10 hari terawal Zulhijjah : PROMOSI HEBAT DARI ALLAH


10 Zulhijjah : PROMOSI HEBAT DARI ALLAH
.
Dalam setahun ada 365 hari kan?
.
Sedarkah kita, dalam 365 hari itu, 10 hari terawal Zulhijjah adalah hari yang paling terbaik sekali disisi Allah?
.
Ya, kita sedang bercakap tentang awal Zulhijjah yang sedang kita lalui sekarang.
.
Alhamdulillah, masyarakat sudah mula sedar dengan kelebihan dan keuntungan bulan Ramadhan serta 10 malam terakhir Ramadhan.
.
Sayangnya, kita kurang cakna dan kurangnya kempen penyebaran tentang betapa hebatnya 10 awal Zulhijjah.
.
10 hari terawal Zulhijjah adalah sebaik-baik hari, dan ianya adalah lebih baik dari hari-hari Ramadhan.
.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏”‏ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ‏”‏‏.‏ قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ‏”‏ وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ‏”‏‏.‏

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih afdhal daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Tidak juga jihad? Baginda menjawab: Tidak juga jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Eid, hadis no: 969].
.
Sahabat sangat teruja apabila mendengar pengkhabaran Rasulullah SAW tentang amal yang sangat dicintai Allah. Sehinggakan sahabat bertanya ‘walaupun jihad di jalan Allah?’ sebab kita sendiri sedia maklum tentang besarnya ganjaran buat orang-orang yang berjihad. Rasulullah katakana ‘ya’, kecuali orang itu mati syahid.
.
Sebab apa 10 awal Zulhijjah sangat istimewa?
.
Kata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya, 10 awal Zulhijjah ini mendapat tempat keistimewaan dan kemuliaan di sisi Allah kerana di sinilah terkumpul ibadah-ibadah pokok (iaitu utama). Iaitu solat, puasa, sembelihan, umrah dan haji, yang tidak terkumpul pada waktu-waktu lain.
.
Allahu, lihatlah betapa hebatnya 10 hari terawal bulan Zulhijjah.
.
Buatlah apa saja kebaikan pada hari-hari ini, sesungguhnya amalan yang kita buat ketika ini sangat-sangat dicintai Allah.
.
Korang, bukan senang tau Allah nak cinta amalan yang kita buat! Mungkin amalan-amalan yang kita buat selama ni seperti solat, sedekah itu ‘maqbul’ iaitu diterima Allah. Tapi nak buatkan amalan kita dicintai Allah itu bukan mudah.
.
Maka, inilah peluangnya!
.
Tak nak ke kita Allah suka dengan amal-amal kebaikan yang kita buat?
.
Mestilah nakkan…
.
Jadi, jom sama-sama manfaatkan setiap detik dari 10 hari terawal bulan Zulhijjah ni.
.
Nak buat amalan apa?
.
1. Disunatkan untuk kita berpuasa, dari 1 hingga 9 Zulhijjah. Tak setiap hari pun takpa. Sebolehnya puasalah pada hari Arafah, iaitu 9 Zulhijjah.

2. Perbanyakkan takbir sehingga 13 Zulhijjah.

3. Lakukan korban sekiranya mampu.

4. Perbanyakan solat-solat sunat, seperti solat Dhuha dan solat tahajjud. Tapi jangan buat solat taraweh pula tau! Hehe

5. Perbanyakkan istighfar, dan doa.

6. Perbanyakkan sedekah.

7. Banyakkan baca Quran.

8. Buatlah apa saja perkara baik, selagi mana bertepatan dengan syariat Islam.
.
Itu antara amalan-amalan yang kita boleh buat untuk peroleh sebanyak mana pahala dan kecintaan dari Allah.
.
Ramai yang menangisi pemergian Ramadhan tempoh hari, kini Allah datangkan lagi peluang dan kesempatan buat kita. Adakah kita nak biarkan saja ‘promosi’ Allah ini berlalu begitu saja?
.
Kalau offer Lazada 11.11 cepat je orang grab, sekarang ni jom kita fokus rebut 10 hari 12.12(bulan ke 12 dalam kalander Islam).
.
Semoga kita semua beroleh keampunan Allah serta segala amalan kita diterima serta dicintai oleh-Nya. Aminn..
.
.
Nur Shazareen
Berusaha untuk menjadi yang dicintai

.
.
*Silakan share. Jom sama-sama kita ajak lebih ramai orang untuk sertai tawaran hebat 10 hari terawal Zulhijjah ni. 😊

**Kredit poster : Tarbiyyah Kreatif

#kempen10zulhijjah

About Nur Shazareen

Hampir menjadi Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Pengajian Islam di Universiti Syeikh Ahmad KIftaro, Damascus Syria. Graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Dakwah & Usuluddin di Al-Madinah International University. Seorang isteri kepada suami yang hensem, dan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Seorang 'ustazah cabuk' yang cuba ingin berdakwah secara versatile. Sedang mengejar Redha Allah, dengan impian dapat bersama para anbiya' di Syurga kelak.

Posted on August 2, 2019, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment