp macamtu kalau sy berpurdah ? Saya pun selalu terfikir adakah org yg berpurdah ni susah nak dpt kerja. Lastly penerimaan family terhadap purdah ni. Mereka akan bersetuju atau tidak kalau sy berpurdah.

    Like

    • wslm.. syukran sudi baca entry yg xseberapa ni.

      menjadi pkara biase org pandang serong, perlekehkan dan pandang pelik kt kita pd saat permulaan kite berpurdah, dh2 lg kite ni sblm ni mmg jenis yg biase2 je. plus, bile kite bukan dari family yg beragama(kategori tengah,xterlampau abai agama, xterlampau kuat). saya pon mcm tu jugak. kite yg kene pandai mempertahankan pemakaian purdah kite dgn cara yg santai & jwp scr harmoni dan ceria kalau dorg kutok atau sindir 🙂

      ttg pekerjaan tu.. mungkin perlu di lihat pekerjaan mcm mane. dan kite pon xsepatutnya terlampau strict dlm pemakaian purdah. ada pada saat2 yg perlu dibuka, kita buka.

      insyaAllah sy akan emel saudari, kite boleh sembang pnjg skit 🙂

      Like

  4. syahirah shaadan

    Ni email sy. Tunjuk ajar sangatlah diharapkan nsyahirahshdn@gmail.com

    Like

  5. akak pun berminat dgn pemakaian purdah ni… sbnrnya ibu saudara akak dah lama pakai purdah…sejak lepas dia kahwin sampailah skrg umurnya 40 an… dulu akak pelik dgn dia ttpi kami tetap rapat…dan selalu berkongsi cerita…malah dlm bnyk2 anak buahnya dia sllu ajak akk g dgr ceramah… hmmm bila masa berlalu dan umu akk skrg dh hampir 40 ni, rasa suka plak tgk org pkai purdah… lbh2 lg baru2 ni akk ternampak jiran baru yg memakai purdah… tahniah dkt adikyg berjiwa kental..

    Like

  6. assalamualaikum..harap boleh berbalas emel..emel saya sitiaulhasnah1411@gmail.com.Syukran ya ukhti 🙂

    Like

  7. Assalam..sy dh lama terniat nk pakai purdah tp keluarga xmengizinkan..bgmana sy ingin teruskan niat..ALLAH sedang menguji sy..

    Like

    • hasyimah_ishak@yahoo.com

      assalamualaikum..kak..sy pon ada niat nak pakai furdah tapi mak ayah xbgi sy pakai,,mcm mn tu kak..mohon pencerahan ya kak..syukran

      Like

  8. assalammualaikum w.b.t,.. kak.sy trtarik sngt2 bc bl0g akak,jaln crta yg bgus..btl 2 persekitaran kt mempengaruhi kta,.sy sndiri tringn skali nk memakai purdahh,..tp x tw la knapa,hti x trbuka lg,.dsbbkan fakt0r persekitaran,trfikir pl ,tgu je la bla dpt suami yg s0leh yg dpt mmbuka hti sy nie nk mengnakn purdah.. in shaa allah

    Like

  9. assalamualaikum…saya nk minta kebenaran untuk copy..semoga Allah swt membalasi puan dengan seribu kebaikan dan istiqamah

    Like

  10. assalamualaikum ukhty.. hajat dihati.. nak sperti saudari.. nak sgt.. tapi bimbang keluarga tak bagi.. nak pujuk tapi xtwu nak bagi hujah yg kuat.. boleh ukhty bantu?? bertudung labuh saja da ckup disindir pedas.. mohon sgt2 ukhty bantu..

    Like

  11. meutia keumalasari

    Maaf..koreksi sedikit yaa..yg dimaksud dengan purdah itu beda dengan niqob, kalau niqob hanya menutupi wajah sedangkan purdah seluruh kepala hingga wajah tertutup tdk terlihat alis ,mata dan batang hidung sperti dalam gambar.

    Like

  12. Salam ukhti.. sy mira.. sy mmg teringin berpurdah.. sbb bila berpurdah sy akan brtmbh dekatkn diri sy dengan Allah… sy nak ke syurga Allah… bkal suami sy pon mengalakkn sy pakai. Tpi sy akn bkerja di sektor kerajaan..boleh ke sy berpurdah? Dan sy perlu brkja untuk sara adik2.. tolong bantuu maslah sy ni.. sy buntu sgt2.. ni email sy.. miera.zikir@yahoo.com.my . Terima kasih ukhti

    Like

  13. Assalamualaikum, saya cuma nk mintak pendapat. Kwn sy selalu ckp, ‘bwt apa pakai tudung labuh, dan purdah segala. Biar pakai biasa2 saja, asalkan iman teguh di dada’. Saya mmg ada niat untuk berpurdh, dh skrg ni pn sy dh cuba bertudung labuh. Sy dpt rsa, mereka mcm lain sejk sy cuba berubh. Kwn2 sy pn org yg baik2, alim2, tpi mereka enggan berhijrah untuk menutup aurat dengan lebih baik.

    Like

  14. salam ukhti,sya syaza..akk best sngt bla sy bca entry akk,sy dh lma tringin nk memakai niqob tapi sy fkir-fikir blik lepas spm kot sbb sya xbrsedia lagi laa,diri sy pon tak istiqhomah lagi..sy mohon pnjelasan akk tntng sy k.. :)sy harap akk dapat tlong sy k..

    Like

  15. Assalammualaikum..akk,best sngt baca entry akk,apa2 pon t’baik larh hehe :),akk sy da niat nk pakai niqob semua tu,Tp..bila sy fikir-fikir balik kn lpas sy spm,lagi pon sy tak bersedia lagi laa..sebab diri sy pon tak istiqhomah lagi..lagi pon sy nk sngt dekatkan diri sy dgn Allah..harap akk beri penjelasan kpada sy k..sy nk sngt akk tlong sy dgn diri sy yg tengah lemah sekarang ni..

    Like

  16. sahira nur qamarina

    saya still pelajar….sye teringin nk berpurdh tapi sye x tau berpurdah itu dibenarkan atau pon tidak…terdetik dlm hati….

    Like

  17. Assalamualaikum.. seronok bc tulisan anda… saya pernah terpikir utk memakai niqab… tp xtau macamna nak mulakan…

    Like

  18. saya sbnarnya teringin sgt nk pkai purdah tpi sya msih d skolh mnengah
    sya suka melihat wanita yang berpurdah

    Like

Leave a comment