HUDUD : Ketegasan bersulamkan kelembutan

بسم الله الرحمان الرحيم

Mungkin ada yang menilai saya menulis entry ini kerana saya pro-PAS dan cuba membawa apa yang PAS bawa. Maaf, saya menulis ini bukan kerana ingin menjelaskan apa yang PAS cuba bawa kepada rakyat Malaysia, tapi saya ingin sama-sama berkongsi apa yang ISLAM cuba bawa kepada penduduk-penduduk di bumi Allah ini.

Alhamdulillah, kini saya menuntut di Tahun 4 Kuliah Dakwah Islamiah, Mujamma’ Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyik, Syria. Sistem pengajian kami agak berbeza dengan university lain. Kami tidak menggunakan system semester, tetapi masih mengamalkan system tahunan, seperti system sekolah-sekolah di Malaysia.

Kami mula belajar untuk sesi baru pada bulan 11 setiap tahun, dan akan menduduki peperiksaan pada bulan 6 tahun selepasnya dengan purata subjek yang di bawa setiap tahun sebanyak 15 subjek. Subjek feqah merupakan salah satu subjek wajib setiap tahun. Tahun 1 kami mendalami feqah bab thoharoh. Tahun 2 pula fiqh ahwal Syakhsiah. Tahun 3 pula fiqh mu’amalat. Manakalah pada tahun 4 kami mendalami fiqh jinayat.

Alhamdulillah, saya diberi peluang belajar tentang hukuman hudud dan jenayah di bumi Syria ini. Untuk entry kali ini, saya tidak akan menjelaskan hukum hudud dari awal hingga akhir. Tetapi ingin berkongsi serba sedikit tentang kelembutan yang tersulam di sebalik ketegasan hukum sebatan hudud ciptaan Sang Pencipta terhadap manusia kerdil yang bernama manusia.

Hukum sebatan di dalam hudud dikenakan kepada penzina (bujang), Qozaf, dan peminum arak. Hukuman tidak dijalankan sesuka hati, tetapi perlu berlandaskan syarat-syarat yang telah di gariskan Islam.

Alat sebatan adalah cemeti kulit yang bersaiz sederhana, tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, tidak juga terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Cemeti itu mestilah mempunyai satu hujung sahaja, tidak boleh sekiranya hujung cemeti itu bercabang dua atau lebih.

Cara memegang cemeti adalah dengan meletakkan cemeti di antara jari telunjuk dan jari manis atau diantara jari kelingking dan jari manis. Tujuannya supaya sebatan yang dikenakan kepada pesalah tidak terlalu kuat dan dapat mengawal sebatan itu secara sederhana. Ketika pensyarah saya menunjukkan cara memegang cemeti yang betul, semua kami di dalam kelas yang terdiri dari pelajar Arab, Somalia, Rusia, Cina dan Melayu terpaku melihat lembutnya cara hukuman yang telah di tetapkan oleh Islam. Tiba-tiba terdengar suara seorang pelajar arab..

Anisah, memang lembut begini ke cara pelaksanaan hukuman hudud dalam Islam?” Tanya pelajar arab itu.

Ye, memang lembut beginilah hukum Allah.Kamu semua terkejut melihat hukum Allah seindah ini? Masyarakat memang begitu, bila dengar sahaja tentang hudud mereka membayang suatu hukuman yang ganas dan teruk. Tetapi sebenarnya hukum Allah itu indah..” Jawab pensyarah kami.

Berbeza dengan sebatan yang di amalkan sekarang sama ada di penjara ataupun sekolah-sekolah iaitu dengan mengenggam rotan di antara ibu jari dan jari telunjuk,supaya kekuatan sebatan secara maksimum dapat diberikan.

Kadar pukulan adalah sederhana. Tidak di pukul terlampau kuat dan tidak juga terlampau lembut. Orang yang menjatuhkan hukuman itu pula tidak boleh menghayun cemeti itu hingga melebihi paras kepala. Hm, bayangkanlah..sekuat mana pukulan itu…

Pesalah di sebat di bahagian belakang badan ( و الكتفين الظهر) , disebat dalam keadaan pesalah itu duduk, tidak dilentangkan badannya, dan tidak di ikat atau di pegang oleh sesiapa. Sekirannya pesalah itu mengelak ataupun lari ketika hendak di sebat (akibat kesakitan), pesalah tidak perlu di kejar.

Ketika hukuman di jalankan, pesalah lelaki perlu membuka baju dan dalam masa yang sama menutup aurat mereka, iaitu menutup dari pusat hingga ke lutut. Manakala bagi pesalah wanita pula, aurat harus di tutup seperti biasa, tetapi pesalah harus memakai sehelai pakaian yang nipis.

Berbeza dengan hukuman sebat yang dijalankan sekarang, badan pesalah dilentangkan dan di ikat, pesalah di sebat di bahagian punggung, Orang yang menjalankan hukuman itu pula menghayun semaksimun mungkin rotan yang terdiri dari pelbagai saiz ketika menyebat pesalah dan aurat pesalah sama sekali tidak terjaga ketika hukum di jatuhkan, iaitu bahagian punggung di biarkan terbuka begitu sahaja tanpa ada sehelai kain pun menutupinya. Allahurabbi…

  Hayunan sebatan sivil

 

Bilangan sebatan dalam Islam adalah sebanyak 100x bagi penzina, 40x(syafie) atau 80x (jumhur) bagi peminum arak, dan 80x bagi qozaf. Sebatan itu dipukul secara berturut-turut. Namun, sekiranya akibat dari sebatan itu pesalah kelihatan sakit ataupun dengan menyambung sebatan itu dikhuatiri pesalah akan cedera  (memberi kesan negative kpd pesalah secara kritikal), maka sebatan boleh diberhentikan dan disambung pada waktu yang lain.

Hukuman sebatan tidak di jalankan ketika hal pesalah itu masih mabuk, atau pun pesalah itu sedang sakit. Tidak juga di sebat dalam cuaca yang terlampau panas dan juga cuaca yang terlampau sejuk, dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan pesalah.

Ketika sedang rancak pensyarah saya menjelaskan tentang hukuman sebatan di bilik kuliah, tiba-tiba ada seorang budak Rusia yang duduk di hadapan saya mengangkat tangan memberi isyarat kepada pensyarah yang dia ingin bertanyakan sesuatu.

Anisah, boleh tak di Negara yang tidak mengamalkan hukuman hudud, ulama’ di Negara itu yang menjalankan serta menjatuhkan hukuman hudud kepada rakyat yang bersalah? ” Soal budak Rusia itu.

Tak boleh.. hukuman hudud mesti dijalankan oleh pemerintah setiap Negara. Pemerintah pula akan melantik qadhi untuk menjalankan hukum hudud. Ulama’ tiada hak untuk menjalankan hukuman hudud. Kalau di sesebuah Negara itu tidak dilaksanakan hudud seperti mana yang di suruh Allah, maka kerajaan dan pemimpin Negara itu yang bersalah..” Jawab Doktor Fathinah Mardini, pensyarah subjek feqah kami.

Kami menganggukkan kepala tanda faham dan setuju apa yang diperkatakan oleh Doktor Fathinah. Terlintas di benak fikiran saya, siapa pula yang menentukan pemimpin atau kerajaan kalau bukan rakyat?? Hmmm….

Kadang-kadang terfikir, hukum-hukum Allah seakan-akan kisah hikayat yang hanya terbuku di dalam al-Quran tanpa dipraktikkan di oleh manusia di zaman era kemodenan dan teknologi, sama ada Negara yang mengaku dan mengatakan mereka adalah sebuah Negara Islam mahupun Negara bukan Islam.

Semoga segala apa yang kami pelajari tentang Islam akan dapat kami praktikkan dan amalkan satu hari nanti. Bukan sekadar belajar dan kemudian kami tidak dibenarkan untuk beramal dengan apa yang kami pelajari sedangkan ia adalah setinggi-tinggi hukum dan setinggi-tinggi arahan dari setinggi-tinggi kuasa, iaitu tuhanmu dan juga tuhan ku…ALLAH….

Wallahua’lam..

 

*Saya sendiri belum membuat kajian secara menyeluruh tentang hukum hudud. Mungkin apa yang saya tulis berbeza dengan apa yg anda pernah jumpa ttg hudud sebelum ini. Mungkin ada perbezaan pendapat ulama’ di dalam cara pelaksanaan hukum hudud.. Maklumat-maklumat yg saya tulis di dalam entry ini adalah berdasarkan maklumat yang saya perolehi dalam bilik kuliah dan kitab pengajian di bilik kuliah iaitu kitab ‘ Al-‘uquubaat Ash-Syar’iyyah Wal Aqdiyyah Wash Syahaadaat ’ karangan penulis terkenal Duktor Wahbah az-Zuhaili.

Ahlan Wa Sahlan 2012 !

Alhamdulillah, tahun 2012 yang ‘mereka’ jangkakan akan berlakunya kiamat telah pun mengambil alih tempat calendar 2011. Jika di Malaysia suasana meriah mengiringi hari-hari terakhir bulan Disember seakan-akan tidak sabar untuk menerima kedatangan si tahun baru masihi. Kami di Syria pula, tidak merasa detik-detik dan suasana meriah yang seperti di rasai oleh semua rakyat Malaysia. Hari-hari terakhir itu dibiarkan berlalu seperti hari-hari biasa.

Walau kami berada berjuta-juta batu dari Malaysia, namun angin tetap mengkhabarkan setiap perkembangan dan peristiwa yang berlaku di Malaysia. Kebiasaanya konsert dan persembahan bunga api yang dihidangkan kepada rakyat menjelang detik 12.00 tengah malam setiap 1 januari di Malaysia. Pada ketika itu, sambutan tahun baru beramai-ramai seolah-olah menjadi ‘sambutan membuat maksiat beramai-ramai’. Kalau nak di kupas tentang isu ni, terlalu panjang…….

Di Syria, masyarakat di sini seakan-akan tidak hairan dengan kehadiran tahun baru masihi ini. Tiada apa-apa yang istimewa dapat dilihat di sini. Berbeza dengan sambutan tahun baru hijrah, orang ramai membanjiri masjid-masjid bersama-sama memuji dan mengigat kebesaran Allah. Doa hujung tahun dan awal tahun di baca oleh para syeikh serta di aminkan oleh jemaah yang hadir.

Bagi saya, Alhamdulillah tarikh 1 januari 2012 juga membawa kenangan manis sejuta makna kepada saya. Paginya saya bertalaqi kitab Bidayatul Mujtahid Nihayatul Muqtasid bersama Anisah Iman di Dar Hajibiah, manakala tengah harinya pula saya bertalaqi kitab Sofwatut Tafaasir bersama Anisah Maisaa’ di jamek Abu Nur.

Kebiasaanya saya rasa bersyukur dan beruntung kerana tidak berada di Malaysia pada detik 1 januari, namun pada tahun ini sedikit rasa cemburu hadir di hati apabila Kerajaan Selangor berjaya menganjurkan sambutan tahun baru di Dataran Shah Alam. Subhanallah, sambutan yang totally different dengan sambutan yang disambut pada tarikh yang sama di KLCC dan Dataran Merdeka.

Pada saat beratus-ratus tempat melepaskan tambakkan bunga api ke langit menghormati kedatangan tahun 2012, pada waktu yang sama Dataran Shah Alam bergegar dengan alunan asma’ul husna. Subhanallah.. menyambut tahun baru dengan menyebut nama-nama Allah. Saya yakin, bukan hanya kira-kira 70,000 hadirin yang hadir pada waktu itu saja yang menyebut nama-nama Allah pada saat itu, bahkan bulan, bintang, cakerawala di langit, tidak ketinggalan juga makhluk bumi seperti tumbuh-tumbuhan dan batu juga turut menyertai mereka.

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا (٤٤)

langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun.

( surah al-Israa’, ayat 44)

Orang ramai yang hadir pada waktu itu tidak pulang dengan tangan kosong, namun mereka pulang dengan hati yang riang membawa ilmu yang banyak hasil daripada menghadiri program sambutan itu. Saat ketika mana ‘orang lain’ menjamu masyarakat dengan nyanyian dan konsert yang tak henti-henti membingitkan telinga, pada waktu itu masyarakat yang hadir di Dataran Shah Alam di sajikan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat dengan cara santai dan relax di samping tidak melupakan batas-batas yang telah digariskan Islam. Tempat untuk wanita dan lelaki di asingkan supaya tidak berlaku ikhtilat. Manakala satu tempat khas disediakan untuk mereka yang datang bersama keluarga. Subhanallah.. indahnya Islam apabila di praktikkan..

Medan dakwah itu luas dan flexible. Kalau dulu dakwah hanya berkawan dengan microphone surau dan warga tua sahaja, tetapi kini dakwah juga mula berkawan dengan microphone stage dan anak-anak muda melalui  program-program hiburan islamik yang berlandaskan Islam..

Masyarakat juga mula sedar bahawa dakwah itu bukan hanya tugasan mereka yang memakai kopiah, malah mereka yang bermain gitar, pelawak, pemandu kapal terbang, pelakar bangunan dan ramai lagi turut mewarnai industri dakwah di Malaysia.. Alhamdulillah..

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ (٣٣)

Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!”

( Surah Fussilat, ayat 33)

Rasanya.. masyarakat tidak perlu lagi takut dengan kerajaan Islam yang cuba untuk di tegakkan tidak lama lagi, kerana Islam adalah cara hidup yang paling sempurna mengikut fitrah manusia demi kemaslahatan setiap insan agar tidak terjerumus ke lembah yang hina.

Hiburan tidak salah di dalam Islam, tapi manusia yang menjadikan hiburan itu salah. Jika Islam tertegak di Malaysia, bukan sahaja sambutan tahun baru yang akan terus menjadi hiburan islamik, malah banyak lagi perkara yang tidak terbayang di benak fikiran kita mampu di Islamikkan. Insya-Allah..

Wallahua’lam…

Gimik Hijrah 1433 : Tarbiah ke Bumi Syam

Alhamdulillah…  1 Muharram 1433H kira-kira jam 11.30pagi waktu Syria (5.30 ptg waktu Malaysia), saya dan 13 rakan lain telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik. Permusafiran kami dari bumi Malaysia yang hampir memakan masa selama 22 jam itu akhirnya menghilangkan segala kepenatan, kerisauan dan kegelisahan kami  setelah berjaya melangkah setapak melepasi imigresen Syria di airport.

Bukan suatu perkara yang mudah untuk menjejakkan kaki di bumi barakah ini. Satu demi satu halangan dan cubaan cuba menggagalkan misi kami ke sini. Situasi persiapan, permusafiran dan perasaan untuk menuju ke bumi Syria tidak semudah dan seriang menuju Negara oversea  lain seperti UK, Paris, Jordan, Mesir dan sebagainya. Sebaliknya, mereka yang berazam untuk ke tempat ini harus merelakan diri untuk menghadapi segala apa rintangan yang bakal menempuhi mereka.

Mereka yang sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik belum tentu boleh menjejakkan kaki di bumi Syam. Ramai yang terpaksa berpatah balik kembali ke Malaysia atau terbang ke Negara lain sejurus mereka mendarat di Damsyik dek kerana tidak di beri cop keizinan masuk ke Damsyik oleh pegawai petugas Imigresen. Tiada ketetapan atau syarat-syarat kelayakan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan Syria atau imigresen untuk membenarkan atau menahan seseorang itu dari memasuki Damsyik. Semua ini bergantung kepada nasib. Kalau pegawai imigresen pada waktu itu moodnya baik, maka kita bertuah kerana di izinkan masuk ke Negara mereka. Tapi, jika pegawai-pegawai imigresen  pada waktu itu tidak mempunyai belas kasihan, dan kadang-kadang suka mencari ‘pasal’ terhadap pelajar-pelajar asing yang datang ke Negara mereka, dengan rasa penuh angkuh dan sombong mereka menyekat kita dari memasuki bumi Syria. Perkara ini bukan menjadi masalah kepada rakyat Malaysia sahaja, malah menjadi masalah dan kerisauan kepada semua warga asing yang ingin menagih ilmu di bumi barakah itu.

Disebalik kegelisahan hati untuk meneruskan misi hijrah ke bumi syam ini,akhirnya dengan berkat istikharah dan solat hajat yang berterusan membuatkan hati  saya tetap bertekad untuk kembali ke Syria pada hujung bulan November untuk menyelesaikan misi memburu segulung Ijazah disamping mengutip mutiara-mutiara ilmu dari ulama’-ulama’ di Syam. Alhamdulillah, tarikh 26 November menjadi pilihan.

Pada awalnya kami hanya berempat sahaja, dan kami berpakat untuk tidak menambah bilangan ini khuatir dengan angka yang ramai bakal menyukarkan lagi kami untuk melepasi imigresen Syria seperti yang sering berlaku sebelum ini. Hari demi hari, semakin ramai yang bertanya dan menyatakan hasrat untuk pulang bersama kami. Mulanya saya seakan-akan ingin melarikan diri, kerana tidak mahu mereka pulang bersama saya dan tiga lagi rakan. Namun, hati ini berbicara dan melontarkan beberapa soalan kepada iman dan akal saya…

‘’Aku sapa nak halang dorang dari nak jejakkan kaki di bumi Allah? Sapa aku yang nak halang dorang dari mencari dan mendapat ilmu Allah? Yakin ke dengan angka 4 orang boleh memudahkan  urusan aku kat  imigresen Syria nanti? Kan ke senang or susah sesuatu urusan tu sumenye datang dari Allah. Manelah tau  aku yang banyak dosa ni boleh menumpang berkat dorang yang musafir dengan aku, kot-kot sebab berkat dorang aku boleh masuk Syria. Bumi ni milik Allah Shazareen!! “

Mulai dari saat itu, saya tidak pernah mengelakkan diri dari ditanya mengenai tarikh dan tiket penerbangan ke Syria. Saya juga tidak menghalang mereka untuk bermusafir dengan saya. Malah saya mengalu-alukan mereka untuk sama-sama menyertai misi saya dan rakan-rakan ke bumi anbiya’. Dan saya amat bersyukur, kerana bisa menumpang berkat mereka sepanjang pemusafiran kami nanti.

Sedar tak sedar, rupa-rupanya angka yang asalnya 4 kini menjadi 14! 14 orang kami kesemuanya. Keluarga saya, malah keluarga-keluarga mereka 13 orang itu terkejut dan bimbang dengan angka seramai itu. Kami hanya mampu berdoa moga-moga Allah memberkati dan memudahkan urusan pemusafiran kami.

Semakin hampir tarikh permusafiran kami, semakin gundah gelana jiwa ini. Setiap hari kami membuat solat hajat , setiap kali selesai solat 5 waktu kami berdoa, moga-moga Allah memudahkan kami menjejakkan kaki ke Syria.

Sempat saya berpesan kepada rakan-rakan sepemusafiran agar bersedekah sebelum berangkat. Moga dengan sedekah itu, memudahkan lagi urusan kami.   Hadis nabi Muhammad S.A.W bersabda :

إنّ الصدقة تدفعُ البلاء

‘Sesungguhnya sedekah itu menghalang dari mendapat bala’ ‘

Jam 6 petang, 26 november kami semua berkumpul di KLIA. Urusan Check-in kami agak sukar dan kelam kabut memandangkan ramai yang tiba lewat di KLIA. Berurusan dengan syarikat GulfAir semasa check-in tidak semudah berurusan dengan syarikat Kuwait Airways. Hanya dua kilogram berat terlebih dari peruntukan timbangan bagasi, makin merumitkan lagi urusan kami. Namun, Alhamdulillah akhirnya semua barang-barang kami ‘lepas’ setelah sedikit perbincangan dibuat bersama pegawai bertugas.

Kira-kira jam 8 malam, kami mula memanjat langit dan terbang searas dengan awan ciptaan Allah S.W.T. Setelah hampir 9 jam kami berada di awan, akhirnya kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain. Alhamdulillah, tanpa kami sangka rupanya kami disediakan tempat tinggal di sebuah hotel di Bandar Bahrain sepanjang transit kami selama 8 jam.

Kira-kira jam 7 pagi waktu Bahrain, selepas sarapan pagi di hotel kami dibawa semula ke airport Bahrain oleh petugas hotel dengan menaiki sebuah van. Alhamdulillah, kami berpeluang melihat kemodenan dan keindahan Bandar Bahrain memandangkan hotel yang kami diami betul-betul berada di tengah-tengah Bandar Bahrain.

Sampai saja di airport Bahrain, kami terus menuju ke pintu perlepasan. Di situ, kami merancang beberapa strategi untuk memasuki imigresen airport Syria kelak. Pada awalnya kami merancang untuk di bahagikan kepada tiga kumpulan. Di dalam satu kumpulan terdapat 5 orang ( 3 orang pelajar baru, 2 orang pelajar lama) dan di dalam setiap kumpulan ada orang yang mahir berbahasa arab dan ada yang mahir berbahasa inggeris.

Namun, setelah bermusyawarah timbul satu cadangan baru supaya kami dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja. Kumpulan pelajar lama, iaitu mereka yang sudah pernah belajar di Syria. Dan kumpulan pelajar baru, mereka yang baru pertama kali ke Syria untuk belajar.

Semasa di dalam kapal terbang menuju ke Damascus, saya sempat memerhati setiap seorang dari kami. Mulut mereka semua tidak berhenti-henti berkumat-kamit berdoa, merintih dan mengharap kepada Allah agar urusan kami untuk memasuki imigresen Syria dipermudahkan. Macam-macam doa dan ayat quran di amalkan. Dengan harapan moga-moga dengan berkat mukjizat agung itu dapat membantu kami kelak.

Sejurus sampai di airport Damsyik, kumpulan pelajar lama terus menuju ke imigresen. Selepas dari tahun 2006, ini kali kedua saya mendarat di airport Damsyik. Subhanallah, banyak perubahan kemodenan yang dapat di lihat. Kini kaunter imigresen untuk warga asing banyak dibuka. Pada waktu itu ada 5 kaunter dibuka, berbanding pada 2006 hanya terdapat 2 kaunter untuk menguruskan pelancong asing. Kini pegawai-pegawai imigresen di setiap kaunter bergaya menggunakan sebuah komputer bermoniter nipis untuk memasukkan data para pelancong. Berbanding pada tahun 2006, mereka hanya menggunakan sebuah buku catatan yang amat besar dan usang untuk membuat catatan setiap kemasukan pelancong ke Negara mereka (mcm xcaye Syria semundur tu waktu tu).

Ketika di kaunter, pada mulanya nampak seperti semuanya baik. Tiba-tiba pegawai bertugas itu bertanya..

‘’Awak kerja apa?’’ Saya menjawab “pelajar”.

“Awak tinggal di mana?” Saya menjawab “Ruknuddin”.

“Awak belajar di Fatah Islami?” dengan slumber saya jawab “ Nope, saya belajar di Abu Nur ”.

Muka pegawai itu kemudiannya seperti tidak berpuas hati. Seakan-akan saya bakal berhadapan dengan masalah yang besar. Namun, saya tetap melontarkan senyuman  kepada kepada pegawai itu sambil ‘menjampi’ pegawai  itu dengan menggunakan ayat Quran dari surah thoha ayat 39 moga-moga Allah melembutkan hati pegawai itu..

و ألقيتُ عليك محبّةً منّي ولتُصنَعَ على عيني

Pada waktu itu, kesemua pegawai-pegawai yang menguruskan passport rakan-rakan saya yang masing-masing berada di kaunter yang berasingan terhenti selepas mendengar perbualan pegawai di kaunter saya. Mereka seakan-akan mengatakan kami pelajar Fatah dan Abu Nur tidak di izinkan masuk Syria, lebih-lebih lagi kami tiada visa pelajar. Akhirnya ketua mereka datang ke kaunter saya untuk menyelesaikan masalah. Dia meminta dari saya jika mempunyai sebarang surat dari Jami’ah. Saya menunjukkan kepada mereka surat dari Wizarah Auqaf (Kementerian Pelajaran Syria) yang meminta supaya pihak imigresen membenarkan pelajar Jami’ah Fatah dan Abu Nur untuk memasuki Syria. Namun, bukan surat itu yang pegawai itu kehendaki. Kemudian saya memberikan wathiqah dawam (surat yang menyatakan saya pelajar Abu Nur). Selepas melihat surat itu, ketua pegawai  itu terus mengatakan surat ini yang dia mahukan sebenanya, lalu dia memberi arahan kepada pegawai bawahannya supaya melepaskan kami.

Saat ketika melihat dan mendengar bunyi hentakkan cop di passport saya, saat itu hilang segala keresahan dan keletihan. Hati tidak berhenti-henti mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengizinkan kami untuk sujud sekali lagi di bumi berkat ini.

Setelah selesai urusan kami, kumpulan pelajar baru pula menggantikan tempat kami di kaunter imigresen. Mereka yang datang berstatuskan sebagai seorang pelancong ditembak dengan pelbagai soalan. Alhamdulillah, Allah juga memudahkan urusan mereka sebagaimana Allah memudahkan urusan kami.

Erti keyakinan dan tawakkal kepada Allah yang cukup tinggi mengajar kami semua dalam permusafiran hijrah ke bumi syam kali ini. Seperti sudah dirancang kami sampai dibumi syam tepat pada tarikh 1 hijrah. Hijrah yang benar-benar membawa erti keyakinan,pengorbanan dan kekuatan jiwa bagi setiap insan yang bersama dalam misi ini.Percayalah dengan keyakinan yang tinggi serta tawakkal kepada Allah Taala InsyaAllah disebaliknya pasti ada aturan yang terbaik untuk kita.benarlah kata Allah di dalam hadis Qudsi :

أنا عند ظنِّ عبدِ بي

Dan Alhamdulillah, kini saya meneruskan rutin saya sebagai seorang pelajar di sini. Meneruskan pembelajaran seperti biasa. Terus mencari mutiara-mutiara ilmu dan memanfaatkan ketenangan dan keberkatan di bumi Syam ini. Bimbang entah esok, entah lusa.. mungkin juga hari ini, Allah akan menarik kembali nikmat yang telah Allah berikan kepada saya di bumi Syam ini. Nauzubillah…

PAHALA KITA MENJADI MILIK ORANG, DOSA ORANG MENJADI MILIK KITA

Risau memikirkan nasib diri.. sudahlah pahala yang berjaya dikumpul tidak seberapa banyak nak dibandingkan dengan dosa yang berjaya di galas. Inikan pula kesemua pahala itu hendak diberikan kepada orang lain dan kemudiannya digantikan pula dengan dosa yang banyak. Apa yang bakal saya terima di akhirat nanti? Mampukah saya menyelamatkan diri dari seksa neraka Allah?

Saya pasti ramai yang tahu tentang hal dan keadaan ini, cuma tidak sedar dan sedikit terlupa akan hal ini, termasuklah diri saya. Mengumpat merupakan satu kebiasaan dalam kehidupan seharian kita tanpa disedari. Boleh dikatakan tak sah kalau kita tidak mengumpat dalam sehari. Mudah kata, tiap-tiap hari kita mengumpat. Semua orang tahu Islam tidak membenarkan penganutnya saling mengumpat antara satu sama lain, tapi ramai tidak sedar yang dia sebenarnya sering mengumpat pada hampir kesemua perbualannya.

Fenomena ini seakan-akan tiada jalan penyelesaiannya. Semua peringkat tak kira tua, remaja, kanak-kanak, lelaki, perempuan, pensyarah, engineer, akauntan dan semua jenis pekerjaan sukar untuk melepaskan diri dari masalah ini.

Sehinggakan saya pernah terdengar suara masyarakat yang mengatakan dan berpandangan bahawa

“kita takkan dapat lari dari mengumpat, sedangkan ustaz dan ustazah yang kita lihat alim pun mengumpat, inikan pula kita”.

Inilah kelemahan golongan ustaz ustazah, tidak mampu menjadi roll model ataupun qudwah kepada masyarakat kini. Tidak dinafikan ada golongan ustaz ustazah yang begitu menitik beratkan masalah ini dan berjaya mengawal dirinya dari masalah ini, tetapi masyarakat tetap melihat kumpulan ustaz ustazah yang serba kekurangan.

Pensyarah saya di Syria pernah membuat perumpamaan tentang mengumpat. Dia menggambarkan bahayanya perbuatan ini seolah-olah kita menyumbat kesemua pahala kita ke dalam meriam untuk dijadikan peluru, dan kemudiannya kita menembak kesemua pahala kita kepada orang yang sedang kita umpatkan. Akhirnya kita menjadi muflis. Segala hasil penat lelah kita melakukan ibadah hilang begitu sahaja.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat nnt seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. 

Maka, dia berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui“. 

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Nauzubillah.. Moga kita jauh dari golongan tersebut.

Masyarakat sering mengatakan bahawa golongan wanita yang  paling kerap membicarakan perihal orang lain. Tapi setelah saya mendampingi masyarakat dari semua lapisan serta membuat penilaian melalui pemerhatian saya, ternyata penyakit ini bukan hanya dijangkiti oleh kaum hawa. Bahkan kaum adam tidak ketinggalan dalam permasalahan ini. Malah kadang-kadang lebih pedass ayatnya. Cuma mungkin kaedah pemahaman kita yang berbeza. Yelah, biasanya ape yang di celotehkan kaum hawa di katakan meluah perasaan, tapi secara tidak langsung ia menjadi satu umpatan. Kaum lelaki pula sering di lihat mengutuk seseorang, kononnya nak kata orang lain tak pandai buat kerja ataupun dia saja yang betul ataupun dalam erti kata lain suka meng’komen’, secara tidak langsung juga kita sudah menjangkitkan diri kita dalam penyakit ini.

Kadang-kadang bila ditegur,

“ Ish cik kiah… tak baik mengumpat”

Kita akan dibalas dengan,

  “ Aku bukan mengumpat.. aku cakap benda yang betul apee..”

Masyarakat kini mula keliru antara mengumpat dan fitnah. Sesuatu yang benar tentang seseorang itu di ceritakan oleh seseorang itu iainya adalah mengumpat. Manakala sekiranya seseorang itu menceritakan sesuatu yang tidak benar mengenai orang yang diceritakan itu, maka ianya adalah fitnah.

Oleh itu, kita perlu sentiasa mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini agar kita tidak menjadikan mengumpat sebagai amalan harian kita tanpa kita sedari.

Berzikirlah.. semoga dengan berzikir dapat menambahkan lagi ketakutan kita terhadap siksa Allah.

Beristighfarlah.. semoga dengan beristighfar dapat menghapuskan dosa-dosa lepas kita.

Lupakanlah segala rasa tidak puas hati terhadap orang lain.. kerana syaitan akan terus menghasut diri kita untuk merenggangkan lagi ukhwah sesama anak adam.

Tegurlah.. berikanlah teguran sekiranya kita terdengar orang sekeliling kita cuba memulakan perbualan dengan mengumpat.

Maafkanlah… maafkanlah kesalahan orang lain terhadap kita dan janganlah mengungkit kesalahan itu di hadapan orang lain.

Berdoalah.. berdoalah supaya Allah menjauhkan diri kita dari berterusan mengidap penyakit ini.

Akhir sekali, ingatkanlah kepada diri.. bahawa kita tidak akan mendapat apa-apa faedah sekiranya kita bercerita perihal orang lain, sama sekali tidak membawa keuntungan kepada kita, bahkan mendapat dosa dan meruntuhkan lagi hubungan baik kita yang sedia ada.

ويلٌ لكلِّ همزةٍ لمزةٍ.

(kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela)

Surah al-Lumazah, ayat 1.

Wallahua’lam..

Transit Cinta – Trend Muda Mudi Kini

This slideshow requires JavaScript.

Andai  bisa mata ini melihat kuantiti punggutan dosa yang berjaya dicatatkan oleh malaikat atib, sudah tentu diri kita akan melakukan sebanyak mana amal ibadah dan kebaikan bagi menampung dan memadam coretan hitam semata-mata untuk menyelamatkan diri kita dari menjadi  salah seorang penghuni neraka yang disiksa dengan azab Allah yang amat pedih.

Namun, itu semua takkan terjadi. Kita tidak mampu melihat ketulan dosa-dosa kita terapung-apung di udara untuk mengigatkan kita.  Bahkan, kita yang perlu sentiasa bermuhasabah agar diri tidak berlumuran dengan dosa dan maksiat.

Tapi hari ini, manusia seakan-akan tidak menghiraukan dosa dan pahala. Dosa kini bukan menjadi satu penghadang untuk kita melakukan perkara yang dimurkai Allah

Isu yang menjadi permasalahan besar hampir keseluruhan remaja masa kini adalah ‘transit cinta’ ataupun lebih glamour dengan panggilan ‘cinta monyet’. Destinasi cinta yang sepatutnya adalah menuju ke gerbang perkahwinan agar diredhai Allah. Cinta tidak berhajat kepada tempat persinggahan ataupun ‘transit’ seperti yang banyak berlaku kepada muda mudi zaman sekarang yang menghidupkan budaya dan suasana cinta sebelum kahwin.

Saya sering ditanya oleh insan-insan yang tidak mengira peringkat usia..

“ Sape pakwe awak?” , “ Boyfriend ape cite skrg?” , “Balak orang mane?” dan sebagainyaaa…

Bilamana saya menggelengkan kepala mengatakan bahawa saya tidak bercinta dengan sesiapa, mereka terkejut dan hairan. Bercinta sebelum kahwin juga kini seolah-olah adalah satu keperluan dan menjadi satu kewajipan. Realiti hari ini, menjadi satu benda yang pelik jika seseorang itu tidak mempunyai kekasih..melainkan orang itu baru saja ‘putus’ dengan bekas kekasihnya dan sedang menanti kedatangan kekasih yang lain.

Bergayut di telefon berjam-jam, keluar berdua-duan, saling bermasage-masage 24jam.. adalah menjadi kebiasaan kepada penumpang-penumpang transit cinta. Mereka menyangka apa yang mereka lakukan tidak berdosa, kerana apabila ditegur tentang ini mereka menyatakan yang mereka tidak membuat apa-apa kesalahan. Hanya sekadar bual-bual kosong dan keluar bersiar. Dosa dari kacamata para muda mudi yang bercinta sekarang adalah tatkala mereka terlanjur berzina. Maka tatkala ituu…mereka akan mengaku apa yang mereka buat itu berdosa.

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang ertinya,

“Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.”

 (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah).

Dalam riwayat lain mengatakan :

“Tercatat atas anak Adam nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.” (HR Bukhari).

Apa yang perlu diketahui oleh masyarakat kini adalah, walaupun percintaan hanya sekadar berbual kosong dan saling mengungkap ucapan saying ianya adalah zina lidah dan telinga. Walaupun hanya sekadar melihat wajah kekasih kita untuk mengambil semangat kononnya, ia dianggap zina mata. Walaupun hanya berpegangan tangan tidak lebih dari itu, ianya adalah zina tangan. Jadi berhati-hatilah dengan hubungan yang telah dijalinkan, kerana ia bakal membawa diri ke kantong penzinaan.

Hakikat sebenar konsep cinta dalam islam harus diketahui oleh para remaja agar tidak tersalah langkah. Bukan sekadar remaja, bahkan semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dan ibubapa harus mengetahuinya bagi melahirkan suasana percintaan berlandaskan islam di dalam masyarakat kita.

Al-Qasim meriwayatkan Abi Umamah berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

ما أحبَّ عبدٌ عبداً لله إلا أكرمه الله عزّ وجلَّ

”Orang yang mencintai sesame hamba Allah, semata-mata kerana Allahnescaya akan dimuliakan Allah”

-Hadis riwayat Imam Ahmad-

Mungkin agak sukar bagi anak muda di Malaysia untuk menerima konsep sebenar cinta dalam Islam yang melarang percintaan sebelum kahwin. 5 tahun dahulu, saya merupakan salah seoarang yang tidak bersetuju dengan konsep percintaan selepas kahwin walaupun pada waktu itu saya tidak mempunyai kekasih. Saya tidak dilahirkan dari keluarga yang serba tahu tentang agama, tidak juga dilahirkan dari sekolah pondok yang serba lengkap didikan agamanya. Malah saya dilahirkan dari sekolah menangah kebangsaan agama yang pengamalanya dan system pendidikannya secular. Jadi saya memahami jiwa-jiwa dan kehendak remaja yang tidak di dedahkan ilmu agama secukupnya.

Apa yang menjadi tanda Tanya  yang membuatkan saya tidak berapa setuju dengan konsep cinta selepas kahwin iaitu bisikan di dalam diri saya yang mengatakan..bolehkah pasangan suami isteri itu hidup bahagia setelah perkahwinan dalam keadaan mereka kurang mengenali sebelum berkahwin dan tidak bercinta?

Namun, persoalan itu terjawab setelah saya mendapat pentarbiahan diri di Syria. Banyak contoh pasangan suami isteri yang saya kenali di Syria mengamalkan konsep cinta selepas kahwin demi menggapai redha Allah hidup dalam keadaan yang amat bahagia. Setakat ini, tiada pun pasangan yang saya kenali itu bercerai berai ataupun bergaduh membaling kuali kerana kurang keserasian atau saling tidak memahami antara satu sama lain disebabkan kerana tidak bercinta sebelum kahwin.

Alhamdulillah.. suasana di Syria yang menjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan, bukan sekadar pergaulan luar, malah pergaulan telefon dan berinteraksi melalui yahoo messanger  dan alam maya juga diberi penekanan bagi mengelakkan berlakunya fitnah. Hatta gelaran ustaz dan ustazah di gunakan sesame lelaki dan perempuan untuk membina gap pemisah untuk menjaga hubungan dan tidak terlalu melampau-lampau dalam berinteraksi.

Malangnya suasana di Malaysia tidak begitu. Negara ini seakan-akan menggalakkan hubungan bebas diantara lelaki dan perempuan. Media, filem, drama, iklan di tv dan radio, majalah, facebook, buku-buku, keluarga, guru-guru.. semuanya memberi perangsang kepada anak muda untuk bercinta. Media membuatkan keinginan remaja membuak-buak untuk mendapatkan kasih sayang dari kekasih mereka. Jadi, salah ini kita tidak boleh menuding jari kepada remaja semata-mata.

Apa yang ingin saya sarankan kepada golongan muda mudi yang bercinta..bercintalah kerana Allah.. bercintalah untuk mendapat redha Allah. Jangan bercinta untuk mendapat nikmat sementara di dunia, tapi biarlah percintaan kita itu membuahkan hasil dan memberikan kita nikmat hingga ke syurga.

Jalan penyelesaian untuk membantu kita bercinta selepas kahwin adalah seperti yang di amalkan di semua filem yang di adaptasi oleh novel karangan Habiburrahman Asy-Syairazi. Iaitu sekiranya seseorang itu sama ada lelaki atau pun perempuan itu jatuh hati atau jatuh cinta kepada seseorang dan benar-benar ingin dijadikan calon suami/isteri, khabarkanlah hasrat anda kepada keluarga anda. Mintalah mereka sampaikan isi hati anda kepada lelaki atau perempuan itu. Seterusnya jika permintaan anda di terima, maka berdoa lah banyak-banyak agar Allah membantu kita untuk membina sebuah hubungan yang diredha Allah sebelum ke gerbang perkahwinan.

Wallahua’lam..

Musafir penuh erti

This slideshow requires JavaScript.

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, tuhan sekian makhluk. 5 Oktober , Jam 2.50 petang waktu Malaysia, saya dan hampir 40 lagi rakan-rakan penghantaran pulang pelajar Syria trip ke-3 selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Emirates tajaan dari pihak kerajaan 100%.

Diri seakan-akan tidak percaya yang kaki sudah menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Pengumuman yang dibuat oleh TYT Duta Besar Malaysia ke Syria, Tuan Mat Dris pada 4 Syawal yang lalu ketika semua rakyat Malaysia di Syria menghadiri rumah terbuka kedutaan bersempena Hari Raya Aidilfitri. Pengumuman untuk menghantar pulang semua rakyat Malaysia di Syria dalam masa 2 minggu amat memeranjatkan semua pelajar Syria. Keputusan yang dianggap tergesa-gesa itu mengakibatkan ketidak puasan hati pelajar, tambah-tambah lagi kebanyakan dari kami akan mendudukki imtihan daur thalis seminggu selepas raya.

Keadaan di Damsyik ketika itu agak tenang dan terkawal seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku. Ramai yang hanya memandang sebelah mata tawaran tiket free oleh kerajaan ketika itu kerana masing-masing lebih mengutamakan imtihan dan pengajian.

Setelah beberapa perbincangan dibuat oleh pihak PPMS dan SAF (Security Action Force) bersama pihak kedutaan, Alhamdulillah.. pihak kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penghantaran pulang bagi pelajar yang exam selepas segala urusan peperiksaan selesai.

Kini, tiada lagi alasan untuk diberikan kepada kerajaan Malaysia tentang penghantaran pulang ini. Tapi, hati amat berat untuk meninggalkan bumi barakah ini dan bumi yang penuh sejarah, tempat berlakunya peristiwa pembunuhan pertama manusia, Habil dan Qabil. Kami seakan-akan tidak hairan kepada tawaran tiket free itu. Masing-masing belum puas menuntut ilmu dengan para masyayeikh dan anisah di bumi bergelar Qiblatul Ilm. Keadaan kami tidak sama dengan keadaan pelajar di Negara-negara lain seperti Yaman, Mesir dan Jordan. Kebanyakan dari kami tidak mempunyai visa, dan urusan keluar masuk Negara ini amat strict. Bimbang kalau-kalau kami keluar pulang ke Malaysia, kami tidak berpeluang lagi untuk masuk ke Negara ini. Nauzubillah..

Namun, keputusan terakhir melihatkan hanya 11 orang pelajar akhawat azibah (belum berkahwin) yang membuat keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia. Manakala jumlah keseluruhan warga Malaysia yang akan tetap berada di Syria seramai kira-kira 70 orang.

Peluang keemasan tiket free yang ditaja oleh pihak kerajaan ini mengigatkan kami kepada kesempatan untuk beramal dengan ayat quran di dalam surah at-Tahrim,ayat 6 yang berbunyi :

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم و أهليكم ناراً وقودها الناس والحجارة.

(Wahai orang-orang yang beriman, periharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu)

Mengigat kembali kepada ayat ini, terlintas di benak fikiran untuk membimbing keluarga dengan ilmu yang telah diperolehi walau tidak seluas ilmu imam syafi’e, tapi hati ini tetap ingin meng’islah keluarga walau hanya mampu mengubah kepada kebaikan yang nilainyanya hanya sebesar zarah.

Niat yang diiringi doa tatkala usai solat, moga niat baik kepulangan kami diredhai Allah dan di permudahkan segala urusan. Moga diri ini mampu menjalankan segala amanah dan tanggungjawab sebagai seorang anak yang sudah sekian lama tidak berbakti dan berjasa kepada kedua orang tua.

Apa yang membimbangkan, bila sudah menjejakkan kaki dirumah sendiri, berhadapan dengan mak dan ayah sendiri, hati mudah teralih termakan dek bisikan syaitan di hati. Bimbang kalau-kalau niat sebenar untuk berjasa kepada mak dan ayah bertukar kepada berpoya-poya dengan sahabat-sahabat lama. Bantuan dan pertolongan yang diminta oleh mak dan ayah seakan-akan satu paksaan kepada diri untuk melakukannya, dek kerana terlalu syok melayan internet, FB mahupun astro. Moga-moga Allah kuatkan hati-hati kami yang pulang agar mampu berbakti kepada ibu bapa, keluarga mahupun masyarakat.

و قضى ربّك ألا تعبدوا إلا إياه و بالوالدين إحساناً. إمّا يبلغنّ عندك الكبر أحدهما أو كلاهما فلا تقل لهما أفٍّ ولا تنهرهما وقل لهما قولاً كريماً

( Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membenak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia)

-Al-Israa’, ayat 23-

Mudah-mudahan permusafiran yang hampir memakan masa selama 20 jam tempoh hari dan tempoh masa bersama keluarga di tanah Malaysia ini menjadi satu ibadah yang diterima oleh Allah buat kami semua. Bukan saja-saja sekadar menghabiskan duit rakyat Malaysia untuk pulang ke mari menggunakan tiket free, malah mampu mewujudkan satu gelombang dakwah yang bakal dipersembahkan oleh pelajar dari bumi Syam, Insya-Allah…

Wallahua’lam…

 

Tahajjud Cinta : Teguran buat Eirma Fatima, Muhasabah buat Golongan Ustaz Ustazah

This slideshow requires JavaScript.

“ Dulu ‘Ayat-ayat Cinta’, ‘Ketika Cinta Bertasbih’, ‘Dalam Mihrab Cinta’… sekarang ada pulak ‘Tahajjud Cinta’… Lepas ni ntah-ntah ada cerita ‘Kopiah Cinta’ , ‘Serban Cinta’, ‘Ketika Cinta berQiamulail’…..”. Sindir sahabat saya.

Filem berkisarkan Islam mula mendapat tempat di hati masyarakat. Malah, jika kita lihat semakin banyak drama bersiri mahupun filem box office bergenderekan Islamik mula mangambil ruang di kaca tv. Bermula dari filem Indonesia yang diadaptasikan dari novelis Habiburrahman Asy-Syirazi iaitu filem ‘Ayat-ayat Cinta’ yang dilihat kurang menjaga nilai-nilai Islam pada filem tersebut, namun kualiti dan mesej dakwah amat diteliti pada filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ dan ‘Dalam Mihrab Cinta’ dan akhirnya dilihat berjaya dalam penyampaian ilmu agama dari segenap penjuru ilmu agama, iaitu Tasawwuf, Akhlak, Hadis, Tafsir Quran, Qawaid Fiqhiah, Fiqh Muasoroh dan banyak lagi.

Malaysia juga terpanggil untuk membuat filem agama berepisod seperti ‘Nur Kasih’, ‘Cinta Sempurna’, dan yang terbaru ‘Tahajjud Cinta’. Namanya seindah ‘Ayat-ayat Cinta’, ‘Ketika Cinta Bertasbih’ dan ‘Dalam Mihrab Cinta’. Alhamdulillah, watak perempuan berpurdah dan pelajar timur tengah mula mendapat tempat di hati syarikat produksi dan tuan pengarah. Masyarakat juga sudah mula menerima golongan wanita berpurdah dan ustaz yang beserban.

Banyak respon positif dari para blogger  menunjukkan mereka berpuas hati dan gembira dengan persembahan lakonan yang telah ditayangkan oleh pelakon-pelakon filem ‘Tahajjud Cinta’. Mana tidaknya, percintaan ‘ala islamik’ yang ditunjukkan dalam filem ‘Tahajjud Cinta’ berjaya mencuri minat para penonton untuk mengikuti perjalanan filem ini. Dalam filem ini, pengarah cuba memperkenalkan dan memperlihatkan  cara dan gaya hidup Islam kepada masyarakat, bermula dari cara pemakaian, institusi pondok, pembelajaran di timur tengah, sehinggalah ke urusan rumah tangga dan poligami. Masyarakat juga gemar dan gembira melihat para pelakon yang dahulunya sexy ketika berlakon drama-drama lain, tetapi memakai tudung dan menutup aurat di dalam filem tersebut.

Banyak juga respon negatif dari para blogger dan rakan-rakan sebarisan dengan saya berkaitan filem ‘Tahajjud Cinta’. Malah lebih dari tiga page di facebook menunjukkan bantahan mereka terhadap filem ini dan mohon agar tayangan filem ini diberhentikan di siaran TV3. Ada juga yang terlampau geram tatkala menonton cerita ini sehinggakan mulutnya tidak berhenti-henti ‘membebel’ mengkritik ketika sedang menonton filem ini.  Ada juga orang yang terlalu geram dengan Eirma Fatima selaku pengarah dan penulis skrip filem ini sehingga mengatakan beliau seorang yang munafik. ‘Tahajjud Cinta’ memang menjadi topic perbualan hangat buat mereka-mereka yang belajar dalam jurusan agama, dah dah lagi mereka yang belajar di timur tengah.

Apa yang menyedihkan, reality golongan mahasiswa dan mahasiswi aliran agama kebanyakkannya cepat melatah dengan isu ini tanpa memikirkan cara yang rasional untuk mengatasi masalah ini. Sehingga ada orang awam yang berkata,

“Macam ni ke cara orang belajar agama menegur sesuatu yang tak betul?”

Secara tak sedar, imej Islam seolah-olah telah tercalar dengan dua tamparan di mata masyarakat. Pertama, ketika melihat babak-babak lakonan di dalam filem ‘Tahajjud Cinta’ yang agak lari kebenarannya dengan gaya dan ajaran Islam. Kedua, ketika melihat golongan agamawan ustaz ustazah mengkritik, menghina dan mengata filem tersebut dan pengarahnya secara berlebih-lebihan dan tidak rasional tanpa mendatangkan jalan penyelesaian yang betul.

Tidak dinafikan, banyak babak-babak yang ditayangkan didalam filem itu tidak kena dengan reality cara kehidupan Islam sebenar, sama ada suasana institusi pondok, muamalat diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, suasana pelajar agama di timur tengah, system poligami dan kekeluargaan dan banyak lagi.

antara adegan yang tidak betul mengenai muamalat mahasiswa jurusan agama

Namun, tidak sepatutnya golongan ustaz ustazah terus menghentam dan mengkritik sesuka hati sama ada di blog, facebook mahupun perbualan dan sembang kosong. Malah, seharusnya ilmu agama yang telah diperolehi itu patut digunakan sebaiknya, bukan sekadar ‘syok’ ketika menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan, tanpa mempraktikkan ilmu tersebut di medan sebenar.

Usaha Eirma Fatima dalam membawa pandangan masyarakat terhadap Islam harus dipuji, walaupun terdapat kecacatan di dalam filemnya.  Sehingga sekarang, belum ada lagi golongan agamawan yang lahir mengeluarkan filemnya sendiri tanpa ada sebarang silap pun di dalam filem itu. Kita masih tidak mampu…

Bukan hendak membela atau memenangkan Eirma Fatima dan ‘Tahajjud Cinta’, tetapi dalam menegur benda yang silap ada caranya. Sedangkan menegur firaun yang zalim juga Allah sudah berpesan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun supaya menghadap fir’aun dan menegur dengan lemah lembut, seperti yang termaktub dalam al-Quran, surah Thaaha, ayat 43 & 44 :

اذهبا إلى فرعونَ إنّه طغى. فقولا له قولاً ليّناً لعلهُ يتذكّرُ أو يخشى.

(Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembuy,mudah-mudah ia ingat atau takut)

Inikan pula saudara seislam dan seaqidah dengan kita, bukannya zalim seperti firaun. Jadi, teguran itu lebih-lebih lagi perlu di jaga.

Golongan Agamawan ustaz ustazah juga perlu berfikir keluar dari kotak mengenai career nya selepas dari tamat pengajian. Bukan hanya tertumpu kepada pengajian sahaja, malah bidang seperti media dan perfileman harus diceburi. Barulah keindahan dan kebenaran Islam itu dapat ditunjukkan kepada masyarakat dengan lebih meluas dan berkesan. Jangan hanya tahu mengkritik tanpa ada sebarang usaha untuk membantu.

Entry ini bukan berniat untuk membela dan membenarkan Eirma Fatima dan filemnya ‘Tahajjud Cinta’, tetapi untuk sama-sama kita bermuhasabah tentang tanggungjawab dan peranan kita selaku yang mendalami ilmu Allah. Ya, isu ini melibatkan sensitivity kita selaku pelajar agama, maka fikirkanlah jalan yang sebaiknya untuk memperbaiki situasi ini. Jangan hanya rancak di bibir sahaja, tapi buatlah sesuatu yang boleh memperbetulkan pandangan masyarakat terhadap Islam.

Wallahua’lam…

Lagu tema khas buat ‘Ajnabiyat’ di syam..

Realiti yang berlaku di Syria kini masing-masing riuh untuk pulang ke Malaysia, sebilangannya pulang kerana rindukan keluarga di Malaysia, ada yang ingin mencari semangat yang kian luntur untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Syria, manakala sebilangan lagi pulang kerana keluarga mereka ataupun mereka sendiri merasakan keadaan di sini sudah tidak selamat. Hari demi hari, semakin ramai yang meninggalkan bumi syam. Namun masih ada yang sudi datang dari Malaysia  kemari bertandang 2-3 bulan untuk mengambil kursus bahasa di sini.

Daurah Abu Nur yang dahulunya menjadi salah satu tempat wakil-wakil dari seluruh pelusuk dunia berhimpun dan berkumpul untuk mengenali dan mendalami bahasa syurga, kini menjadi lengang. Kebanyakannya pulang kerana bimbang dengan keadaan di Syria.

Ramai yang lemah semangat melihat kebanyakkan rakan-rakan seperjuangan tiada bersama di sisi. Risau dengan keadaan yang berlaku di Syria sehingga menjejaskan keputusan imtihan daur awwal. Program-program kebanyakkan tidak dapat dilaksanakan sama ada di peringkat PPMS sendiri mahu pun BKAN kerana kekurangan tenaga untuk menggerakkan program. Pergerakkan untuk keluar mencari ketenangan dan berehlah terbatas hanya di sekitar dalam Dimasyq sahaja. Semuanya menjadikan bilangan kecil yang masih setia berteduh di bumi Syam ini menjadi bosan.

Tetapi hati ini tersentuh tatkala melihat kembali lirik lagu yang diciptakan khas buat pelajar-pelajar ajnabi yang datang dari pelusuk Negara untuk menuntut ilmu di Dimasyq. Pertama kali di nasyidkan di khalayak ramai dan mendapat tepukan yang amat gemuruh oleh anisah-anisah dan pelajar-pelajar arab ketika hafla maulidur Rasul tahun lepas. Lagu ini telah menitiskan air mata kesedihan hampir 30 orang pelajar-pelajar kuliah auza’ie tatkala di nasyidkan oleh pelajar ajnabiyat di dar Hajibiah baru-baru ini. Lirik yang dicipta oleh anisah Zainab yang amat berjasa kepada pelajar-pelajar Malaysia dan ajnabiyat  yang belajar di Abu Nur. Anisah yang mengajar mata pelajaran fiqh & Usul fiqh (tahili 3), sirah nabawiyyah (tahun 1 kuliah dakwah), Qawaid Fiqhiyah (tahun 3) dan Usul Fiqh (tahun 4). Lagu itu menguatkan lagi langkah diri ini untuk meneruskan usaha memburu misi dan matlamat berada di bumi Syam.

Biarlah mereka yang dah pulang itu bergembira dan berjuang di Malaysia. Selagi kita yang berada di bumi Syam masih di izinkan oleh Allah s.w.t untuk menetap di sini, gunakanlah segala masa yang ada itu sebaiknya. Kutiplah segala permata-permata ilmu yang keluar dari mulut-mulut para masyayeikh/anisah, Ziarahlah maqam-maqam para Rasul dan sahabat yang berada di Dimasyq, mantapkanlah ilmu bahasa arab kita, perbanyakkanlah bersujud di jamek-jamek yang bertebaran di tanah Syam, banyakkanlah berdoa selagi kita masih berada di bumi berkat ini. Jangan hanya menanti evakuasi dan tiket free, tapi tarbiahlah diri selagi kita punya iman di hati.

وما تدري نفس ماذا تكسب غدا , وما تدري نفس بأي أرض تموت إنّ الله عليم خبير

Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seseorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahyu lagi amat meliputi pengetahuannya.”       ( Surah Luqman, ayat 34 )

 

Lirik lagu Nasyid

 أتينا مسلمات

مسلمات أتينا                          من كل البلاد

والإسلام يجمعنا                       على نور الهدي

من شرق أو غربٍ                    من عجم أو عربٍ

جئنا نلبّي من القلب                         هجرتنا لك يا الله

جئنا أرضَ الشامِ                          نطلبُ علماً سامي

من أهلٍ كرامِ                            لهم حبّي واحترامي

بالعلم و الهمّةِ                              نحيي هذيِ الأمة

ربّ الرحمةِ           أزل الغمّةَ           وارضَ عنّا يا الله

أمّةَ التهاميّ                                      إلامَ تضامي

عودي للإسلامِ                                 دينُ الله ينادي

كن لنا يا إلهي                                        كن لنا

رحيماً و غافراً                              وساتراً و معيناً

اشتدّ بِنا الكرب                              ضاقت فينا الدربُ

يا أهل الإسلامِ هبّوا                              نَنشرُ دينَ اللهِ

Coretan Pertama MUSLIMAH VERSATILE

Bismillah.. walhamdulillah… Setinggi-tinggi kesyukuran ku rafa’kan kepada Allah, tuhan sekalian makhluq dan alam. Akhirnya, salah satu impian yg tercatat di atas kertas sebelum ini telah menjadi kenyataan. Dah sekian lama berangan-angan inginkan blog sendiri. Ingin berkongsi segala rasa dan ilmu yang ada. Ilmu yang diperolehi bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk dikongsi, moga-moga ianya bermanfaat buat semua yang membelek blog ni.

Kenapa ‘muslimah versatile’? Sebab bila orang dengar kalimah ‘muslimah’, pasti bermain di minda mereka seorang yang bertudung labuh, yang hanya pandai berbicara tentang agama, cepat menghukum, tak pandai cakap orang puteh, tak multiskill, bosan, tak pandai bergaul, macam orang tua dan bla bla bla. Semuanya negatif dan membosankan. Sebab tu blog ni di namakan ‘muslimah versatile’. Kerana ingin mengubah persepsi dan pandangan orang terhadap muslimah. Muslimah kini bukan lagi jumud, tetapi muslimah versatile yang insyaAllah mampu menguasai pelbagai kemahiran dan bidang demi untuk menyebarkan Islam. Muslimah juga harus menjadi versatile agar mudah menarik mad’u yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan bidang. Kami sedar, tugasan dan bebanan ini bukan hanya tertumpu kepada kaum adam sahaja seperti yang dikatakan oleh segelintirnya. Tetapi tugasan menyebarkan Islam dan isi kandungannya harus dipikul bersama di antara lelaki dan perempuan. Seperti yang telah termaktub di dalam al-Quran :

والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أولياء بعض تأمرون بالمأروف و ينهون عن المنكر…

Moga blog ini mampu memberi manfaat kepada kita semua. Bimbinglah diri ini agar daku tidak lari dari lebuhraya yang menuju kepada syurga dan redha Allah. Moga semakin ramai golongan agamawan yang menceburi dunia multimedia dan menyelami alam cyber untuk dijadikan salah satu wasilah untuk berdakwah dan membantu insan-insan yang sedang meraba-raba dalam kegelapan mencari ilmu agama. Moga diri kita terus ikhlas dan thabat dalam berjuang dan berdakwah menegakkan kalimah Allah, dan semoga semua usaha kecil kita menjadi saham buat diri kita di akhirat kelak. Seperti mana firman Allah pada surah al-Zalzalah ayat 7 :

فمن يعمل مثقال ذرّةٍ خيراً يره

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.